Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kami seluruh warga OUM Perak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua pelajar serta tutor.

Monday, November 15, 2010

Giving careers a booth - NST

News write up in NST on the pioneer batch of OUM's doctoral degree graduates (15 Nov 2010). Please click on image to enlarge it.

Sunday, November 14, 2010

KEJUTAN UNTUK BOS KAMI!!

Posted by Shahrul Murniza

Dr Richard bersama jemputan khas, Prof Dr. Ahmad Hashem

OUM Perak telah mengadakan Majlis Makan Malam Graduan MK8 & 9. Pada malam tersebut juga kami telah mengadakan satu kejutan untuk Pengarah kami Dr Richard Ng sempena kejayaan beliau memperolehi Doktor Falsafah (BA).

Pn Ila sedang mengumumkan kejutan untuk Dr Richard

Pn Zura sedang menyampaikan bouquet dan hadiah surprise dari staff PP Perak

Kegembiraan terpancar diwajah Dr Richard

Menerima satu lagi kejutan dari wakil pelajar, En Masmudin

Dua tiga minggu sebelum majlis, Dr Richard asyik mengarahkan staf-staf membuat persediaan untuk meraikan pelajar –pelajar yang bakal naik pentas pada 20 – 23/11/10, sehingga beliau terlupa yang beliau juga bakal naik pentas. Jadi, kami pun cuba memikirkan dan menyelitkan satu kejutan untuk beliau pada malam itu.

Bergambar dengan staf beliau

Sunday, November 7, 2010

Nursing must keep up with technology (The Star)




The nursing profession should be on par with the development of technology to ensure its relevance in the current era, said Open University Malaysia (OUM) chancellor Tun Jeanne Abdullah.

The wife of former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi said it was critical to utilise technology to transform the manner nursing care was conceptualised and delivered.







In keeping up with the times, she said, technology should be integrated with nursing as it could contribute enormously to a patient’s health and well-being.



“Thus, integrating technology and caring behaviour in this profession can improve the service provided and maximise the desired patient outcome,” Jeanne said in her keynote address before officiating the International Conference on Nursing (Icon 2010) on Tuesday.

The two-day conference, titled “Technology and Innovation in Nursing”, was organised by OUM and aimed at providing opportunities for participants to deliberate on issues pertaining to clinical practices, education and management in nursing.

On the use of technology, Jeanne said it would bode well for the nursing field as it helped nurses provide a higher quality of care and reduced human error.



She added that the forum was significant for participants to share and discuss how to implement the new concept to the caring profession.

“This conference will be focusing on how technology can contribute to health care efficiency, quality, safety, and would also enhance nurses’ decision-making and patient care while easing overall workloads,” she said.

The inaugural international conference was attended by 222 participants from 22 countries, including Malaysia. A total of 30 papers were presented at the event. — Bernama

Saturday, November 6, 2010

Peperiksaan Percubaan Pertengahan Semester OUMH 1103


Sejarah terlakar hari ini di OUM Perak apabila pada julung kalinya peperiksaan percubaan sebagai persediaan kepada Peperiksaan Pertengahan semester September 2010 telah diadakan dari jam 8.45pg hingga 9.30pg.

Peperiksaan percubaan pertengahan semester sedang dijalankan

Seramai 35 orang pelajar OUM Perak telah hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut. Tujuan peperiksaan percubaan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar semester 1. Pelajar yang hadir datang dari jauh dan dekat. Ada juga pelajar yang sedang merayakan Perayaan Deepavali turut hadir kerana tidak mahu ketinggalan.

Analisis keputusan peperiksaan percubaan OUMH 1103

Pelajar telah diberi soalan berbentuk MCQ mirip soalan peperiksaan sebenar. Peperiksaan dijalankan sama seperti dalam suasana peperiksaan. Beberapa orang staf OUM Perak telah terlibat dalam menjalankan peperiksaan yang terdiri daripada Puan Ilah, Puan Murni, Puan Erna dan Sharizal.

Sebahagian dari peserta yang hadir

Selepas peperiksaan tamat, satu analisis telah dijalankan. Dari keputusan peperiksaan ini ternyata pelajar masih belum bersedia lagi untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Dr Richard Ng sedang mengendalikan sesi bengkel

Selepas peperiksaan tamat, bengkel kecemerlangan peperiksaan di sambung selama 2 jam setengah. Dr. Richard Ng, Pengarah OUM Perak bertindak sebagai pemudahcara bengkel. Dalam sesi bengkel ini, pelajar telah dibimbing dengan strategi menangani soalan MCQ untuk membolehkan mereka mendapat skor A. Pelajar didedahkan soalan MCQ dari topik 1 hingga 4.

Peperiksaan pertengahan semester September 2010 OUM akan bermula pada hari Isnin 8 November 2010 hingga 11 November 2010. Kertas OUMH 1103 telah dijadualkan bermula pada 8 November 2010 di OUM Perak Jln Lim Bo Seng.

Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Para graduan OUM Perak ... Konvo ke 9

Kepada para graduan OUM Perak yang akan berkonvo pada 20 - 23 November sudah tentu sedang menanti dengan hati berdebar-debar. Jangan lupa beli kasut baru dan baju baru sebagai kenang-kenangan. Pastikan kasut kena polish sebab semasa berjalan di atas pentas tentu semua mata akan fokus pada kasut.

Bagi graduan OUM Perak yang akan berkonvo November ini, di sini saya sertakan klip video suasana Konvo serta cara memakai Jubah:

Klip Video Suasana Konvo:


Cara Memakai Jubah:



Jangan lupa praktis lagu OUM supaya dapat kita sama-sama nyanyi semasa konvo.

Klip Video Lagu OUM:


Disertakan di sini klip video konvo ke 7 yang melibatkan graduan OUM Perak:





Pada para graduan semua, jangan lupa untuk hadir ke Jamuan Makan Malam anjuran OUM Perak pada 13 November jam 7mlm di Hotel Excelsior Ipoh, bagi meraikan semua graduan. Bawa bersama anda keluarga tercinta atau tutor yang disayangi. Harga tiket RM30 seorang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Murni di talian: 05-2546006.

Karaoke dan Cabutan Bertuah turut disediakan. Satu sesi taklimat Konvo akan diadakan semasa majlis ini.