OUM Perak sekali lagi akan menjadi sibuk dengan berbagai aktiviti persediaan bagi menyambut semester Mei 2010.
Pada hari Ahad 16 Mei 2010, tiga aktiviti penting akan berlangsung. Bag pelajar ambilan baru semester Mei 2010, bengkel kemahiran belajar akan diadakan di tingkat 1 PP Greenhil dari pukul 8.30pg hingga 12.30tgh. Semua pelajar baru wajib menghadirinya bengkel ini bagi membolehkan mereka memahami kaeah pembelajaran di OUM serta persediaan mental yang diperlukan.
Pada masa yang sama juga akan diadakan temuduga bakal tutor OUM dari jam 9.00pg hingga 11.00pg di tingkat 1 PP Greenhill.
Pada am 11.30pg pula, semua tutor OUM Perak yang akan kembali menjadi tutor bagi semester Mei 2010 telah dijemput untuk hadir satu sesi taklimat dari Pengarah OUM Perak. Objektif perjumpaan ini adalah untuk melengkapkan tutor dengan maklumat OUM terkini serta memberikan nasihat dan tunjukajar pada tutor agar lebih bersedia lagi pada semester Mei ini. Sesi taklimat ini akan diadakan di tingkat bawah PP Greenhill.
Kelas tutorial pertama untuk pelajar senior akan mula ada 22 & 23 Mei, 2010 manakala kelas tutorial pertama untuk pelajara baru serta pelajar pasca ijazah akan diadakan pada 29 dan 30 Mei 2010.
Friday, May 14, 2010
Saturday, May 8, 2010
Selamat Hari Ibu
Friday, May 7, 2010
Rombakan Pengurusan Tertinggi OUM
Pada 5 Mei 2010 telah diadakan satu rombakan dalam pengurusan tertinggi OUM. Prof. Latifah Abdol Latif, mantan Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar, kini adalah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi menggantikan Prof. Mohd Kidin yang akan bersara tidak lama lagi.
Prof. Madya Dr. Santhi (kiri)dan Prof. Latifah (dua dari kiri) semasa lawatan dan sesi dialog di PP Greentown pada 28 Februari 2009.
Prof. Madya Dr. Santhi Ragavan, mantan Pengarah Pusat Pengurusan Tutor, kini telah dipindahkan ke Pusat Pengurusan Pelajar sebagai pengarahnya yang baru menggantikan tempat Prof. Latifah.
Prof. Zoraini Wati Abas, iaitu mantan Pengarah Institut Kualiti, Kaji Selidik dan Inovasi (IQRI) telah berpindah ke Pusat Pengurusan Tutor, sebagai pengarahnya yang baru.
Warga OUM Perak mengucapkan syabas kepada mereka kerana perlantikan yang baru bermakna cabaran baru bagi menambah-baik perkhidmatan kepada pelajar serta tutor.
Prof. Madya Dr. Santhi (kiri)dan Prof. Latifah (dua dari kiri) semasa lawatan dan sesi dialog di PP Greentown pada 28 Februari 2009.Prof. Madya Dr. Santhi Ragavan, mantan Pengarah Pusat Pengurusan Tutor, kini telah dipindahkan ke Pusat Pengurusan Pelajar sebagai pengarahnya yang baru menggantikan tempat Prof. Latifah.
Prof. Zoraini Wati Abas, iaitu mantan Pengarah Institut Kualiti, Kaji Selidik dan Inovasi (IQRI) telah berpindah ke Pusat Pengurusan Tutor, sebagai pengarahnya yang baru.
Warga OUM Perak mengucapkan syabas kepada mereka kerana perlantikan yang baru bermakna cabaran baru bagi menambah-baik perkhidmatan kepada pelajar serta tutor.
Wednesday, May 5, 2010
Hari Pendaftaran dan Taklimat Pelajar Baru OUM Perak
May 5, 2010
Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM Perak
Pihak OUM Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawaran dalam berbagai kursus ambilan semester Mei 2010.
Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill
Seramai 150 orang pelajar dijangka akan hadir pada hari Ahad ini 9 Mei 2010 untuk menjalani sesi orientasi serta mendengar taklimat mengenai OUM sebelum sesi pendaftaran dijalankan. Pelajar program diploma dan ijazah sarjana muda dikehendaki hadir pada jam 8.30 pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.

Taklimat serta pendaftaran akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill iaitu pusat pembelajaran terbaru OUM Perak. Alamat pusat pembelajaran ini ialah No. 55 - 57, Persiaran Greenhil, 30450 Ipoh, Perak. No. telefon untuk dihubungi kiranya terdapat sebarang kemusykilan ialah: 05-2490290 atau 05-2490292. Sila hubungi Pentadbir kami iaitu Puan Siti Norjalilah atau Puan Erna. Peta lokasi pusat ini adalah seperti di bawah.
Peta lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill
Pelajar baru dinasihatkan untuk membawa bersama anda perkara berikut semasa membuat pendaftaran:
1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran
3. Sijil kelayakan asal
4. Yuran pengajian minimum RM700
Semua pelajar program diploma dan ijazah sarjana muda diingatkan supaya hadir pada jam 8.30pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.
Sesi taklimat dan pendaftaran untuk program diploma dan ijazah sarjana muda dijangka tamat pada jam 12.30tgh.

Keluarga OUM Perak bertambah besor
Friday, April 2, 2010
Peperiksaan Akhir OUM Semester Januari 2010
Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Januari 2010 akan bermula pada 5 April 2010 hingga 28 April 2010. Semua pelajar OUM Perak dinasihatkan untuk menyemak jadual terkini yang muktamad di LMS sekurang-kurangnya sehari sebelum peperiksaan.
Bagi pelajar OUM Perak, peperiksaan akan diadakan di 2 lokasi iaitu PP Perak Jln Lim Bo Seng dan PP Greenhill. Pastikan anda hadir sekuran-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula. Pelajar dikehendaki membawa slip kebenaran menduduki peperiksaan serta kad matrik atau kad pengenalan.
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan akhir semester Januari 2010 serta pusat lokasi untuk pelajar-pelajar OUM Perak:
April 5 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 6 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 7 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 9 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 10 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 11 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 12 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 13 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 14 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 16 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 17 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 18 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 20 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 21 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 22 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 23 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 24 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 25 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 26 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 27 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
April 28 (klik untuk melihat imej yang lebih besar):
PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PROGRAM PENGAJIAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA)
PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR OUM (03/2010)bertarikh 24 Mac 2010 adalah dirujuk:
Untuk makluman para pelajar, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang ke 104 pada 17 Disember 2009 telah bersetuju untuk mengiktirafkan kelayakan-kelayakan bagi program-program yang dijalankan oleh OUM seperti berikut:
1. Sarjana Sains (Kejuruteraan) A6084 [Tarikh mula akreditasi: 06.03.2009]
2. Sarjana Muda Matematik dan Pengurusan Dengan Kepujian (A5741)[06.02.2009]
3. Sarjana Muda Matematik Dengan Teknologi maklumat Dengan Kepujian (A5850)[10.11.2008]
4. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Arab) Dengan Kepujian (A8919)[10.2.2009 - 09.2.2010]
5. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian (A8916)[10.2.2009 - 09.2.2010]
6. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Cina) Dengan Kepujian (A8917)[10.2.2009 - 09.2.2010]
7. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Tamil) Dengan Kepujian (A8918)[10.2.2009 - 09.2.2010]
8. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Seni Visual) Dengan Kepujian (A8921)[12.2.2009 - 11.2.2010]
9. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Muzik) Dengan Kepujian (A8922)[12.2.2009 - 11.2.2010]
10. Sarjana Muda Keguruan (Kajian Sosial) Dengan Kepujian (A8920)[06.2.2009 - 05.2.2010]
11. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian (A8923)[06.2.2009 - 05.2.2010]
12. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian (A8924)[06.2.2009 - 05.2.2010]
13. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Prasekolah) Dengan Kepujian (A8925)[13.2.2009 - 12.2.2010]
14. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian (A8925)[13.2.2009 - 12.2.2010]
Sehubungan dengan itu surat pemakluman pengiktirafan kelayakan daripada pihak JPA telah dimuat naik di dalam laman web OUM untuk makluman semua.
Pihak Universiti ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar terhadap kerjasama yang diberikan dalam proses perakuan akreditasi dan pengiktirafan.
Sekian.
Yang benar,
-ditandatangan-
KAMARIAH MOHD NOOR
Pendaftar

Subscribe to:
Posts (Atom)