Wednesday, October 3, 2012
Pendaftaran Pelajar Baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran SMP Ambilan Khas Sept 2012
Pada semua cikgu-cikgu yang telah berjaya ditawarkan untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di Open University Malaysia (OUM), kami ucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah.
Cikgu-cikgu yang bakal mengikuti program mereka di Perak akan berdaftar di OUM Perak seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 6 Oktober 2012
Masa: 8.00pg
Tempat: Pusat Pembelajaran Perak, Jln Lim Bo Seng, Ipoh, Perak
Tel: 05-2546006 (Puan Zura)
Peta lokasi Pusat Pendaftaran adalah seperti di bawah: (Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar).
Aturcara Pendaftaran adalah seperti berikut:
8.00pg - 8.30pg - Ketibaan pelajar dan Tayangan Video Korporat OUM
8.30pg - 8.35pg - Bacaan Doa
8.35pg - 10.00pg - Taklimat Oleh Pengarah OUM Perak
10.00pg - 10.30pg - Sarapan Pagi
10.30pg - 11.45pg - Taklimat dari Pegawai BPG
11.45pg - 12.30tgh - Taklimat Prosidur Pendaftaran
12.30tgh - Pendaftaran dan Pengambilan Modul dan bersurai
Tarikh Kelas Tutorial Pertama Pelajar Baru OUM Perak Ambilan Sept 2012
Kepada pelajar baru yang telah berdaftar dan ditawarkan belajar di OUM Perak adalah diingatkan untuk hadir ke kelas tutorial pertama seperti berikut:
Tarikh: 6 Oktober 2012
Tempat belajar: PP Perak, Jln Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak
Masa: 12.30tgh hingga 7.00ptg
Jadual kelas: Sila lihat jadual dalam MYVLE
Kelas disusun seperti berikut:
Slot 1: 12.30tgh - 2.30ptg
Slot 2: 2.45ptg - 4.45ptg
Slot 3: 5.00ptg - 7.00ptg
Peta lokasi PP Perak adalah seperti berikut:
Sila ambil tindakan berikut sebelum hadir ke kelas:
a. Baca modul anda - 2 bab yang pertama
b. Download Soalan Tugasan yang ada dalam MyVLE seperti berikut:
i. Login dalam MyVLE
ii. Klik Kod Subjek
iii. Klik Assignment
iv. Klik Assignment Question -> Download
Bawa Soalan Tugasan semasa Tutorial 1
c. Bawa 2 keping gambar berukuran paspot
d. Bawa segala alatulis
Selamat belajar.
Sebarang kemusykilan sila hubungi:
En. Nizam: 05-2546006 atau Puan Murni: 05-2490920
Laporan Sesi Taklimat dan Bengkel Kemahiran Belajar Pelajar Baru OUM Perak Ambilan Sept 2012
Nyanyian Lagu NegaraKu |
Ucapan Aluan YBhg Tan Sri Presiden, YBhg Tan Sri Anuwar Ali |
Pada Sabtu lepas telah diadakan sesi taklimat untuk pelajar baru OUM Perak bagi ambilan Semester September 2012.
Sesi Taklimat Oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng |
Pelajar memberi tumpuan pada taklimat |
Lebih dari 100 orang pelajar baru yang telah ditawarkan untuk belajar di OUM Perak telah hadir sejak jam 8pg untuk mendengar taklimat mengenai peraturan belajar di Open University Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarahnya Dr. Richard Ng.
Pengarah OUM Perak mengajar pelajar cara mengakses MyVLE |
Seperti biasa sebelum sesi taklimat dijalankan Presiden dan Naib Canselor OUM, YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali melalui rakaman video mengucapkan syabas kepada para pelajar kerana mereka sekarang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Beliau berharap segala impian pelajar tercapai melalui OUM.
Sebahagian dari pelajar baru yang hadir |
Bacaan Ikrar Pelajar Baru |
Bacaan Ikrar Pelajar Baru |
Bacaan Ikrar Pelajar Baru |
Sesi taklimat kemudiannya disambung dengan Bengkel Kemahiran Belajar. Dalam bengkel ini pelajar telah ditunjukkan cara menggunakan sistem Learning Management System atau MyVLE iaitu portal pendidikan OUM yang dapat membantu pelajar mengharungi pembelajaran mereka sepanjang pembelajaran mereka di OUM. Sesi MyVLE ini telah dikendalikan sendiri oleh Pengarah OUM Perak yang juga merupakan salah seorang tutor yang akan mengajar pelajar-pelajar baru ini.
Matron Foong, graduan OUM Perak sedang mengongsi pengalaman belajar di OUM |
Puan Jamuna, graduan OUM Perak turut dijemput mengongsi pengalaman belajar di OUM |
Dua orang graduan OUM Perak iaitu Matron Foong dan Puan Jamuna telah dijemput untuk mengongsikan pengelaman belajar mereka di OUM Perak sehingga menjadi graduan berjaya.
Bengkel kemudian diteruskan dengan Kaedah Pembelajaran di OUM serta penyediaan diri dalam suasana pembelajaran secara jarak jauh dan terbuka. Pelajar juga telah diajar cara mengurus masa serta segala cabaran yang bakal diharungi dalam keadaan kekangan kerja dan keluarga. Bengkel ini juga mengajar pelajar cara untuk memotivasikan diri serta menjinakkan diri dengan kaedah pembelajaran berbentuk adunan atau 'blended learning' yang digunapakai di OUM.
Dalam sesi terakhir, pelajar juga telah diajar cara mengakses perpustakaan digital bagi membantu mereka menyediakan tugasan mereka.
Sesi taklimat dan bengkel ini yang bermula jam 8.30pg tamat pada jam 4.00ptg. Sebelum sesi ini tamat pelajar telah diungatkan akan perkara berikut:
1. Tarikh tutorial pertama: 6 Oktober 2012 bertempat di PP Perak, Jln Lim Bo Seng, Ipoh, Perak mulai jam 12.30tgh hingga 7.00ptg.
2. Jadual waktu masing-masing boleh dilihat melalui MyVLE pelajar.
3. Tarikh Bengkel Penyediaan Tugasan: 13 Oktober 2012 bertempata di PP Greenhill bermula jam 8.30pg hingga 1.30tgh
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi Pentadbirnya En. Nizam Tel: 05-2546006 atau Puan Murni Tel: 05-2490920
Wednesday, September 19, 2012
OUM Perak Menyambut Hari Merdeka di Puncak Bukit Kledang pada 15 Sept 2012
Lebih dari 70 orang pelajar, tutor dan staf OUM Perak telah menunjukkan patriotisma mereka dengan menyambut Hari Merdeka di puncak Bukit Kledang yang terletak kira-kira 600m (atau 2,000 kaki) tinggi di atas paras laut.
Mereka berkumpul sejak jam 6.30pg lagi dengan memakai baju kemeja T OUM berwarna hijau. Pendakian bermula tepat jam 6.45 pagi lagi dengan dipimpin oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng. Para peserta membawa jalur gemilang dengan penuh semangat mendaki bukit ini. Kira-kira sejam kemudian, semua peserta pun tiba di puncak bukit.
Staf OUM Perak memasang banner dan sistem PA sebelum sesi nyanyi lagu patriotk bermula. Apabila semua peserta telah tiba, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu. Ini disusuli oleh Ucapan Merdeka oleh Pengarah OUM Perak.
Dalam ucapannya, Dr. Richard Ng memberitahu para peserta tentang objektif majlis sambutan merdeka di adakan di puncak bukit adalah untuk mengingati pengorbanan yang telah dibuat oleh para pemimpin kemerdekaan seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Loke serta Tun Sambanthan. Beliau menyeru para peserta supaya mencari erti kemerdekaan yang boleh didapati dengan mudahnya dalam Internet.
Klip video Ucapan Kemerdekaan Pengarah OUM Perak:
Dr. Richard juga mengucapkan syabas pada semua peserta kerana telah berkorban masa untuk turut serta dengan OUM Perak dalam menjayakan aktiviti bersejarah. Beliau amat bangga dengan penyertaan kali ini yang menampakkan lebih dari 70 orang hadir berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahun 2012 merupakan kali keempat perayaan seperti ini diadakan di puncak Bukit Kledang di tapak yang sama sejak tahun 2007.
Klip video nyanyian Lagu Jalur Gemilang:
Klip video nyanyian lagu KeranaMu:
Beliau menyeru semua peserta supaya memupuk semangat cintakan negara dengan berpegang kepada Rukun Negara serta konsep 1Malaysia agar kita teruskan hidup harmoni antara kaum bagi memastikan negara kita terus pesat membangun.
Sebelum majlis bersurai, para peserta sama-sama melaungkan Merdeka 3 kali dan menyanyikan lagu patrotik dengan sekuat-kuat hati mereka. Perayaan merdeka tamat kira-kira jam 9pg dan semua peserta pun mula beredar ke destinasi masing-masing.
Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri OUM Perak Disambut Meriah
Pada 8 September 2012, OUM Perak telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri bermula jam 11pg hingga 1ptg. Majlis kali ini amat meriah kerana dihadiri lebih dari 150 orang yang terdiri daripada pelajar OUM Perak, para Tutor dan staf OUM Perak serta ahli keluarga mereka.
Majlis raya tahun ini telah meraikan seramai 20 orang anak yatim dari Persatuan Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih, Pusing, Batu Gajah, Perak.
Dalam ucapan aluannya, Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Aishah Bee Harun, iaitu pelajar OUM Perak yang telah membantu OUM Perak menguruskan jemputan anak-anak yatim ini. Dr. Richard Ng juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengurus Persatuan Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih iaitu Puan Rohana kerana telah turut sama meraikan Majlis kita ini.
Selepas ucapan beliau, Dr. Richard Ng secara spontan menghiburkan peserta dengan sebuah lagu raya berjodol "Satu Hari di Hari Raya" bagi mengingati anak-anak kecil yang tidak berdosa ini. Beliau juga berjanji akan membantu Persatuan ini dalam apa-apahal yang dapat dibantu.
Anak-anak yatim ini kemudiannya telah diberi duit raya sebelum mereka dijamah dengan berbagai juadah raya seperti lemang, nasi himpit, roti jala, satay serta berbagai kueh-mueh.
Subscribe to:
Posts (Atom)