Pada hari ini telah berlangsungnya lawatan audit dari panel MQA ke OUM Perak. Panel yang terdiri daripada Prof. Dr. Mohammed Zin dan Puan Rahimi tiba pada jam 9.00pg disambut Pengarah OUM Perak, Richard Ng serta semua staf OUM Perak. Lawatan ini merupakan sebahagian dari siri lawatan audit semua pusat pembelajaran OUM di seluruh negara.
Perjumpaan di OUM Perak telah diadakan di Pusat Pembelajaran Perak di Jalan Lim Bo Seng yang turut disertai oleh 4 orang tutor serta 12 orang pelajar secara sukarela.
Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dengan sesi taklimat dari Pengarah OUM Perak mengenai latar belakang OUM Perak serta bilangan staf, tutor, pelajar dan kemudahan yang disediakan.
Selepas itu perjumpaan telah diadakan secara tertutup dengan tutor yang telah hadir secara sukarela. Ia kemudian disusuli dengan perjumpaan dengan semua staf OUM Perak.
Pada jam 12.30 tengahari, panel MQA telah mengadakan pertemuan dengan 12 orang pelajar semasa makan tengahari.
Pada jam 1.30 tengahari panel MQA mengimbas segala dokumen operasi OUM Perak. Pada jam 2ptg, sesi lawatan premis PP Perak serta PP Greenhill telah diadakan. Panel MQA telah ditunjukkan semua kemudahan yang ada seperti bilik bacaan, bilik komputer, LCD, serta bilik kebal.
Pertemuan dengan panel MQA tamat pada jam 3.00ptg. Kepada semua pelajar dan tutor yang telah memberikan kerjsama dalam menjayakan lawatan audit, pihak OUM Perak mengucapkan jutaan terima kasih.
2 comments:
Congratulation Mr Richard. Good timing for the visit. You could showcase OUM's new premise to the panels.
Thank you. Yes, MQA panel were impressed by our new premise. Next will be Pahang
Post a Comment