Sunday, April 7, 2013

Program Learning is Fun di SK Seri Adika Raja, Gerik, Perak


OUM sekali lagi berjaya menganjurkan program Learning is Fun bagi kali keempat di Perak. Program ini mula dijalankan di Chini, Pahang pada bulan September 2012. Ia kemudian dijalankan di Penaga, Seberang Perai, Pulau Pinang. YABhg Tun Jeanne Abdullah selaku Canselor Open University Malaysia serta YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia telah hadir menjayakan program ini. Selepas Pahang dan Pulau Pinang, program ini telah dijalankan di Keningau, Sabah.


Program ini adalah inisiatif Open University Malaysia sebagai salah satu aktiviti bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah rendah kepada pembelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokan dan berlainan daripada apa yang mereka belajar di dalam bilik kelas pada kebiasaannya.




Di Perak, program ini telah dijalankan di Gerik, Perak. Sekolah yang bertuah yang terpilih untuk program ini adalah SK Seri Adika Raja. Sekolah ini sungguh istimewa bagi OUM kerana Pengetuanya Encik Ahmad Yusof serta beberapa orang gurunya adalah bekas pelajar OUM Perak.




Pihak OUM yang diketuai oleh YBhg Datin Halimatolhanin Binti Mohd Khalid, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat serta Encik Jimmy Teo, Pensyarah FEL dan disertai Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, dan beberapa orang staf OUM Perak serta AJK Kelab Pelajar dan Alumni Perak telah bertolak ke Gerik pada 8 Mac 2013 bagi memastikan persediaan program di lokasi tersebut berjalan dengan lancar.




Jam 7.30 pagi, proses pendaftaran bermula yang melibatkan 50 orang pelajar terpilih dari Tahun 5 dan 6. Pelajar kemudian disediakan sarapan pagi serta dibekalkan dengan kemeja T Learning is Fun. Tepat jam 8.30 pagi, program in bermula dengan ucapan aluan dari Pegarah OUM Perak.



Ia kemudian diikuti oleh ucapan perasmian dari Tetamu Khas kita iaitu Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH Toh Seri Bijaya Dato Shaharuddin Bin Hj. Nazari.


Dr. Richard Ng telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sesi Matematik dan Sains manakala Encik Jimmy Teo mengendalikan sesi Bahasa Inggeris. Program dijalankan secara interaktif dan 'hands-on' di mana pelajar didedahkan dengan ilmu sains dan matematik dalam bentuk yang menyeronokkan sejajar dengan nama program 'Learning is Fun".

No comments: