Friday, May 27, 2011

Sampel Soalan dan Jawapan OUMH1103 - Topic 5

Berikut adalah panduan menjawab soalan OUMH 1103 bagi topik 5:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar.























Sampel Soalan dan Jawapan OUMH1103 - Topic 4

Berikut adalah sampel soalan dan jawapan untuk dijadikan panduan menjawab soalan OUMH1103 dari topik 4:















Wednesday, May 25, 2011

Sampel Soalan dan Jawapan OUMH1103 - Topic 2

Berikut adalah tajuk yang perlu diberi perhatian dalam peperiksaan akhir kertas OUMH 1103 serta sampel soalan dan jawapan bagi Topik 2:











Tuesday, May 24, 2011

Sampel Soalan dan Jawapan OUMH1103 - Topic 1

Berikut adalah tajuk yang perlu diberi perhatian dalam peperiksaan akhir kertas OUMH 1103 serta sampel soalan dan jawapan bagi Topik 1:



















Sesi dialog Pelajar SMP bersama Prof Madya Ramli Bujang

Prof. Madya Ramli Bujang sedang memberikan taklimat pada pelajar SMP

Ahad lepas Mei 22, 2011 telah berlangsungnya satu sesi dialog di antara semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) bersama Prof. Madya Ramli Bujang Kahar, timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia.



Seramai 180 orang pelajar telah menghadiri sesi dialog tersebut dari pukul 2.45ptg hingga 3.30ptg. Sesi dialog ini dijalankan di semua Pusat Pembelajaran OUM diseluruh Malaysia. Tujuannya ialah untuk memahami dengan lebih dekat lagi masalah yang dihadapi pelajar dan untuk mendengar dari pelajar SMP sendiri cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan OUM untuk memberi perkhidmatan trbaik kepada mereka.

Sebahagian dari pelajar SMP yang hadir



Pada ambilan Mac 2011 yang lepas seramai 5,500 orang guru telah diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran di bawah RMK10 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng, turut memberikan nasihat kepada pelajar SMP

Ketika sesi dialog tersebut. Prof. Madya Ramli turut mengambil kesempatan menasihatkan pelajar tenteng persediaan diri meghadapi peperiksaan mereka yang bakal diadakan dari 27 Mei 2011 hingga 29 Mei 2011.

Temuramah Puan Onee Azua Zulkarnain dalam OUM Today

Majalah OUM Today yang memuatkan temuramah bersama Puan Onee

Majalah Online bulanan OUM iaitu OUM Today keluaran May 2011 membawa tema mengenai guru-guru yang telah berjaya ditawarkan ke program SMP ambilan khas bulan Mac 2011 di OUM.

Puan Onee bersama anak muridnya

Salah seorang pelajar SMP Perak Puan Onee Azua Zulkarnain telah ditemuramah oleh Puan Rahmah dari unit editorial OUM dan hasil temurahmah telah dimuatkan dalam edisi OUM Today Mei 2011.

Puan Onee, barisan depan dua dari kiri, semasa sesi dialog dengan Prof. Madya Ramli Bujang di OUM Perak baru-baru ini

Menurut Onee yang berasal dari Ipoh dan sedang mengajar di Sekolah SMK Seri Kelebang, Menglembu, Ipoh, beliau telah membuat permohonan untuk melanjutkan pelajarannya melalui Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak 2 kali sebelum ini tetapi tidak berjaya.

Beliau amat berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kali ini kerana berjaya ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di OUM bertempat di Pusat Pembelajaran Perak baru-baru ini bersama lebih dari 5400 orang guru yang berjaya ditawarkan belajar di OUM.

Program SMP ini merupakan suatu usaha kementerian di bawah RMK10 bagi mengijazahkan guru-guru yang belum meiliki ijazah.

Puan Onee, barisan depan kiri, semasa Bengkel Penyediaan Tugasan kendalian Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng

Kata Onee yang memilih pengkhususan Bahasa Melayu, ini kali pertama dia belajar melalui kaedah pengajian jarak jauh dengan bantuan online. Antara cabaran yang dihadapinya termasuk penggunaan teknologi komputer dan Internet dalam memuatturunkan bahawa bacaan dan soalan tugasan.

Berkat sokongan dari keluarganya, beliau berazam untuk menamatkan pengajiannya dalam 4 tahun dan mendapat keputusan yang cemerlang.