Mr. Rames sedang mengendalikan prebiu untuk program BNS
Atas permintaan ramai, satu prebiu bagi program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (BNS) telah diadakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada Mac 1, 2011 jam 2.30ptg.
Lebih dari 40 orang jururawat telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut yang diberikan oleh Pensyarah Kanan dari Sekolah Kejururawatan dan Sains Kesihatan OUM.
Turut hadir, Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng
Turut hadir adalah dua orang graduat program ini iaitu Matron Zabidah dan Matron Lee. Mereka adalah pelajar pertama OUM Perak yang telah berjaya menamatkan program mereka dan menerima Ijazah mereka pada 20 Nov 2011.
Antara Jururawat yang hadir ke prebiu
Pengarah OUM Perak yang hadir sama telah memberi sedikit penjelasan mengenai cara bagaimana untuk membuat permohonan secara online. Pemohon dinasihatkan supaya membuat pendaftaran lebih awal untuk ambilan semester Mei 2011 kerana sistem kuota yang digunapakai seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut hadir Matron Lee (kiri berbaju biri gelap) dan Matron Zabidah
Program Ijazah BNS ini dibangunkan khas untuk jururawat yang sedang berada dalam perkhidmatan dan memilik diploma dalam bidang kejururawatan. Program ini cukup istimewa kerana jangkamasanya ialah 2 tahun sahaja.
Matron Lee (kiri) dan Matron Zabidah (dua dari kiri) sedang berbual dengan Mr. Rames (dua dari kanan) dan Dr Richard Ng
Program dikendalikan 4 kali setiap semester pada hujung minggu sahaja dan pelajar perlu menjalani latihan praktikal di hospital pilihan.
Gambar kenangan di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini sila hubungi Puan Murni atau Encik Ahmad Fahmi di talian: 05-2546006.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment