Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari OUM Perak

Bagi pihak seluruh warga OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin" pad semua pelajar, tutor dan staf OUM tak kira di mana anda berada.



Semoga anda sekalian diberkati dengan keceriaan dan kesihatan yang baik sepanjang perayaan. Yang berjalan jauh tu, pandu cermat dan berhati-hati di jalanraya.

Sempena perayaan ini, OUM Perak akan tutup dari 18 Ogos hingga 21 Ogos. Pejabat kami di PP Perak akan mula beroperasi mulai 22 Ogos 2012.

Sebagai peringatan kepada pelajar OUM Perak, proses pengambilan modul akan bermula pada 1 dan 2 Sept bagi pelajar yang berdaftar untuk "First Module Collection". Sila pastikan anda membawa slip pengambilan modul ketika hadir bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Bagi memudahkan pelajar, kaunter Bank Islam akan dibuka di PP Perak Jln Lim Bo Seng pada hari tersebut.

Bagi mempercepatkan proses pengambilan modul, pelajar digalakkan untuk membuat bayaran awal di Bank Islam atau BSN dan bawa resit pembayaran semasa pengambilan modul. Pelajar juga boleh membayar dengan menggunakan kad kredit atau kad debit pada hari tersebut.

Pelajar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut bolehlah mengambil modul selepas tarikh tersebut.