Tuesday, March 29, 2011

Persediaan Untuk Peperiksaan Akhir Matematik Pengurusan BBMP1103 Jan 2011


Peperiksaan akhir untuk subjek BBMP1103 Matematik Pengurusan bagi semester Januari 2011 telah dijadualkan pada 11 April 2011 dari kam 9.00pg hingga 12.10tgh. Bagi membantu pelajar OUM Perak membuat ulangkaji sebagai langkah persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir, beberapa klip video telah disediakan seperti berikut:

Klip Video Topik 1 - Matriks

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final.html

Klip Video Topik 2 & 3 - Fungsi Linear dan Quadratic

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final_28.html

Klip Video Topik 4 - Fungsi Exponential dan Logarithm:

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final_8249.html

Klip Video Topik 5 & 6 - Pembezaan dan Aplikasi Pembezaan

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final_29.html

Klip Video Topik 7 & 8 - Pengamiran dan Aplikasi Pengamiran

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final_3534.html

Klip Video Topik 9 - Pembezaan Separa

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final_3569.html

Klip Video Topik 10 - Applikasi Pembezaan Separa

http://bbmp-1103.blogspot.com/2011/03/bbmp-1103-exam-focus-jan-2011-final_1823.html

Friday, March 25, 2011

Exam Preparation Workshop for BBMP1103 Jan 2011 Semester



The BBMP1103 Final Exam for Jan 2011 semester has been scheduled as follows:

Date: 11 April 2011

Time: 9.00am - 12.10pm

Duration: 3hrs and 10 minutes

Exam Format:

Part A - 5 short questions (Answer All) = 20 marks

Part B - 4 Questions (Choose any 3) = 60 marks

Part C - 2 Questions (Choose 1 only) = 20 marks.

An Exam Preparation Workshop to assist students tackle exam questions will be held as follows:

Date: 26 April (Saturday)

Time: 8.30am to 1.30pm

Place: Greenhill Learning Centre, Ipoh, Perak

Facilitator: Dr. Richard Ng (Director of OUM Perak)

Fee: RM10 (inclusive of materials and refreshment)

During the workshop 18 common Past Years questions will be discussed. Participants will have the opportunity to ask questions Face-To-Face and seek clarification.

All OUM students are welcome to attend. To confirm your seats, kindly contact Puan Siti Norjalilah (05-2490920) or Puan Erna (05-2490922).

Tuesday, March 22, 2011

Peperiksaan Akhir Semester Januari 2011 bermula pada 2 April 2011



Peperiksaan Akhir bagi semester Januari 2011 telah dijadualkan bermula pada 2 April dan tamat pada 30 April 2011.

Pelajar OUM Perak akan menduduki peperiksaan mereka di Pusat Pembelajaran Perak di Jalan Lim Bo Seng kecuali beberapa subjek yang akan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad di Pusat Pembelajaran Greenhill. Calon-calon peperiksaan dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan peperiksaan OUM dan menyemak perkara-perkara berikut:

1. Pastikan tarikh dan masa peperiksaan subjek anda seperti yang tercatat dalam slip menduduki peperiksaan
2. Pastikan pusat peperiksaan yang betul (baca pengumuman terkini dalam MyVLE sehari sebelum peperiksaan dijalankan)
3. Print slip menduduki peperiksaan dan bawa semasa peperiksaan. Calon yang tidak membawa slip menduduki peperiksaan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan
4. Hadir ke pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula untuk menyemak tempat duduk masing-masing
5. Beg tangan, kotak pencil, handphone, nota, modul dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan peperiksaan.

Pihak pengurusan OUM mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" pada semua calon peperiksaan.

Berikut disertakan jadual peperiksaan (Sila pastikan anda menyemak jadual terkini dalam MyVLE sehari sebelum peperiksaan):

Nota: Perubahan Terkini dalam jadual waktu peperiksaan:

1. Bagi Peperiksaan pada Tarikh 16 April 2011 ( Postgrad & Undergrad)

Berikutan penetapan tarikh mengundi bagi Pilihanraya Umum Negeri Sarawak pada 16 April 2011, tarikh peperiksaan pada hari tersebut ditangguhkan kepada 30 April 2011 (bg semua program Undergrad & Postgrad).

2. Kursus NBNS3504 RENAL NURSING (Jadual Asal: 3 April 2011: 2.00-5.10 ptg)ditukar ke tarikh baru : 17 April 2011 2.00-5.10 ptg (kerana pelajar BNS terlibat dgn Oral Presentation Study Case pada tarikh sama)

April 2: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill



April 3: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill

Perhatian: Subjek NBNS3504 RENAL NURSING pada 3 April jam 2.00ptg - 5.10ptg telah bertukar ke 17 April jam 2.00ptg hingga 5.10ptg



April 4: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 5: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)


Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 6: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 7: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)


Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 8: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 9: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)


Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill



April 10: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)


Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill



April 11: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 12: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 13: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 14: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



Perhatian: Tarikh asal peperiksaan pada 16 April telah bertukar ke 30 April 2011.

April 17: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill

Perhatian: Subjek NBNS3504 RENAL NURSING pada 3 April jam 2.00ptg - 5.10ptg telah bertukar ke 17 April jam 2.00ptg hingga 5.10ptg



April 18: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 20: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)


Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 21: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 23: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill



April 24: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Greenhill



April 25: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 26: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar)

Pusat Peperiksaan: Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng



April 30: (Sila Klik Pada Gambar untuk melihat imej yang besar) (Bertukar dari tarikh 16 April)



Nota: Sila semak jadual terkini serta lokasi peperiksaan dalam MyVLE

Wednesday, March 16, 2011

30,000 guru ikuti program pengsiswazahan - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 13 Mac - Seramai 30,000 guru mendaftar di beberapa institusi pengajian tinggi di seluruh negara bermula hari ini bagi mengikuti program khas Sarjana Muda Pengajaran iaitu program pengsiswazahan guru yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, program tersebut diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015.

Katanya, ia merupakan pelan jangka panjang kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan perbelanjaan mencecah RM1.4 bilion.

"Ini adalah program untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sektor perguruan di mana guru-guru ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun di institusi masing-masing dalam bidang sarjana.

"Buat masa ini, seramai 89 peratus guru sekolah menengah sudah mempunyai ijazah, manakala 28 peratus di sekolah rendah, tetapi menjelang 2015, kita mahu jumlah itu meningkat kepada masing-masing 90 dan 60 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pendaftaran Sarjana Muda Pengajaran Ambilan 2011, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Maktab Sultan Ismail di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Kanan OUM, Profesor Dr. Mansor Fadzil.

Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM

Mohd. Ghazali berkata, seramai kira-kira 30,000 guru lagi akan menyertai program tersebut pada tahun depan dengan kos termasuk yuran pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Katanya, sistem pembelajaran akan dibuat secara pendidikan jarak jauh (PJJ) untuk memastikan guru terlibat dapat memberi tumpuan seratus peratus kepada tugas hakiki mereka di sekolah.

"Langkah ini adalah platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa depan, kerana hanya guru berkualiti dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

"Selain itu, kebajikan guru-guru juga diambil kira di mana selepas memiliki ijazah, gaji mereka akan dinaikkan secara automatik mengikut tahap pendidikan masing-masing," jelasnya.

Sementara itu, OUM mengambil seramai 5,685 guru ke program tersebut di 20 cawangannya di seluruh negara.

Guru-guru berkenaan akan mengikuti program tersebut selama empat tahun membabitkan 12 semester yang akan berakhir pada Disember 2014.

Universiti itu menawarkan sebanyak 11 bidang pengajian iaitu pra sekolah, pendidikan Islam, bahasa Melayu, bahasa Cina, kemahiran hidup, matematik, muzik, pendidikan jasmani, pendidikan khas, pendidikan seni visual dan sains.

Tuesday, March 15, 2011

Laporan Pendaftaran Program SMP Ambilan Mac 2011

Pelajar menyemak senarai nama sebelum pendaftaran

Seramai 170 orang guru-guru yang berjaya ditawarkan ke program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian telah hadir di OUM Perak sejak jam 8.00pg bagi pada 15 Mac 2011.

Borang perjanjian pembiayaan diberikan pada para guru yang telah menerima tawaran untuk belajar di OUM.

Sesi taklimat dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang guru yang hadir

Sebahagian dari guru yang hadir untuk mendaftarkan diri

Sebahagian lagi pelajar yang hadir

Mereka merupakan sebahagian daripada 5,000 orang guru-guru diseluruh Malaysia yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di OUM yang mana yuran pengajian mereka dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak RM1.5 billion dibelanjakan kerajaan di bawah RMK10 bagi tujuan mengsiswazahkan 30,000 orang guru-guru yang masih belum memiliki Ijazah pada tahun 2011.

En. Hasmidi Jusoh, pegawai BPG (kiri) bersama Dr. Richard Ng (Pengarah OUM Perak) dan Puan Shawira, Pensyarah OUM yang turut hadir

En. Hasmidi sedang memberikan taklimat bagi pihak BPG

Beginilah keadaan pelajar yang begitu seronok mendengar taklimat dari En. Hasmidi

Turut memberi ucapan kepada pelajar ialah Tn. Hj. Ahmad Jaafar, Pengurus, Unit Latihan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Sebelum sesi pendaftaran bermula, pelajar-pelajar baru ini telah diberi taklimat oleh Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng mengenai peraturan Open University Malaysia serta kaedah pembelajaran yang digunapakai.

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, sedang menyampaikan taklimat kepada para pelajar

Mereka juga ditunjukkan cara menggunakan sistem pembelajaran atas talian MyVLE yang dibangunkan oleh OUM. Sistem ini membolehkan pelajar mengakses perpustakaan digital serta membuat perbincangan atas talian dengan pelajar lain serta tutor mereka.

Klip video ucapan En. Hasmidi Jusoh:



Kehadiran En. Hasmidi (pegawai BPG) dan Tn. Haji Ahmad Jaafar (Pengurus, Unit Latihan Jabatan Pendidikan Negeri Perak) banyak membantu merungkaikan kerumitan pelajar.

En. Hasmidi sedang melayani pertanyaan dari para guru sebelum sesi pendaftaran

Berbagai persoalan dibangkitkan bagi mendapatkan penjelasan dari En. Hasmidi

Selepas itu, taklimat mengenai pembiayaan BPG telah dijalankan oleh En. Hasmidi Bin Jusoh, pegawai khas dari Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru. Turut hadir Tn. Hj. Ahmad Jaafar, Pengurus Unit Latihan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Pelajar sedang membaca ikrar selepas sesi taklimat

Para pelajar sedang mendengar dengan teliti taklimat prosidur pendaftaran oleh Puan Zura, Pentadbir OUM Perak

Pelajar sedang membuat pendataran disemak dengan teliti oleh staf OUM Perak, Puan Murni (kiri) dan Puan Ilah

Pendaftaran dijalankan pada jam 12.30tgh dan tamat pada jam 2.30ptg. Pendaftaran dijalankan dengan amat licin pada hari ini atas inisiatif dan kerjasama semua pelajar dan staf OUM Perak. Empat kaunter dibuka bagi tujuan ini dan sistem nombor diperkenalkan apda kali pertama.

Turut membantu melicinkan proses pendaftaran, Puan Ros and Sdra Ahmad Fahmi

Pelajar baru OUM ini akan memulakan sesi Tutorial Pertama mereka pada 27 Mac. Mereka telah dibekalkan dengan modul 3 subjek yang ditawarkan semester ini.

Saturday, March 12, 2011

Diberi Pangkat Sarjan Jika Ada Diploma - KPN - Bernama

Gambar hiasan

Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

"Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minimumuntuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

"Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kitamempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

"Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya)," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, Sabtu. Ismail juga berkata PDRM memerlukan para pegawai yang bertenaga serta berpengetahuan tinggi dalam penyiasatan agar kualiti siasatan sesuatu kes lebih efektif.

"Skim baru ini diperkenalkan selaras dengan hasrat PDRM mensasarkan kekuatan anggota seramai 150,000 orang menjelang 2015," katanya.

Pada majlis tersebut, lima kakitangan UMT dengan diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Yahaya Ibrahim menerima pangkat daripada Ismail.

Kor Suksis UMT yang secara rasmi ditubuhkan pada 24 Julai 2006 mempunyai keanggotaan 282 orang pelajar dan daripada jumlah tersebut seramai 70 orang telah ditauliahkan.- BERNAMA

Wednesday, March 9, 2011

Pendaftaran Program Pengijazahan Guru-guru BPG-OUM di OUM Perak



Bagi guru-guru yang telah menerima tawaran untuk Program Pengijazahan Guru-Guru BPG-OUM diucapkan tahniah.



Pendaftaran di OUM Perak akan dijalankan pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Tarikh: 15 Mac 2011 (Selasa)

Masa: 8.30pg hingga 1.30tgh

Tempat: Open University Malaysia (Pusat Pembelajaran Perak), 71, Jln Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak

Peta lokasi OUM Perak adalah seperti tertera di bawah:

Sila klik pada peta untuk melihat imej yang besar

Aturcara Majlis Pendaftaran:

8.00pg - 8.30pg - Kehadiran Pelajar

8.30pg - Tayangan Video Korporat dan Bacaan Doa

8.35pg - 10.00pg - Ucapan Aluan Pengarah OUM Perak serta Taklimat OUM

10.00pg - 10.30pg - Sarapan Pagi

10.30pg - Taklimat dari Pegawai BPG

12.00tgh - Bacaan Ikrar

12.05tgh - 1.30ptg - Makan tengahari dan Pendaftaran Pelajar

1.30tgh - Bersurai

Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Puan Zura atau Puan Ros (05-2546006) atau Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng (012-5256252)

Friday, March 4, 2011

Prebiu Program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan di Perak

Mr. Rames sedang mengendalikan prebiu untuk program BNS

Atas permintaan ramai, satu prebiu bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (BNS) telah diadakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada Mac 1, 2011 jam 2.30ptg.

Lebih dari 40 orang jururawat telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut yang diberikan oleh Pensyarah Kanan dari Sekolah Kejururawatan dan Sains Kesihatan OUM.

Turut hadir, Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng

Turut hadir adalah dua orang graduat program ini iaitu Matron Zabidah dan Matron Lee. Mereka adalah pelajar pertama OUM Perak yang telah berjaya menamatkan program mereka dan menerima Ijazah mereka pada 20 Nov 2011.

Antara Jururawat yang hadir ke prebiu

Pengarah OUM Perak yang hadir sama telah memberi sedikit penjelasan mengenai cara bagaimana untuk membuat permohonan secara online. Pemohon dinasihatkan supaya membuat pendaftaran lebih awal untuk ambilan semester Mei 2011 kerana sistem kuota yang digunapakai seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Turut hadir Matron Lee (kiri berbaju biri gelap) dan Matron Zabidah

Program Ijazah BNS ini dibangunkan khas untuk jururawat yang sedang berada dalam perkhidmatan dan memilik diploma dalam bidang kejururawatan. Program ini cukup istimewa kerana jangkamasanya ialah 2 tahun sahaja.

Matron Lee (kiri) dan Matron Zabidah (dua dari kiri) sedang berbual dengan Mr. Rames (dua dari kanan) dan Dr Richard Ng

Program dikendalikan 4 kali setiap semester pada hujung minggu sahaja dan pelajar perlu menjalani latihan praktikal di hospital pilihan.

Gambar kenangan di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini sila hubungi Puan Murni atau Encik Ahmad Fahmi di talian: 05-2546006.