Sunday, June 26, 2011

Pelajar Baru OUM Perak Semester Mei 2010 dahagakan ilmu pengetahuan

Encik Yusni sedang memberi penjelasan mengenai perkara-perkara penting dalam subjek OUMH1303

Pada Sabtu lepas OUM Perak sekali lagi berjaya menganjurkan satu bengkel bagi membantu pelajar ambilan barunya. Seramai 44 orang pelajar telah hadir bagi mengikuti Bengkel Penyediaan Oral Communication OUMH1303.

Para pelajar yang hadir ke bengkel ini

Para pelajar sedang memberi tumpuan yang penuh semasa bengkel

Bengkel yang julung kali diadakan ini telah dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 1.00ptg di dewan A, OUM Perak, Jln Lim Bo Seng. Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang tutor kanan kita itu Encik Yusni yang memang mahir dalam subjek ini.





Dalam bengkel ini para pelajar telah diberi tunjuk ajar perkara-perkara penting dalam subjek ini terutama dalam bidang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Pelajar juga telah didedahkan berbagai kaedah komunikasi dalam suasana dan pemakaian yang berlainan.



Pemerhatian yang dibuat terhadap para peserta mendapati pelajar yang hadir amat dahagakan ilmu pengetahuan sehingga sanggup datang dari jauh dan mengorbankan masa demi bengkel yang dapat membantu mereka.

Tuesday, June 21, 2011

Joy all over as maid receives diploma - NST

Pembantu rumah, Sarmini Muhyadi, 28 tersenyum setelah menerima Diploma in Management di majlis Konvokesyen Open University ke-10

KUALA LUMPUR: Jubilation was written all over Sarmini Muhyadi's face when she accepted her scroll at Open University Malaysia's (OUM) 10th convocation yesterday.
Indonesian maid Sarmini studied part-time and completed a four-year diploma course in management at OUM. She had an admirable cumulative grade point average of 3.39 at the end of last year.

Sharmini with her Diploma. Pix courtesy of Bernama

OUM president and vice-chancellor Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali presented the scroll to the 28-year-old Sarmini during the sixth session of the ceremony.

Beaming with pride, Sarmini's employer, Wee Phooi Khuan, and her sister, Wee Chooi Khuan, were at the ceremony to show support.

Phooi Khuan's husband, industrial design lecturer Tan Choo Tang, however, could not attend the convocation as he had to attend a business meeting.

"I am happy that she has obtained her diploma. I feel I have fulfilled my responsibility to help achieve her dream of getting a tertiary education," he said in a telephone interview yesterday.

Tan said Sarmini was overjoyed when she received a call from her parents in Indonesia congratulating her on her success.

"Even the media in Indonesia had interviewed her parents on her accomplishment," he said.

Asked what Sarmini intended to do, Tan said she wanted to gain some working experience when she returned home to Kampung Banyumas in Jawa Tengah, Indonesia.

In an article that was featured in the New Straits Times four years ago, Tan was quoted as saying that Sarmini had wanted to return to Indonesia to further her studies after working here for three years.

Knowing well that her savings were insufficient for a tertiary education in Jakarta, Tan had then offered to cover half the cost of her studies in Malaysia.

Monday, June 20, 2011

Sarmini Muhyadi, kisah orang gaji dari Indonesia yang berjaya mendapat Diploma Pengurusan dari OUM



Hari ini terlakar satu sejarah baru dalam Majlis Konvokesyen OUM ke 10 bilamana seorang yang bekerja sebagai oranga gaji dari Indonesia kepada keluarga Tan dari Damansara, Sarmini Muhyadi, berjaya mendapat Diploma Pengurusan dengan CGPA 3.39.

Sarmini sejurus selepas konvo bersama dengan majikannya

Sarmini yang telah bekerja di Malaysia selama mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan programnya. Walaupun meghadapai berbagai cabaran kerja, beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dengan berkat sokong dari majikannya.

Semoga kejayaan Sarmini dapat memberi dorongan kepada semua pelajar OUM.

Berita selanjutnya di NST dan Berita Harian:

Pembantu rumah lulus diploma OUM
Oleh R Sittamparam

Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Majikannya, Tan Choo Tang, 56, yang juga pensyarah bidang reka bentuk industri dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, bersama anak serta beberapa ahli keluarga mereka yang lain banyak membantu Sarmini menamatkan pengajiannya terutama dari segi pengajaran bahasa Inggeris.

“Majikan sentiasa menganggap saya sebagai ahli keluarga mereka selain memberi layanan baik sehingga sanggup membiayai sebahagian daripada kos pembelajaran di OUM. Tanpa mereka tidak mungkin saya mengecapi kejayaan ini.

“Saya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah bertujuan mengumpul duit dan mahu menyambung pelajaran sebelum menjadi guru dalam bidang keagamaan di salah sebuah sekolah kerajaan di Indonesia.

“Hari ini, saya gembira kerana mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris selain mempelajari penggunaan komputer dan turut mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Sarmini berkata, adik ipar Choo Tang, Wee Chooi Khean yang bekerja sebagai pengurus syarikat buku turut membantunya dalam tugasan pengajian selain sanggup menghantarnya ke OUM untuk menduduki peperiksaan.

Sunday, June 19, 2011

Majlis Konvokesyen ke 10 OUM Jun 18 hingga 20, 2011

YABhg Tun Canselor sedang memberi ucapan kepada para graduan OUM

Majlis Konvokesyen OUM yang ke 10 telah diisytihar pembukaannya pada 18 Jun 2011 oleh YABhg Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg Tan Sri Azman Hashim, Pro-Canselor OUM serta daif-daif jemputan dari IPTS dan IPTA.

Sempat bergambar sebelum perarakan akaemik bermula

Para graduan sedang bersedia untuk naik ke pentas untuk menerima ijazah masing-masing

Para graduan sedang menerima ijazah mereka dari Tun Canselor

Klip video graduan menerima ijazah dari Tun Canselor:



Klip video selingan ... kumpulan koir OUM:



Para graduan sedang menerima ijazah mereka dari Tan Sri Pro-Canselor

Majlis yang akan menyaksikan lebih dari 4,500 orang graduan OUM telah dilangsungkan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur. Pada majlis kali ini, OUM berjaya melahirkan seorang lagi graduan Ijazah Kedoktoran dalam bidang IT iaitu Dr. Leong Mun Sak setelah belajar selama 5 tahun di OUM.

Klip video graduan menerima ijazah mereka dari Tan Sri Pro Canselor:







Dr. Leong mewakili para graduan untuk menyampaikan ucapan penghargaan

Sebelum tamat sidang pertama konvokesyen ini, Dr. Leong Mun Chak telah diberi peluang untuk memberi ucapan bagi pihak graduan.

Suasana majli konvo selespas tamat sidang pertama

Thursday, June 16, 2011

Happy Birthday Boss -> Prof. Ir. Dr. Rosli Bin Hamir


Our boss, Prof. Ir. Dr. Rosli Bin Hamir, Vice President of OUM, was given a surprise birthday celebration by all of us Directors of OUM Regional Learning centres from all over Malaysia. It was held shortly before our quarterly meeting at OUM Main Campus.



It was a very impromtu arrangement mooted by Prof. Dato' Dr. Nik Najib, director of Kelantan Learning Centre. All of us chipped in to buy a cake and an original hand made batik from Kelantan.



Prof. Rosli in his short speech, thanked all the directors and assistant directors who were present.

The meeting was the second this year to coincide with the 10th Convocation of Open University, which will be held from 18th June 2011 to 20th June 2011. More than 4,500 graduates will receive their scrolls during this convocation. Todate, more than 20,000 out of 100,000 students of OUM has graduated from the various programmes since 2001.

During the same meeting, Sdra Lamjin, Director of OUM Sabah, presented the donation collected from stduents from Sabah to Prof. Rosli for victims of landslide tragedy in Selangor recently.

Sunday, June 12, 2011

Bengkel Penyediaan Tugasan untuk Pelajar Ambilan Mei 2011 @ OUM Perak



OUM Perak sekali lagi menganjurkan Bengkel Penyediaan Tugasan bagi membantu pelajar-pelajar barunya memahirkan diri dalam penyediaan tugasan pada 11 Jun 2011.

Bertempat di OUM Perak, Jln Lim Bo Seng, bengkel ini telah disertai oleh 66 orang pelajar yang datang dari dekat dan jauh. Ada yang datang jauh dari Teluk Intan, Sitiawan dan Taiping.





Bengkel ini yang dikendalikan oleh Pengarah OUM Perak iaitu Dr. Richard Ng telah bermula tepat jam 8.30pagi. Para peserta telah tiba seawal jam 7.45 pagi dengan semangat dan naluri yang tinggi.





Dalam bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan ciri-ciri tugasan yang baik. Peserta juga telah diajar teknik mencari bahan tugasan dari digital library dan Google, format tugasan, sistem rujukan APA dan kaedah untuk mendapat markah yang tinggi berlandaskan rubric yang disediakan.



Soalan tugasan subjek OUMH1103 telah dijadikan sebagai bahan diskusi semasa bengkel. Soalan tugasan ini mengkehendakkan pelajar mencadangkan 3 kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar yang belajar secara online. Panjang tugasan ialah 2000 hingga 2500 patah perkataan atau 8 hingga 10 muka surat.



Para peserta juga telah diberi sampel tugasan yang baik untuk dijadikan panduan. Pada akhir bengkel ini kelihatan para peserta amat lega setelah memahami kaedah menyediakan tugasan. Ini adalah kerana ramai di kalangan pelajar OUM telah meninggalkan bangku sekolah lebih dari 5 tahun. Sudah tentu bengkel seperti ini amat membantu mereka dalam mengejar cita-cita mereka untuk mendapat segulung ijazah.