Saturday, July 31, 2010

Prebiu untuk program OUM ambilan Sept 2010 di Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur dan Greenhill

Kaunter pertanyaan di pusat pembelajaran Kuala Lumpur sibuk melayan pertanyaan daripada mereka yang berminat untuk belajar di OUM



Pada 24hb Julai yang lepas, OUM telah mengadakan prebiu di kebanyakan lokasinya di seluruh Malaysia. Prebiu ini membolehkan orang ramai terutamanya warga kerja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan secara lebih terperinci dan seterusnya mendaftarkan diri untuk kemasukan Semester September 2010.

Para pemohon sedang sibuk membuat permohonan secara online melalui terminal yang disediakan khas

Para ahli fakulti yang turun padang untuk membantu

Turut hadir, Presiden serta Naib Presiden kanan OUM dan Sdra Ramli, Pengarah OUM KL

Tinjauan prebiu di Kuala Lumpur mendapati lebih dari 100 orang hadir sejak jam 9pg lagi untuk mendengar taklimat dari beberapa orang ahli akademik yang turun padang untuk membantu unit pemasaran KL yang diterajui oleh Saudara Yon Rosli. Turut hadir sama untuk memberi sokongan ialah YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden dan Naib Canselor OUM serta Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil.

Di Ipoh, sambutan prebiu juga agak memberangsangkan dimana lebih dari 50 orang telah hadir bagi mendengar taklimat dari Tutor Kanan OUM Perak, iaitu Tuan Hj. Idris dan dibantu oleh Saudara Ahmad Fahmi, eksekutif kanan OUM Perak.

Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill

Bagi mereka yang masih berminat untuk belajar di OUM bagi ambilan semester September 2010, masih lagi dibuka permohonan. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web www.oum.edu.my.

Tn. Hj. Idris sedang memberikan taklimat pada para hadirin

Bagi program ijazah sarjana muda, pemohon mesti mempunyai kelayakan minimum STPM (1 prinsip) ata Diploma. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan minimum ini boleh juga diterima masuk dengan syarat lulus ujian kelayakan fleksibel.

Kaunter pertanyaan di PP Greenhill juga sibuk melayan pertanyaan dari para hadirin prebiu

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi OUM Perak Jln Lim Bo Seng di talian 05-2546006 atau OUM Perak Persiaran Greenhill di talian 05-2490920.

No comments: