Tengahari tadi Prof. Dr. Rosli, naib Presiden OUM, telah datang ke Ipoh untuk melawat bangunan baru OUM iaitu Pusat Pembelajaran Greenhill bagi memastikan bangunan ini siap seperti yang dijangkakan bagi kegunaan pelajar dari Greentown pada semester Januari 2010.
Turut hadir sama ialah En. Firdaus, jurutera OUM serta En. Zuraidin, Pengurus bahagian IT, OUM. Prof. Rosli telah bertemu dengan semua juruperunding projek serta kontraktor yang terlibat dengan kerja pengubahsuaian.
Lawatan Prof. Rosli kali ini telah dapat merungkaikan segala masalah yang boleh melambatkan penyiapan bangunan ini. Semasa mesyuarat tadi, banyak perkara yang dibangkitkan telah diselesaikan dan diputuskan.
Penyerahan kunci akan dibuat pada hari esok 23 Disember 2009 kontraktor akan memastikan semua kerja pembersihan dijalankan esok. Esok juga, kerusi meja pelajar yang ditempah dari KL akan sampai pada jam 9.00pg.
Pelajar PP Greentown yang selama ini menumpang di Kolej KPTM kini akan dapat menggunakan premis terbaru ini yang lebih selesa, canggih dan dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan.
Ramai pelajar yang telah mengetahui tentang bangunan ini menyambut baik dan menanti saat-saat yang telah lama mereka nanti-nantikan. Dijangkakan pelajar semester Januari 2010 akan dapat menggunakan bangunan ini mulai tutorial 1 iaitu pada 24 Januari 2010.
Sama-sama kita doakan agar segala proses persiapan bangunan ini dapat dijalankan dengan sempurna dan licin.

