Sunday, April 7, 2013

Seminar Kerjaya dan Panduan Pemilihan Kursus untuk Pelajar Lepasan SPM 2012


OUM Perak dengan kerjasama Pejabat ADUN Air Kuning dan Ketua BN Bahagian Tapah serta PPD Batang Padang telah menganjurkan satu seminar khas untuk pelajar lepasan SPM 2012 dari 10 buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Batang Padang pada 6 April 2013 di Dewan UMNO Tapah.



Program ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) OUM bagi membantu masyarakat tempatan terutama dalam bidang pendidikan. Ia merupakan satu ide yang telah dicetuskan oleh YB Dato Samsudin Abu Hassan iaitu ADUN Air Kuning. Terbukti bahawa YB Dato Samsudin adalah seorang wakil rakyat amat prihatin terhadap pendidikan warga daerah Batang Padang.


Seminar ini telah dikendalikan oleh Dr. Richard Ng, Pengarah OUM Perak. Beliau memberi tunjukajar kepada lebih dari 200 orang pelajar yang hadir mengenai kerjaya yang menjadi pilihan masa depan serta memberi panduan kepada pelajar cara memilih jenis kursus yang sesuai.



Seminar ini yang bermula pada jam 8.30pg telah dirasmikan oleh YB Dato Samsudin. Dalam ucapannya, Dato Samsudin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak OUM yang telah sudi hadir membantu anak-anak dari Batang Padang. Beliau berharapap para pelajar dapat memperoleh manfaat dari ilmu pengetahuan dari pihak OUM terutamanya dari Dr. Richard Ng yang banyak berpengalaman dalam bidang pendidikan.


Prof. Madya Dr. Siti Aishah iaitu Pengarah Eksekutif International Open College, iaitu sebuah anak syarikat  OUM telah dijemput hadri untuk mengendalikan previu mengenai kursus yang ditawarkan serta yuran dan hostel yang disediakan.




Pada akhir seminar ini YB Dato Samsudin telah menyerahkan cek dermasiswa dari Yayasan Perak kepada  50 orang pelajar SPM.bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Seminar ini yang juga turut dihadiri oleh ibubapa pelajar tamat pada jam 12.30 tgh.

Program Learning is Fun di SK Seri Adika Raja, Gerik, Perak


OUM sekali lagi berjaya menganjurkan program Learning is Fun bagi kali keempat di Perak. Program ini mula dijalankan di Chini, Pahang pada bulan September 2012. Ia kemudian dijalankan di Penaga, Seberang Perai, Pulau Pinang. YABhg Tun Jeanne Abdullah selaku Canselor Open University Malaysia serta YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia telah hadir menjayakan program ini. Selepas Pahang dan Pulau Pinang, program ini telah dijalankan di Keningau, Sabah.


Program ini adalah inisiatif Open University Malaysia sebagai salah satu aktiviti bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah rendah kepada pembelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokan dan berlainan daripada apa yang mereka belajar di dalam bilik kelas pada kebiasaannya.




Di Perak, program ini telah dijalankan di Gerik, Perak. Sekolah yang bertuah yang terpilih untuk program ini adalah SK Seri Adika Raja. Sekolah ini sungguh istimewa bagi OUM kerana Pengetuanya Encik Ahmad Yusof serta beberapa orang gurunya adalah bekas pelajar OUM Perak.




Pihak OUM yang diketuai oleh YBhg Datin Halimatolhanin Binti Mohd Khalid, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat serta Encik Jimmy Teo, Pensyarah FEL dan disertai Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, dan beberapa orang staf OUM Perak serta AJK Kelab Pelajar dan Alumni Perak telah bertolak ke Gerik pada 8 Mac 2013 bagi memastikan persediaan program di lokasi tersebut berjalan dengan lancar.




Jam 7.30 pagi, proses pendaftaran bermula yang melibatkan 50 orang pelajar terpilih dari Tahun 5 dan 6. Pelajar kemudian disediakan sarapan pagi serta dibekalkan dengan kemeja T Learning is Fun. Tepat jam 8.30 pagi, program in bermula dengan ucapan aluan dari Pegarah OUM Perak.



Ia kemudian diikuti oleh ucapan perasmian dari Tetamu Khas kita iaitu Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH Toh Seri Bijaya Dato Shaharuddin Bin Hj. Nazari.


Dr. Richard Ng telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sesi Matematik dan Sains manakala Encik Jimmy Teo mengendalikan sesi Bahasa Inggeris. Program dijalankan secara interaktif dan 'hands-on' di mana pelajar didedahkan dengan ilmu sains dan matematik dalam bentuk yang menyeronokkan sejajar dengan nama program 'Learning is Fun".

Peperiksaan Akhir OUM Semester Januari 2013



Peperiksaan Akhir OUM bagi semester Januari 2013 bermula pada 6 April hingga 24 April 2013. Bagi pelajar OUM Perak iaitu dari Pusat Pembelajaran Perak Jln Lim Bo Seng dan Pusat Pembelajaran Greenhill, peperiksaan akan dijalankan di kedua-dua lokasi.

Calon-calon diingatkan sentiasa merujuk kepada jadual waktu terkini dalam MyVLE bagi memastikan tarikh subjek dan lokasinya dengan tepat. Calon-calon diingatkan membawa slip menduduki peperiksaan bersama-sama dengan kad pengenalan, kad matriks dan alatulis yang mencukupi.

Calon diingatkan juga supaya tidak membawa barang berharga dan telefon bimbit semasa hadir menduduki peperiksaan. Calon juga mesti membaca dan mematuhi segala peraturan peperiksaan yang ditetapkan OUM yang terdapat dalam buku panduan pelajar dalam MyVLE.

Bagi calon-calon dari pusat pembelajaran lain yang ingin menduduki peperiksaan di OUM Perak, disertakan di sini lokasi peperiksaan:

Pusat Peperiksaan PP Perak (Jln Lim Bo Seng):


Pusat Peperiksaan PP Greenhill:



Berikut adalah Jadual Waktu serta lokasi peperiksaan di OUM Perak:

6 April 2013:


7 April 2013:


8 April 2013:


9 April 2013:


10 April 2013:


11 April 2013:


12 April 2013:

13 April 2013:


14 April 2013:


16 April 2013:


17 April 2013:


18 April 2013:


20 April 2013:


21 April 2013:


22 April 2013:


23 April 2013:


24 April 2013: