Showing posts with label Majlis Dialog. Show all posts
Showing posts with label Majlis Dialog. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

Lagi Gambar Sempena Lawatan Tan Sri Presiden ke OUM Perak

Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan YBhg Tan Sri Presiden OUM tempohari:

Duduk dari kiri: Tan Sri Dr Anuwar Ali (Presiden/Naib Canselor OUM), Prof. Dr. Mansor Fadzil (Naib Presiden Kanan OUM), Prof. Dr. Latifah Abdol Latif (Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar OUM) dan Prof. Madya Dr. Widad (Dekan, Fakulti Pendidikan dan Bahasa).

Sebahagian dari pelajar PP Perak yang hadir ke Majlis Dialog dengan Tan Sri Presiden

Sebahagian lagi pelajar yang hadir

Tan Sri Presiden dan Naib Presiden Kanan OUM sedang bersarapan pagi dengan staf serta Tutor Kanan OUM Perak

Sesi dialog bersama tutor OUM Perak

YBhg Tan Sri Presiden sedang menyampaikan ucapan kepada para tutor

Sesi perjumpaan dengan para pelajar PPT Greentown

Sebahagian dari pelajar PPT Greentown yang hadir dalam majlis dialog

Jamuan makan tengahari bersama Tan Sri Presiden

Bermacam-macam masakan kampung telah dihidangkan untuk para tetamu kita

Nak apa lagi Ros?

Sunday, March 1, 2009

Majlis Dialog Bersama Tan Sri Presiden @ OUM Perak

YBhg Tan Sri (berdiri, kiri), Prof. Mansor (berdiri, tengah) dan Prof. Latifah (berdiri, kanan) sedang beramah mesra dengan para pelajar

Tanggal 28 Februari 2009 merupakan satu detik manis dalam sejarah OUM Perak kerana dapat bersua muka dengan YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali (Presiden/Naib Canselor OUM), Prof. Dr. Mansor Fadzil (Naib Presiden Kanan), Prof. Dr. Latifah Abdol Latif (Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar), Prof. Madya Dr. Widad (Dekan, Fakulti Bahasa dan Pendidikan), Prof. Madya Dr. Santhi (Pengarah, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Tutor) serta Datin Halimatholhanin (Pengarah, CIDT) dalam satu majlis dialog bersama pelajar dan tutor.

YBhg Tan Sri serta rombongan tiba di OUM Perak di Jln Lim Bo Seng tepat pada jam 8.00pg walaupun majlis telah dijadualkan bermula pada jam 8.15pg. Sementara menanti majli dimulakan, YBhg Tan Sri dan Prof. Mansor sempat beramah mesra dengan para pelajar yang hadir awal.

YBhg Tan Sri Anuwar Ali sedang menyampaikan ucapannya pada para pelajar yang hadir

Majlis dimulakan dengan lagu nyanyian Lagu Negaraku dan diikuti dengan Lagu OUM. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan dari Pengarah OUM Perak, Richard Ng. Seterusnya tiba glilirian YBhg Tan Sri untuk memberi ucapan. Dalam ucapan beliau, YBhg Tan Sri telah menyentuh beberapa aspek mengenai pembelajaran secara ODL dan menyeru kepada pelajar supaya bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Prof. Latifah sedang bergambar dengan pelajar-pelajar program nursing

Beliau turut berkongsi dengan para pelajar mengenai budaya kerja di Jepun di mana beliau baru sahaja kembali ke tanahair selepas membuat lawatan ke universiti Saka Gakkai International di Jepun.

YBhg Tan Sri turut memberitahu pelajar bahawa OUM akan sentiasa memberi penekanan kepada perkhidmatan serta kemudahan kepada pelajar agar pelajar sentiasa selesa belajar di OUM.

Salah seorang pelajar OUM program BETESL iaitu Puan Rosnah sedang bertanyakan sesuatu kepada YBhg Tan Sri

Prof. Mansor turut memberi sedikit ucapan ringkas mengenai rancangan OUM untuk memperkenalkan ujian objektif bagi menggantikan tugasan serta menjadikan semester Mei sebagai semester bias di mana para pelajar dibenarkan mengambil 3 subjek. Ini bermakna jangkamasa tamat pembelajaran akan menjadi lebih pendek.

Pada jam 9.15pg para pelajar dan tutor telah dihidangkan dengan jamuan ringan.

YBhg Tan Sri sedang menyampaikan ucapan kepada para tutor yang hadir

YBhg Tan Sri dan Prof. Mansor turut mengadakan sesi dialog dengan tutor dari am 9.45pg hingga 10.30pg dan kemudian diikuti dengan sesi dialog dengan pelajar pasca ijazah.

YBhg Tan Sri dan Prof. Mansor sedang beramah mesra dengan pelajar pasca ijazah

Prof. Madya Dr. Santhi sedang memberikan taklimat kepada para tutor

Pada jam 11.15pg, kami pun bertolak ke PPT Greentown untuk sesi dialog dengan para pelajar di sana. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh salah seorang wakil pelajar iaitu saudara Norazhar Kassim. Ianya kemudian diikuti oleh ucapan YBhg Tan Sri. Sesi dialog ini tamat pada jam 12.15pg.

Prof. Mansor sedang menyampaikan ucapan kepada para pelajar PPT Greentown

Ucapan dari wakil pelajar PPT Greentown, Sdra Norazhar Kassim

YBhg Tan Sri serta rombongan kemudian telah diraikan dalam satu majlis makan tengahari bersama staf OUM Perak. Berbagai hidangan masakan Perak seperti tempoyak, ikan keli goreng tumis, ayam goreng, gulai tempoyak ikan patin serta ulam telah disediakan.

Gambar kenangan. Dari kiri: Hamidnoh, Datin Hanin, Dr. Widad, Dr. Santhi, Tan Sri Anuwar Ali, Prof. Mansor, Prof. Latifah, Richard Ng dan Wan Kamaruddin

Selepas makan tengahari, kami pun bertolak ke satu lagi pusat pembelajaran tempatan iaitu Institut Perguruan Ipoh yang terletak di Ulu Kinta. Pada jam 2.00ptg, kami pun tiba di situ untuk berjumpa dengan pelajar-pelajar program SMP. YBhg Tan Sri dan Prof. Mansor turut memberi ucapan kepada pelajar dan tutor dan menasihati pelajar supaya bekerja keras untuk berjaya dalam pembelajaran mereka.

YBhg Tan Sri sedang berucap di hadapan pelajar-pelajar SMP di Institut Perguruan Ipoh

Pada jam 2.45ptg kami pun bertolak semula ke OUM Perak di Jln Lim Bo Seng. Sebelum bertolak kembali ke Kuala Lumpur, YBhg Tan Sri mengucapkan terima kasih kepada semua staf OUM Perak dan memberi pesan supaya sentiasa menjaga pelajar-pelaja kita dengan baik.

Sesungguhnya lawatan YBhg Tan Sri serta rombongan telah dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan para pelajar dan tutor serta staf OUM Perak. Para pelajar dan Tutor yang hadir amat bertuah kerana jarang sekali mendapat peluang untuk mengenali dengan lebih rapat lagi pihak pengurusan tertinggi OUM.

Bagi pihak seluruh warga OUM Perak, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Tan Sri serta rombongan, semua pelajar dan tutor serta staf OUM Perak kerana telah sama-sama menjayakan majlis ini.

Friday, February 27, 2009

Lawatan YBhg Tan Sri Presiden OUM ke PP OUM Perak

Warga OUM Perak amat bertuah kerana YBhg Prof. Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali iaitu Presiden dan Naib Canselor OUM akan membuat lawatan ke OUM Perak sempena Majlis Dialog dengan para pelajar dan tutor pada 28 Feb, 2009 dari jam 8pg hingga 3ptg.



Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

a) Untuk Pelajar OUM Perak yang berpusat di Jln Lm Bo Seng:

8.00pg - Para pelajar dan tutor berkumpul di Dewan A dan B masing-masing

8.15pg - Ketibaan YBhg Tan Sri serta rombongan pengurusan tertingi OUM pusat

8.20pg - Majlis dialog bersama pelajar

9.00pg - Sarapan pagi

9.15pg - Majlis dialog bersama tutor

10.00pg - Majlis dialog dengan pelajar Post Graduate

b) Untuk pelajar dan tutor OUM Perak yang berpusat di PPT Greentown:

11.15pg - Pelajar dan tutor berkumpul di Dewan SSI

11.30pg - Majlis dialog bersama pelajar dan tutor

c) Untuk pelajar dan tutor OUM Perak yang berpusat di Institut Perguruan Ipoh

2.15ptg - Pelajar dan tutor berkumpul dalam salah satu bilik kuliah

2.30ptg - Majlis dialog dengan pelajar dan tutor

Semua pelajar dan tutor OUM Perak adalah dengan ini dijemput hadir bagi memeriahkan suasana Majlis sambil menjalin hubungan silaturahim degan pihak pengurusan tertinggi OUM

Tuesday, December 2, 2008

Lawatan Naib Presiden OUM ke PP Perak

Pada tanggal 21 November 2008, Pusat Pembelajaran (PP) Perak telah dikunjungi oleh Naib Presiden OUM, Prof. Ir. Dr. Rosli Bin Hamir. Lawatan ini merupakan lawatan sulongnya setelah dilantik sebagai Naib Presiden baru OUM.Kehadiran beliau sememangya amat dinanti-nantikan oleh pihak OUM Perak kerana banyak keputusan dapat dibuat dengan cepat.

Prof. Rosli sedang menandatangani buku pelawat

Sejak perlantikan Prof Rosli sebagai Naib Presiden, beliau telah banyak membantu menaiktarafkan kemudahan OUM Perak. Di antaranya termasuk melengkapkan semua bilik kuliah di PP Perak dengan alat projektor LCD dan komputer serta penukaran semua unit alat hawa dingin kepada yang baru. Kos perbelanjaan penambahbaikian ini mencecah sehingga RM150,000. Dengan penambahbaikian ini diharap pelajar-pelajar PP Perak akan merasa lebih selesa belajar di pusat pembelajaran ini.

Dalam masa terdekat ini, PP Perak akan memasang WIFI pada semua tingkat bangunan ini. Dengan adanya WIFI, pelajar OUM Perak boleh membawa laptop mereka ke kelas untuk melayari laman web.

Kelihatan di atas LCD baru yang telah dipasangkan di semua bilik kuliah PP Perak bagi kemudahan dan keselesaan pelajar

Semasa lawatan beliau ini, pengarah PP Perak, Richard Ng telah membangkitkan masalah berkaitan dengan kekangan akibat kekurangan bilik kuliah serta pusat peperiksaan memandangkan bilangan pelajar di Perak yang semakin meningkat. Beliau prihatin dengan masalah ini dan berjanji akan memajukan perkara ini dalam mesyuarat lembaga pengarah. Antara cadangan yang dibangkitkan ialah untuk membina bangunan 3 tingkat bersebelahan dengan bangunan PP Perak di atas tanah kosong 3 lot kepunyaan OUM Perak yang kini digunakan sebagai kafeteria.

Alat hawa dingin yang lama telah diturunkan dan diganti dengan yang baru

Pada tapak kafeteria kepunyaan OUM Perak inilah telah dicadangakan supaya membina bangunan tambahan bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat

Prof Rosli menasihatkan PP Perak supaya sentiasa membuat pemantauan ke atas kemudahan yang ada dan memastikan kebersihan pada tahap yang membanggakan. Beliau juga ingin melihat operasi OUM Perak berjalan dengan licin dan kemas.