Monday, November 30, 2009

Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan - Subjek Matematik Pengurusan @ OUM Perak

Nov 30, 2009


Pada 29 Nov 2009 bersamaan hari Ahad, telah berlangsungnya bengkel kecemerlangan peperiksaan bagi berbagai subjek untuk pelajar baru ambilan semester September 2009 dan pelajar senior OUM Perak.

Bagi subjek BBMP1103 Matematik Pengurusan, seramai 16 orang telah hadir mengikuti bengkel ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Richard Ng, iaitu tutor subjek ini merangkap Pengarah OUM Perak.

Sebahagian daripada pelajar yang hadir mengikuti bengkel ini

Semasa bengkel ini, pelajar telah diberikan tunjuk ajar bagaimana cara menghadapi peperiksaan akhir yang akan dijalankan pada 17 Disember 2009. Pelajar juga telah diberikan tips mengenai jenis soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan akhir.

Gambar kenang-kenangan dengan pelajar

Lagi gambar kenangan yang juga memuatkan gambar Noraini dua dari kanan) yang tertinggal semasa pengambilan gambar pertama di atas

Bengkel ini yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dijalankan selama 4 jam sehingga 12.30 tgh. Sesi ini telah dirakamkan bagi membolehkan pelajar membuat rujukan semula. Klip video ini juga dapa memberika manfaat kepada pelajar yang tidak dapat hadir. Klip rakaman ini dapat dilihat di sini.

Gambar bersama Noraini, salah seorang pelajar favorite yang bakal mendapat A dalam subjek ini

Mr. Tangaragie, salah seorang pelajar yang kelihatan konfiden semasa sarapan pagi

Selain daripada nota dan klip video, pelajar yang hadir juga telah disediakan dengan sarapan pagi hasil sumbangan OUM.

Friday, November 27, 2009

Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan Semester Sept 2009 @ OUM Perak

Nov 25, 2009 Posted by Irnawati:


Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Pusat Pembelajaran Perak akan mengadakan satu Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan sempena Peperiksaan Akhir semester September 2009 yang bakal tiba. Bengkel ini akan dikenakan bayaran.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

TARIKH: 29 November 2009 (Ahad)

MASA: 8.30 pagi – 1.00 petang

TEMPAT: Pusat Pembelajaran Perak, Jalan Lim Bo Seng

SUBJEK:

1. OUMH1103 - Learning Skill For Open Distance Learning (Pelajar Baru - Free)

2. OUMH1303 - English For Oral Communication (Pelajar Baru - Free)

3. BBMP1103 - Matematik Pengurusan (Bayaran RM30.00)

4. SBST1103 - Pengantar Statistik (Bayaran RM10.00)

5. BBKN3103 - Komunikasi Perniagaan (Bayaran RM10.00)

6. BBPM2103 - Pengurusan Pemasaran 1 (Bayaran RM10.00)

*Pelajar baru ambilan September 2009 diwajibkan hadir.

Pelajar yang berminat diminta mengesahkan kehadiran kepada PP Perak di talian 05-254 6006 (Murni / Illa).

Sekian, harap maklum.

Note:

BBMP1103 participants will get to collect a copy of the video clips for final exam.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha dari OUM Perak


Kepada semua pelajar, tutor dan staf OUM, kami sampaikan Salam Aidiladha. Semoga sentiasa ceria di sisi keluarga dan sahabat handai. Beringat-ingat juga pada mereka yang memerlukan lebih dari kita.

Monday, November 23, 2009

Perodua Alza MPV goes on sale Tuesday Nov 24 2009

Nov 23, 2009

KUALA LUMPUR: The newly launched 1.5litre Perodua Alza MPV goes on sale Tuesday.

The prices range between RM56,000 to RM64,000 per unit for the standard model and between RM67,000 and RM70,000 for the advanced version.







View the video clips below:







Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190

Perodua Alza 1.5L Standard A/T

Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190

Perodua Alza 1.5L Premium M/T

Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190

Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

Klik pada imej untuk membesarkannya

Sunday, November 22, 2009

Majlis Perkahwinan Puteri PM Dr. Maselan Bin Ali

Nov 21, 2009

Pasangan pengantin Helmi dan Masjuniwati

Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan puteri kesayangan PM Dr. Maselan Bin Ali dan Ara ZainonBinti Mohamed iaitu Masjuniwati dengan Helmi. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. PM Dr. Maselan adalah dari fakulti Sains dan Teknologi, Open University Malaysia.

Klip video upacara merenjis oleh Tan Sri Anuwar serta Puan Sri:


Upacara menrenjis dari kedua orang ibu bapa pengantin tersayang

Persembahan tarian tradisional

PM Dr. Maselan amat sibuk melayani tetamu

Sebagai rakan kerja di OUM, kami semua dari kalangan ahli akademik telah dijemput ke Majlis. Turut hadir, Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali iaitu Presiden dan Naib Canselor OUM serta Puan Sri. Juga tidak ketinggalan Prof. Dr. Rosli serta isteri, En. Repin, Che Omar, Prof. Ramli Baharoom serta lain-lain ahli akdemik OUM.

Turut hadir, Prof. Ghazali, Program Coordinator PhD (sebelah kanan)

Geng-geng OUM yang turut hadir

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 800 orang telah bermula pada jam 8.45 petang. Para tetamu telah dihiburkan dengan berbagai tarian tradisional.

Monday, November 16, 2009

Majlis Konvokesyen OUM ke7 2009

16 Nov 2009 By Richard Ng

Pagi tadi sempat saya menghadiri majlis konvokesyen OUM ke7. Hari ini merupakan sidang ke3 dimana lebih dari 800 orang graduan jurusan pengurusan dan perniagaan menerima ijazah masing-masing.

YB Dato' Hasbullah sedang menerima ijazahnya dari Tan Sri Azman Hashim

YB Salleh sedang menerima ijazahnya dari Tan Sri Pro-Canselor

Chow Kin Wai, graduan BBA OUM Perak turut menerima ijazahnya

Azlan Abdullah dan keluarganya sedang bergambar di luar dewan selepas selesai majlis konvokesyen

Antara pelajar OUM Perak yang mendapat anugerah cemerlang termasuk Aida Omar, Lau Kok Leong dan Leong Cheok Hong. Saya sempat bergambar dengan graduan OUM Perak berstatus VIP seperti YB Dato' Hasbullah Osman dan mantan YB Salleh Mat Disa. Tidak ketinggalan graduan lain seperti Azlan Abdullah, Badrul Hisham, Farolazi, Mansor, Mahida Shaari, dan ramai lagi.

Berikut adalah klip video menunjukkan graduan menerima ijazah mereka:


Klip video persembahan kumpulan koir OUM:


Klip Video YB Dato' Hasbullah Osman sedang menerima Ijazahnya:


Klip video YB Salleh sedang menerima ijazahnya:


Klip video graduan cemerlang OUM Perak - Aida Omar:


Klip video Azlan Abdullah:


Klip video Kinsi sedang menerima ijazahnya:


Klip video Anuar sedang menerima ijazahnya:


Klip video Chow Kin Wai:


Ijazah telah dianugerahkan oleh YBhg Pro-Canselor OUM Tan Sri Azman Hashim. majlis Konvokesyen OUM ke 7 ini yang bermula pada 14 November 2009 akan tamat pada 18 November 2009.

Friday, November 13, 2009

Selamat Berkonvo Kepada Semua Graduan OUM Perak

Nov 13, 2009

Kepada semua graduan OUM Perak yang akan berkonvo dari 14 - 18 November 2009, kami warga OUM mengucapkan "Selamat Berkonvo". Semoga anda semua selamat pergi dan selamat kembali dengan sekeping ijazah yang telah lama diidam-idamkan.


Walaupun kami tidak dapat hadir bersama kerana terpaksa menjalankan kewajipan mengendalikan peperiksaan pertengahan semester, namun hati dan jiwa kami tetap bersama anda.




Kami amat bangga dengan pencapaian anda.

Disertakan di sini, peta lokasi dari OUM KL ke PWTC:
Klik pada gambar untuk membesarkan imej

Apa ke hehnya?

Kata orang Perak, "Apa ke hehnya kome buat tu?" Ceritanya sikit masa lagi. Baca yob jangan tak baca. ... panas


Gambar lain dan cerita selanjutnya akan diuploadkan sebaik sahaja gambar-gambar copyright ini telah diproses dan mendapat kelulusan Jabatan Penapis Gambar.

Ok, sebenarnya ini adalah gambar sempena Majlis Perkahwinan antara Erna ngan Alan pada 1 Nov 2009 di mana kita orang tak dapat hadir ketika bersanding siang hari sebabnya kita orang ada tutorial. Masing-masing sibuk. Jadi kita orang berpakat untuk ke rumah pengantin disebelah petang.

Sambil menanti pengantin untuk bersiap sedia untuk bergambar, maka 3 anak dara di atas dah tak sabor untuk mengambil gambar kenangan.

Yang kat bawah ni, gambar kami, staf-staf OUM Perak bersama dengan pengantin.

Dudok dari kiri: Ilah, Ros, Murni. Berdiri dari kiri: Shah, Din, Erna dan Alan, Richard

Thursday, November 12, 2009

Sept 2009 Mid-sem Exam @ OUM Perak


The OUM mid-sem exam for Sept 2009 semester will begin on 13 Nov (Friday) until 15 Nov (Sunday) nationwide. Candidates from OUM Perak will sit for their exams at PTTC Meru Raya. All candidates are advised to print their Exam Slip and bring along during exam.

Candidates are also advised to come half an hour early and ensure that all your stationery are in order together with your identity card. The management and staff of OUM Perak would like to wish all our students a successful exam.

Bangunan PTTC

The time table for the mid-sem exams are as follows:

13 Nov 2009:
Please click on the image to enlarge it

14 Nov 2009:

Please click on the image to enlarge it

15 Nov 2009:
Please click on the image to enlarge it

The location map of PTTC is as follows:

Video Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2009 @ OUM Perak

Berikut adalah klip video pada Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2009 yang telah diadakan pada 7 Nov 2009 di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak.

Video kehadiran YB Mohammad Zahir dan isteri diikuti Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu OUM:


Video Ucapan Richard Ng, Pengarah OUM Perak:


Video Ucapan YB Dato' Hasbullah Osman, Pengerusi Majlis Makan Malam:

Part 1:


Part 2:


Video Ucapan Prof. Dr. Mohd Kidin Bin Shahran, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi OUM:


Video nyanyian karaoke oleh mantan YB Salleh Mat Disa:


Video nyanyian kaaoke oleh YB Dato' Hasbullah Osman:


Video penyampaian hadiah cemerlang universiti:


Video Cabutan Bertuah:


Video Cabutan Bertuah:

Tuesday, November 10, 2009

Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2009 @ OUM Perak

10 November 2009

Lebih dari 150 orang graduan OUM Perak dan keluarga mereka telah berkumpul di Dewan Banquet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, di Ipoh bagi meraikan kejayaan mereka pada 7 November 2009 bermula jam 7 malam. Turut hadir, tetamu kehormat, YBhg Prof. Dr Mohd Kidin Bin Shahran, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi OUM serta isteri.

Meja VVIP: Dari kiri - Mantan YB Salleh Mat Disa, YB Dato Hasbullah, Pak Sani, Prof. Kidin, Isteri Prof. Kidin, Richard Ng, YB Zahir, isteri YB Zahir, isteri YB Dato' Hasbullah

Prof. Dr. Mohd Kidin sedang menyampaikan ucapannya

Ucapan dari Pengerusi Majlis Makan Malam Pra-graduasi 2009, YB Dato' Hasbullah Osman

Majlis makan malam ini telah dianjurkan oleh satu jawatan kuasa alumni OUM Perak yang dipengerusikan oleh YB Dato' Hasbullah Bin Osman. Dato' Hasbullah adalah antara 7,000 orang graduan yang akan berkonvo dari 14 hingga 18 November 2009 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC KL. Syabas kami ucapkan pada graduan-graduan semua. Lain-lain ahli jawatan kuasa termasuk mantan YB Salleh Mat Disa sebagai timbalan, Sdra Anuar, Sdra Azhari, Puan Tina Leong, Sdra Chow Kin Wai dan Sdra Chew Ming Chung. Mereka telah dibantu oleh staf OUM Perak.

Sdra Azhari sedang menerima cenderahati tanda penghargaan dari Pengarah OUM Perak diiringi oleh YB Dato' Hasbullah Osman

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Exco Kerajaan Perak (Pendidikan Tinggi), YB Mohd Zahir Bin Dato' Khalid serta isteri. Juga kelihatan dalam majlis ini ialah Pak Sani, pembantu khas MB Perak.

Sebahagian dari graduan serta keluarga

Tutor senior dari kiri: Puan Lin, Mr. Koay (Lead Tutor), Mr. Sree, Tn. Hj. Idris (Lead Tutor)

Sebahagian dari tutor yang hadir

Majlis pada malam ini penuh dengan nostalgia kerana para graduan dapat bertemu kembali tutor kegemaran mereka di samping berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan mereka. Pada majlis ini juga turut diadakan nyanyian karaoke serta cabutan bertuah. Para peserta majlis telah dikenakan bayaran sebanyak RM50 seorang dan kanak-kanak RM30 seorang. Majlis ini yang berjalan dengan jayanya juga telah mendapat sumbangan dari kelab alumni OUM serta tajaan dari syarikat korporat seperti Saici Cnstruction Sdn. Bhd., ARH S/B, Era Mercubina, Nazfaizal S/B serta Saroni Entreprise.

Gambar graduan serta keluarga mereka

Dalam ucapan aluannya, Pengarah OUM Perak, Richard Ng, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang hadir. Beliau mengingatkan hadirin bahawa Jawatan Kuasa Majlis Makan Malam telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan majlis ini. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Sdra Azhari Bin Abu kerana telah menjalankan tugasnya dengan amat baik. Beliau juga mengingatkan graduan supaya tidak sombing da bongkak setelah mendapat sekeping ijazh yang diidam-idamkan selama ini. Sebaliknya graduan seharusnya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dana negara.

Di meja VVIP dari kiri: YB Mohamad Zahir, Isteri YB Zahir dan Isteri Dato' Hasbullah

Di meja VVIP, dari kiri: Mantan YB Salleh Mat Disa, YB Dato' Hasbullah serta Pak Sani, pembantu khas MB, sedang menikmati makan malam yang dihidangkan

Prof. Kidin yang mewakili pengurusan tertinggi OUM dalam ucapannya menyentuh tentang graduan yang kini bergelar alumni OUM dan menyeru mereka supaya memainkan peranan yang penting dalam menyanjung nama baik OUM. Beliau juga menghantar pesanan Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM yang tidak dapat bersama pada malam itu.

Mantan YB Salleh (kiri) dan YB Dato' Hasbullah turut menghiburkan hadirin dengan persembahan yang cukup mantap

Pengerusi Majlis Makan Malam, YB Dato' Hasbulah Bin Osman, dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau amat berterima kasih kepada semua tutor-tutor yang telah bekerja keras dalam membantu pelajar sehingga berjaya. Beliau juga menyatakan rasa terhutang budinya kepada tutor serta OUM kerana memberi peluang kepadanya serta rakan-rakan seperjuangan yang lain. Beliau juga mengingatkan para graduan supaya menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan seboleh-bolehnya belajar di OUM. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun beliau dan rakan-rakan lain yang bergelar YB akan tetapi mereka menganggap mereka tidak ada beza dengan pelajar lain. Beliau juga turut menyentuh kehadiran Ahli Exco Perak YB Mohd Zahir menunjukkan sokongan kerajaan terhadap apa yang OUM lakukan di Perak.

BETESL graduates with their tutors, seated from left: Mr. Ernest and Mr. Nadarajan

Majlis makan malam turut dimeriahkan dengan sesi karaoke di mana para hadirin dapat mendengar suara merdu dari mantan YB Salleh, YB Dato' Hasbullah, Sdra Anuar serta Pak Sani. Turut diadakan adalah cabuta bertuah di mana 13 hadiah telah disediakan.

Prof. Kidin sedag menyampaikan hadiah cemerlang kepada graduan Master of Education

Seorang lagi graduan cemerlang Aida Omar sedang menerima hadiah cemerlangnya


Graduan BETESL sedang meneriam hadiah cemerlangnya

Pada majlis yang sama, seramai 21 orang graduan cemerlang OUM Perak telah menerima hadiah cemerlang universiti dari Prof. Dr. Kidin.

Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang menerima cenderahati dari YB Dato' Hasbullah serta mantan YB salleh sebagai tanda penghargaan mereka kepada OUM

YB Zahir sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada tutor kanan Sdra Yusni

Sebelum tamat majlis makan malam ini, satu sesi Gambarfoto telah diadakan untuk semua graduan. Majlis tamat pada jam 10.30 malam.

Gambar secara kumpulan semua graduan bersama VIP

Ahli jawatan kuasa Majlis Makan Malam serta pihak pengurusan OUM Perak mengucapkan terima kasih kepada semua staf OUM Perak yang telah bekerja keras untuk membantu menjayakan majlis ini.

Barisan staf yang telah membantu dalam menjayakan majlis. dari kiri: Hamid, Kamaruddin, Ros, Murni, Tina Leong, Jansen, Fahmi, Alfa, isteri Fahmi, Shah, Ilah, dan Zura


Bagi mereka yang berminat untuk membeli CD mengandungi 100 keping gambar serta video pada Majlis Makan Malam Pra-graduasi 2009, sila hubungi Puan Ros di talian: 05-2546006. Setiap CD berharga RM20 sahaja.