Tuesday, October 18, 2011

Sambutan Hangat Bengkel Penyediaan Tugasan - 15 Okt 2011





Bengkel Penyediaan Tugasan anjuran OUM Perak telah mendapat sambutan hangat apabila seramai 116 orang pelajar OUM telah berdaftar dan hadir mengikuti bengkel ini. Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar semester pertama ambilan September 2011.







Bengkel separuh hari intensif ini telah diadakan pada hari Sabtu 15 Okt 2011 di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak dari jam 8.30pg hingga 1.15ptg. Ia telah di bimbing oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng seperti mana dalam bengkel-bengkel yang lepas.



Dalam bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada ciri-ciri tugasan yang baik serta cara untuk menyediakan tugasan. Mereka juga telah didedahkan dengan langkah-langkah penyediaan tugasan yang betul. Para peserta juga telah ditunjukajar bagaimana untuk mencari bahan tugasan dari perpustakaan digital yang disediakan OUM serta menilai bahan tugasan dari segi kualiti dan kesesuaiannya.



Klip video sorotan bengkel:



Bengkel ini mengandungi 5 modul iaitu:

Modul 1 - Ciri-ciri tugasan yang baik
Modul 2 - Langkah-langkah penyediaan tugasan yang baik
Modul 3 - Cara mencari bahan tugasan
Modul 4 - Memahami Sistem rujukan APA dan plagiarisma
Modul 5 - Kaedah penyediaan tugasan

Klip video sorotan bengkel - Rujukan APA:





Pada akhir bengkel, para peserta telah ditunjukkan 2 sampel iaitu Sampel A (Tugasan yang baik) dan Sampel B (Tugasan yang kurang baik) supaya dapat di contohi dan dipelajari semasa penyediaan tugasan mereka.



Kebanyakan peserta yang ditanya mengenai bengkel ini telah melahirkan rasa puas hati dan berbaloi menghadiri bengkel ini. Banyak yang telah mereka pelajari walaupun dalam masa yang begitu singkat.

Berikut adalah komen-komen pelajar yang diterima:

1. Abdullah Md Azanan: "memang banyak membantu saya. terima kasih. saya dah mula mencari bahan2 untuk tugasan"

2. Mohammad Nizam Masari: "sgt bmanafaat serta tip2 yg baik..tq sir.."

3. Cheong Lai Khee: "It helps a lot, just that I need to manage my time go thru them"

4. Aileen Lee: "good and informative. need to be hands on on searching informations and storing the data for reading later. A bit difficult for those who are lack of computer skills"

5. Nurul Athirah Mohd Tahir: Certainly, we have benefited!! especially for new intake learners

6. Lee Fong Foon: "very informative especially for new intake. At least now we know the right way to prepare our assignment. TQVM!"

Friday, October 14, 2011

OUM dinobatkan sebagai Majikan Pilihan 2011



Malam semalam dalam satu Majlis Anugerah Sumber Manusia ke sebelas di Sunway Resort & Spa, Petaling Jaya, Selagor, OUM telah dianugerahkan Pingat Perak dalam kategori Majikan Pilihan.



Majlis ini telah dianjurkan oleh Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) dengan kerjasama JobStreet. Sijil beserta piala telah disampaikan pada Puan Kamariah Mohd Noor, selaku Registrar dan General Manager (Human Resource Management & Group Services) OUM.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg Datin Teh Raqamah, Pengurus Kanan unit Perhubungan Korporat OUM dan Prof. Dr. Selvaraj, Pengarah IPD.

Syabas diucapkan pada OUM.

Wednesday, October 12, 2011

Bengkel Penyediaan Tugasan untuk Pelajar OUM





Tugasan menyumbang 30% daripada jumlah markah seseorang pelajar OUM. Jika pelajar berjaya mendapat sekurang-kurangnya 20/30 maka pelajar mempunyai harapan tinggi untuk lulus sesuatu subjek dengan berbakinya 70% dalam peperiksaan akhir nanti.

Di OUM, soalan tugasan disediakan beserta dengan rubrik yang bertujuan memberi panduan kepada pelajar akan markah yang disediakan mengikut penulisan masing-masing. Tugasan adalah suatu penulisan akademik yang serius dan memerlukan kemahiran.



Justeru, OUM Perak sekali lagi menyediakan suatu bengkel bagi membantu pelajarnya terutama pelajar baru ambilan semester September 2011. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Oktober 2011

Masa: 8.30pg hingga 1.00tgh

Tempat: Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak (Tel: 05-2490920/0922)

Peta lokasinya adalah seperti tertera di bawah:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Antara Intipati Bengkel ini termasuk:

Modul 1 - Memahami ciri-ciri tugasan yang baik

Modul 2 - Langkah-langkah dalam penyediaan tugasan yang baik

Modul 3 - Kaedah mencari bahan tugasan

Modul 4 - Penulisan berdasarkan APA dan isu plagiarisma

Modul 5 - Menyediakan tugasan anda terutama OUMH 1103

Para peserta bengkel akan diberi dua sampel tugasan untuk dibuat analisa berdasarkan kepada keperluan rubrik.

Pelajar yang telah berdaftar untuk menyertai bengkel ini dinasihatkan supaya meletak kereta dengan menggunakan kupon Majlis Bandaraya kerana saman akan dikeluarkan jika gagal meletak kupon pakir. Tempat letak kereta swasta juga ada disediakan di tepi bangunan OUM.

Peserta bengkel adalah digalakkan untuk membawa laptop masing-masing. Sila hadir tepat pada waktu yang ditetapkan.