Tuesday, September 28, 2010

Lawatan Tan Sri Presiden OUM ke PP Greenhill

YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM bersama Prof. Dr. Mansor (Naib Presiden Kanan OUM) serta Prof. Dr. Rosli (Naib Presiden OUM) telah membuat satu lawatan ke bangunan baru PP Greenhill pada 27 Sept 2010.

YBhg Tan Sri sedang menandatangani buku pelawat

YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali sedang menyatakan sesuatu kepada Pengarah OUM Perak, Richard Ng

Lawatan ini merupakan lawatan YBhg Tan Sri untuk melihat dengan lebih dekat bangunan yang dipilihnya sendiri untuk dijadikan Pusat Pembelajaran Greenhill semasa beliau melawat OUM Perak pada 28 Feb 2009. Ini adalah janji beliau kepada pelajar PP Greentown pada masa itu bahawa OUM akan menyediakan kemudahan terbaik kepada semua pelajarnya.



Justeru lawatan ini sudah tentu cukup bermakna sekali bukan sahaja buat YBhg Tan Sri malahan juga seluruh warga OUM Perak yang begitu kagum bahawa inilah satu-satunya negeri di mana terdapat dua buah bangunan kepunyaan OUM sendiri.

Turut sama menyambut VIP kita, dari kiri, Puan Ilah, Puan Ros, Puan Murni dan Puan Erna

Rombongan VIP ini tiba tepat jam 10.47 pagi dengan mengambil keratapi terbaru ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh. YBhg Tan Sri menyatakan rasa amat puas hati dengan kemudahan keretapi baru ini yang cukup selesa dan tepat pada waktunya.

Pengarah, Richard Ng, sedang memberikan taklimat kepada YBhg Tan Sri akan perkembangan yang berlaku di PP Greenhill

Pengarah OUM Perak, Richard Ng bersama semua staf OUM Perak telah menyambut kedatangan VIP kita setibanya di Pusat Pembelajaran Greenhill. Pengarah juga telah menunjukkan slaid bergambar lawatan Tan Sri pada tahun lepas bagi mengimbas kembali sejarah penubuhan PP Greenhill. Kata Pengarah, bangunan baru ini juga telah menerima kunjungan dari Zimbabwe, Indonesia dan Thailand pada bulan Jun dan Julai lepas.

YBhg Tan Sri bersama Prof. Mansor dan Prof. Rosli setibanya mereka di stesen keretapi Ipoh

Dalam ucapannya, YBhg Tan Sri menegaskan betapa pentingnya staf OUM dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar-pelajar OUM. Beliau juga mengucapkan syabas pada semua staf OUM Perak kerana telah menjalankan kerja masing-masing dengan baik. Beliau juga menasihatkan agar bangunan ini dipelihara dengan baik.

Melawat salah satu tingkat bangunan PP Greenhill

Beliau beserta dengan Prof. Mansor dan Prof. Rosli telah menjelajah seluruh bangunan bagi melihat kemudahan yang telah disediakan. Secara keseluruhannya, beliau menyatakan rasa amat puas hatinya terhadap penyelengaraan bangunan ini.

Gambar kenangan bersama YBhg Tan Sri, Prof. Mansor dan Prof. Rosli

Selepas sesi lawatan ini, beliau serta rombongan telah diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Restoran Simpang Tiga sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur untuk tugasnya yang seterusnya.

Makan tengahari bersama tetamu VIP di Restoran Simpang Tiga

Bagi pihak warga OUM Perak, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada YBhg Tan Sri, Prof. Mansor dan Prof. Rosli kerana telah membuat satu keputusan terpenting dan tepat untuk pelajar PP Greenhill.

Bengkel Kemahiran Belajar Semester Sept 2010

Pada tarikh 19 September 2010, pihak OUM Perak sekali lagi telah menganjurkan bengkel kemahiran belajar untuk semua pelajar baru ambilan semester September 2010. Bengkel kali ini menampakkan sedikit kelainan kerana 3 modul baru telah digunakan bagi menggantikan 3 modul yang lama.


Modul baru ini telah memuatkan isi kandungan terkini yang mencerminkan sistem arah tuju OUM untuk pelajar-pelajarnya. Pelajar telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang digunapakai di OUM. Pelajar juga telah diajar berbagai kemahiran belajar seperti kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran menggunakan sistem myVLE bagi membantu pelajar dalam pengajian mereka.




Bengkel selama setengah hari ini telah dihadiri kiri-kira 80 orang pelajar dari sejumlah 90 orang pelajar yang sepatutnya hadir. Ini bermakna peratus kehadiran kali ini mencecah hampir 90% dan dikiran sebagai satau pencapaian pada pihak kami.




Setiap modul telah dikendaliklan oleh seorang tutor kanan yang berpengalaman. Antara pemudahcaranya termasuk Sdra Hariharan, Hj. Idris dan Sdra Yusni.

Bagi pihak OUM Perak, kami ucapkan syabas pada semua peserta bengkel semoga ianya dapat membantu mereka dalam pelajaran mereka. Bengkel yang bermula pada jam 8.30pg tamat pada jam 12.30tgh.

Hari Taklimat dan Pendaftaran Pelajar OUM Perak Ambilan September 2010

Seramai 72 orang Pelajar baru untuk ambilan semester September 2010 OUM Perak telah hadir untuk sesi taklimat dan pendafataran pada 5 September 2010.



Sesi tersebut yang bermula pada jam 8.30pg telah diadakan di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh. Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor Open University Malaysia (OUM) melalui rakaman video. Antara lain, beliau mengucapkan syabas pada pelajar baru kerana berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM. Beliau menasihatkan pelajar agar berusaha dengan gigih agar dapat mencapai segala impian mereka selama ini.





Sesi taklimat telah dijalankan oleh Pengarah OUM Perak, Richard Ng. Pelajar diberi taklimat mengenai kaedah pembelajaran baru serta sistem sokongan yang sedia ada di Open University Malaysia. Pelajar juga dinasihatkan supaya sentiasa mendampingi modul yang disediakan OUM. Pelajar baru juga telah ditunjukkan secara atas talian, sistem sokongan Pengurusan Pelajar iaitu myVLE yang amat penting untuk pelajar OUM.



Sesi taklimat tamat pada jam 11.00pg dan pelajar seterusnya menyelesaikan segala bayaran yang dikenakan. Pendaftaran pelajar tamat pada jam 1.30tgh.


Secara keseluruhannya, bilangan pelajar bukan Melayu telah meningkat ke 40% berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini di mana hanya terdapat 10% sahaja pelajar bukan Melayu yang berdaftar.

Ini satu petanda yang baik di mana OUM telah diterima semua kaum selaras dengan semangat 1 Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Bagi pihak warga OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Hari Malaysia" kepada semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak. Bak kata pepatah: "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". Sama-sama kita realisasikan impian negara kita untuk menjadi sebuah negara maju, aman dan makmur tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

8 Sept 2010

Bagi pihak seluruh warga OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin" kepada semua pelajar-pelajar, tutor-tutor, staf OUM Perak serta sanak saudara.


Semoga anda sentiasa ceria di sisi keluarga. Rancanglah perjalanan anda. Pandu cermat jiwa selamat.

Terimalah lagu raya nyanyian M.Nasir sebagai teman penghibur anda semasa raya.



Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, pejabat OUM Perak akan tutup mulai hari Jumaat 10 Sept hingga hari Isnin 13 Sept 2009. Hanya pejabat OUM Perak (Jln Lim Bo Seng) akan beroperasi seperti biasa mulai hari Selasa 14 September. Pejabat OUM Perak (Greenhill) akan tutup sehingga 18 Sept 2010 dan akan buka seperti biasa pada hari Ahad 19 Sept 2010. Harap maklum.