Wednesday, October 12, 2011

Bengkel Penyediaan Tugasan untuk Pelajar OUM





Tugasan menyumbang 30% daripada jumlah markah seseorang pelajar OUM. Jika pelajar berjaya mendapat sekurang-kurangnya 20/30 maka pelajar mempunyai harapan tinggi untuk lulus sesuatu subjek dengan berbakinya 70% dalam peperiksaan akhir nanti.

Di OUM, soalan tugasan disediakan beserta dengan rubrik yang bertujuan memberi panduan kepada pelajar akan markah yang disediakan mengikut penulisan masing-masing. Tugasan adalah suatu penulisan akademik yang serius dan memerlukan kemahiran.



Justeru, OUM Perak sekali lagi menyediakan suatu bengkel bagi membantu pelajarnya terutama pelajar baru ambilan semester September 2011. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Oktober 2011

Masa: 8.30pg hingga 1.00tgh

Tempat: Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak (Tel: 05-2490920/0922)

Peta lokasinya adalah seperti tertera di bawah:

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Antara Intipati Bengkel ini termasuk:

Modul 1 - Memahami ciri-ciri tugasan yang baik

Modul 2 - Langkah-langkah dalam penyediaan tugasan yang baik

Modul 3 - Kaedah mencari bahan tugasan

Modul 4 - Penulisan berdasarkan APA dan isu plagiarisma

Modul 5 - Menyediakan tugasan anda terutama OUMH 1103

Para peserta bengkel akan diberi dua sampel tugasan untuk dibuat analisa berdasarkan kepada keperluan rubrik.

Pelajar yang telah berdaftar untuk menyertai bengkel ini dinasihatkan supaya meletak kereta dengan menggunakan kupon Majlis Bandaraya kerana saman akan dikeluarkan jika gagal meletak kupon pakir. Tempat letak kereta swasta juga ada disediakan di tepi bangunan OUM.

Peserta bengkel adalah digalakkan untuk membawa laptop masing-masing. Sila hadir tepat pada waktu yang ditetapkan.

No comments: