Friday, June 27, 2008

Pesawat Eagle 150B mendarat di perkarangan sebuah rumah di Taman Cempaka, Ipoh

Jun 27, 2008

Belum lagi reda berita mengenai Bom Perang Dunia Ke-2 yang dijumpai di Tambun 3km dari bandaraya Ipoh, penduduk Ipoh sekali lagi digemparkan dengan berita sebuah pesawat jenis Eagle 150B kepunyaan Integrated Training & Services Academy jatuh terhempas di perkarangan sebuah rumah di Taman Cempaka bersebelahan dengan Tambun.

Pesawat Eagle 150B membuat pendaratan kecemasan di perkarangan sebuah rumah dua tingkat di Taman Cempaka Ipoh.

Pesawat yang sedang membawa seorang pelatih dan jurulatihnya terpaksa membuat pendaratan kecemasan pada kira-kira jam 1.30ptg. Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut, kedua-dua mangsa terselamat dari kejadian tersebut. Malahan, tembok dinding serta taman tersebut cuma mengalami kerosakan kecil seperti juga dengan kejadian letupan Bom di Tambun pada Sabtu lepas di mana tiada insiden kerosakan dilaporkan.

Salah seorang dari dua orang mangsa sedang dikejarkan ke hospital

Kelihatan dalam gambar di atas serpihan pesawat. Tembok dinding kelihatan tidak mengalami kerosakan.

Apakah ini satu petanda baik buat pendudukan Bandaraya Ipoh? Dengar khabar di Dewan Undangan Negeri Perak semalam kecoh.

Tuesday, June 24, 2008

Projek Lanskap Buku Hijau OUM Perak

Prof. Ramli melancarkan Projek Buku Hijai di PP Perak pada 21 Jun 2008 dengan menanam pokok cili dalam pasu khas yang disediakan

Dengan berpegangkan kepada falsafah "Yakin Boleh", OUM Perak telah membuahkan satu idea baru iaitu Projek Lanskap Buku Hijau di mana sayur-sayuran mengambil alih pokok bunga yang ditanam diperkarangan OUM Perak. Justeru lanskap OUM Perak bakal berubah.

Projek Buku Hijau telah dilancarkan dengan rasminya oleh Prof. Ramli Bahroom, iaitu Pengurus Besar OUM (Bhg Perancangan Korporat dan Komunikasi) pada tanggal 21 Jun 2008.

Projek ini bertujuan untuk menghidupkan kembali Rancangan Buku Hijau yang telah diperkenalkan oleh PM Malaysia yang ke 2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974 bagi menangani masalah akibat inflasi yang sedang melanda negara kita.

Projek ini diharapkan dapat menyuntik semangat semua kakitangan dan pelajar-pelajar OUM Perak untuk menanam sayur sendiri. Ini bukan sahaja dapat membantu kita berbelanja secara berhemah malah membolehkan kita mengamalkan cara hidup yang sihat yang bebas dari bahan kimia.

Sebagai permulaan, sayur-sayuran seperti Kailan, Bendi, Terung, Cili dan Pudina telah ditanam. Banyak lagi jenis sayur yang lain akan ditanam dalam masa yang singkat. PP Perak juga akan memperkenalkan tanaman cara hidroponik selepas projek ini membuahkan hasil.



Beginilah keadaan verandah yang penuh dengan sayur-sayuran yang baru ditanam

Sunday, June 22, 2008

Pekan Tambun Menjadi Pekan Hantu

Jun 22, 2008

Pekan koboi Tambun satu masa dulu terkenal dengan limau tambunnya dan juga tukang tilik. Kira-kira 1Km dari pekan Tambun menghala ke pekan Tanjung Rambutan letaknya tempat pelancongan terbaru iaitu Sunway City The Lost World yang dikunjungi ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.

Tambun memang terkenal dengan buah limau tambun ini yang paaaaling sedap

Taman tema air Sunway City Lost World

Beginilah keadaan pekan Tambun yang lengang.

Akan tetapi pada tanggal 21 Jun 2008, pekan Tambun menjadi sebuah pekan hantu lengang sepi dari jam 7pg hingga 2 ptg kerana sebutir bom perang dunia kedua yang digugurkan dari kapal terbang British ke bandar ini telah dijumpai di Sungai Pinji berhampiran dengan jambatan di pekan ini.

Beginilah keadaan anggota askar dan polis menjalankan proses letupan bom

Menurut apa yang diceritakan oleh orang tempatan di sini, bom seberat 450kg ini telah dijumpai berhampiran jambatan merentasi Sungai Pinji pada 14 Jun lepas dan dikatakan masih aktif. Bom jenis jika meletup boleh mengakibatkan selurh pekan ini lenyap dari peta Malaysia. Justeru, ketua polis Perak terpaksa membuat keputusan untuk meletupkan bom ini ditempat yang sama memandangkan risikonya yang tinggi jika mengalihkan bom ini ke tempat lain.

Kelihatan dalam gambar, saki baki bom yang dikatakan telah menjadi keras

Seramai 4,000 penduduk Tambun terpaksa dipindahkan sementara bagi membolehkan kerja-kerja meletupkan bom itu dijalankan. Jalan besar Tambun juga terpaksa ditutup mengakibatkan kesesakan lalu-lintas. Ada di kalangan Staf OUM termasuk penulis blog ini juga terpaksa mengambil jalan alternatif yang mengambil masa 45 minit untuk sampai ke OUM berbanding dengan 15 minit sahaja kebiasaannya.

Apa lagi ... ramailah pengunjung yang sibuk nak pastikan sama ada bom dah betol-betol meletup ke belum.

Bom dipercayai diletupkan pada jam 10.30pg dan mujur tidak ada sesiapanpun yang cedera atau kemusnahan pada jambatan. Kalau tidak .... huh terpaksa le ikut jalan panjang ... Dah le harga petrol naik. Syabas pada pasukan polis dan semua jabatan kerajaan yang terlibat dalam operasi itu.

Anggota Unit Pemusnah Bom memeriksa ketebalan kelongsong

Saturday, June 21, 2008

Majlis Penubuhan Alumni OUM Perak - Part 3

Sempena dengan Majlis Penubuhan Alumni OUM Perak, Prof. Ramli telah dijemput untuk melancarkan Projek "Buku Hijau" bagi menyahut saranan kerajaan supaya mengubah cara hidup kita.

Sebagai sebuah universiti di mana 95% pelajar OUM adalah terdiri daripada warga kerja, maka OUM Perak telah mengambil inisiatif untuk menjadi peneraju kepada usaha menghidupkan kembali projek Buku Hijau yang telah diperkenalkan pada tahun 1974 oleh PM Malaysia yang kedua.

Dalam projek ini, semua pokok bunga akan ditukar kepada penanaman sayur-sayuran yang lebih mendatangkan faedah. Dengan usaha ini, adalah diharap semua kakitangan dan pelajar akan mengikut contoh ini. Pelajar juga boleh mempelajari kaedah menanam berjenis-jenis sayuran dan mendapatkan benih sayuran dari pihak OUM Perak.

Kelihatan Prof. Ramli sedang menanam pokok cili sebagi simbolik kepada pelancaran projek buku hijau ini.

Pokok yang telah ditanam tadi disiram dengan air

Majlis Penubuhan Alumni OUM Perak - Part 2

Sempena dengan majlis perjumpaan pelajar dan alumni, turut diadakan majlis penyampaian sijil dekan pada pelajar dan Sukan Riang Ria OUM Perak.

Kelihatan Sdra Roslan sedang menerima sijil dekannya dari Prof. Ramli

Turut menerima sijil dekan ialah Puan Hjh Rafiah

Giliran Sdra Norazhar pula untuk menerima sijil dekannya.

Inilah juara Futsal lelaki yang diketuai oleh Sdra Mohd Fuad.

Sdri Azmilah sedang menerima hadiah naib juara bagi acara badminton perseorangan wanita.

Majlis Penubuhan Alumni OUM Perak - Part 1



Kira-kira 50 orang pelajar dan alumni telah menghadiri Majlis Perjumpaan Pelajar dan Alumni PP Perak yang diadakan pada 21 Jun 2008. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Ramli Bahroom, Pengurus Besar, Perancangan Korporat dan Komunikasi OUM. Turut hadir Sdri Fairolniza, eksekutif Pejabat Perhubungan Alumni OUM pusat.

Kelihatan Pengarah PP Perak Richard Ng bersama Prof. Ramli (kanan)

Prof. Ramli sedang menyampaikan ucapannya.

Richard sedang memberi taklimat mengenai perancangan OUM PP Perak

Thursday, June 19, 2008

Bengkel Persediaan Bajet 2009 OUM (Zone Utara) - Part 3

Syahadan maka tamat sudah bengkel bajet selama dua hari ... dan sekarang tibalah masa untuk penyampaian cenderahati kepada tetamu-tetamu kita dari Utara dan Selatan.

Sambil tu, disampaikan juga hadiah kepada pemenang Sukan Riang Ria OUM Perak tempohari yang dimenangi oleh jaguh badminton lelaki dan wanita semuanya dari Kedah. Begitu juga dengan futsal wanita dimenangi oleh pasukan dari Utara.

Tahu tak apa hadiahnya? Cash dan medal ori bukan plastik!

Group Photo peserta bengkel: Duduk dari kiri - Pn. Munaliz, Sdra Wan Azmi, Richard. Berdiri dari kiri: Cik Norlela(PP Penang), Pn Murniza(PP Perak), Pn Zuraini (PP Perak), Cik Fazliana(PP Kedah), Pn Zaiton (PP Kedah), Ahmad Fahmi(PP Perak) & Irnawati (PP Perak). Ada seorang lagi Sdra Mokhtar dah balik hotel masa tu.

Cenderahati buat Pengarah PP Kedah/Perlis, Puan Munaliz

Cik Norlela (PP Penang) sedang menerima hadiah sukan bagi kategori Johan Futsal Wanita dari Pengarah PP Perak

Cik Fazliana (PP Kedah) sedang menerima hadiah sukan bagi kategori Johan Badminton Lelaki Perseorangan dari Pengarah PP Perak



Bengkel Persediaan Bajet 2009 OUM (Zone Utara) - Part 2

Apa lagi bila buat bengkel macam ini, kalau tak makan tu bukannya bengkel namanya. Tambah lagi bila buat kat Perak ... dengan ulam le, ikan bakar, ikan patin masak tempoyak, roti jala, ... dan macam-macam lagi le. Jom makan ...















Bengkel Persediaan Bajet 2009 OUM (Zone Utara) - Part 1

Jun 19, 2008

Sdra Wan Azmi sedang memberi kata-kata pembukaannya

Sebagai persediaan awal yang agresif untuk menghadapi cabaran 2009, satu Bengkel Persediaan Bajet 2009 OUM (Zone Utara)telah diadakan di PP Perak pada tanggal 17 dan 18 Jun 2008.

Fasi bengkel ini tidak lain tidak bukan adalah Sdra Wan Azmi (orang Kuala) yang telah dibawa khas dari Corporate Planning Unit OUM. Seramai 5 peserta dari PP Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang diketuai oleh Pengarahnya Puan Munaliz dan 5 peserta lagi dari PP Perak yang diketuai oleh Pengarahnya Richard Ng, telah menghadiri bengkel yang diadakan 2 hari itu.

Kelihatan peserta-peserta dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

Bengkel ini antara lain menyentuh mengenai cara penyediaan bajet 2009 dengan menggunakan template yang disediakan. Para peserta juga dilatih cara menyediakan laporan QMR dengan mengakses data dari ICEMS.

Sebahagian dari peserta PP Perak

Fasi sedang menunjukkan sesuatu pada peserta bengkel

Begitulah keadaannya bengkel ini cukup hangat dan sibuk

Looking at neem - The Star

Ancient remedy for healthy skin in the new millennium.

THE ancients, as well as modern science, acknowledge neem, also known as nimba or margosa, as a powerful healing herb with diverse applications.

Described in Ayurvedic texts as sarva roga nivarini – that which keeps all diseases at bay, or arishtha – reliever of disease – neem has been used in the Ayurvedic tradition for thousands of years to maintain health.

The roots, bark, gum, leaves, fruit, seed kernels and seed oil are all used in therapeutic preparations for both internal and topical use.

Neem and skin diseases

This remarkable tree has over 135 biological compounds – making it effective for a wide range of ailments. The neem leaf is renowned for having an almost magical effect on the skin. It works as an antifungal, antiseptic and anti-inflammatory.

A neem sapling ... The roots, bark, gum, leaves, fruit, seed kernels and seed oil of neem are all used in therapeutic preparations for both internal and topical use.

Like the leaves, the oil (obtained by crushing neem seeds) is used for skin problems.

Neem preparations are reportedly efficacious against a variety of skin diseases, septic sores, and infected burns. Neem is toxic to several fungi that attack humans, including the causes of athlete’s foot and ringworm. It ca be used against candida, which cause yeast infections and thrush.

Experiments with smallpox, chicken pox, and fowl pox show that although neem does not cure these diseases, it is effective for purposes of prevention.

According to a report from the National Research Council’s Ad Hoc Panel of the Board on Science and Technology for International Development, neem preparations from the leaves or oils can be used as general antiseptics. Because neem contains antibacterial properties, it is highly effective in treating epidermal conditions such as acne, psoriasis and eczema and other persistent skin problems.

It is also used for treating septic sores, infected burns, scrofula, indolent ulcers and ringworm.

Even many medical practitioners believe that smallpox, chicken pox and warts can be treated with a paste of neem leaves – usually rubbed directly on the infected skin.

Stubborn warts can be cleared up when a high-quality neem product is used. Unlike synthetic chemicals that often produce side effects such as rashes, allergic reactions, or redness, neem doesn’t seem to have any of these side-effects.

Early Ayurvedic practitioners believed high sugar levels in the body caused skin disease. Neem’s bitter quality was considered to counteract the sweetness.

Indians historically bathed in neem leaves steeped in hot water. This is still a common procedure for curing skin ailments or allergic reactions.

Neem oil can help with the symptoms of psoriasis. The oil moisturises and protects the skin while healing the lesions, scaling and irritation.

Experiments have shown that patients with psoriasis who have taken neem leaf orally, combined with trpical treatment with neem extracts and neem seed oil, achieve results at least as positive as those who use coal tar and cortisone, the more traditional treatments.

Coal tar products are messy and smelly and cortisone can thin the skin when used repeatedly. Neem has neither side effect.

It can be used for extended periods of time without any side effects, is easy to apply and is relatively inexpensive.


This article is courtesy of Pharmaniaga. For more information, e-mail starhealth@thestar.com.my. The information provided is for educational purposes only and should not be considered as medical advice. The Star does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this column. The Star disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Friday, June 13, 2008

Meteor/OUM Family Day - Part 6

Hari Keluarga Meteor/OUM berakhir dengan jamuan makan tengahari sebelum semua peserta bersurai untuk bergegas balik ke kampung halaman masing-masing memandangkan keesokan harinya adalah hari pembukaan penggal persekolahan.

Acara penutup telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM. Satu sesi gambar yang melibatkan AJK hari keluarga menjadi penutup tirai. Dengar ura-ura dari Datin Teh Raqamah, Pengarah Perhubungan Korporat, bahawa hari keluaraga 2009 mungkin akan diadakah di Bukit Merah, Perak.

Kepada semua AJK dan sekretariat dan pihak pengurusan Meteor/OUM khasnya Tuan Hj. Repin dan Tan Sri Presiden, kami warga Meteor/OUM serta keluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan jumpa lagi tahun hadapan.

Ucapan Penutup oleh Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM

Ucapan Tuan Hj Repin, Pengarah Eksekutif kumpulan Meteor

Datin Teh Raqamah (kiri) bersama Prof. Dr. Latifah, Pengarah, Pusat Pengurusan Pelajar

Sesi begambar dengan semua AJK penganjur

Duduk di barisan hadapan dari kiri, Tan Sri dan Puan Sri dan Puan Hjh Kamariah, Ketua Pendaftar, OUM