Saturday, November 6, 2010

Peperiksaan Percubaan Pertengahan Semester OUMH 1103


Sejarah terlakar hari ini di OUM Perak apabila pada julung kalinya peperiksaan percubaan sebagai persediaan kepada Peperiksaan Pertengahan semester September 2010 telah diadakan dari jam 8.45pg hingga 9.30pg.

Peperiksaan percubaan pertengahan semester sedang dijalankan

Seramai 35 orang pelajar OUM Perak telah hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut. Tujuan peperiksaan percubaan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar semester 1. Pelajar yang hadir datang dari jauh dan dekat. Ada juga pelajar yang sedang merayakan Perayaan Deepavali turut hadir kerana tidak mahu ketinggalan.

Analisis keputusan peperiksaan percubaan OUMH 1103

Pelajar telah diberi soalan berbentuk MCQ mirip soalan peperiksaan sebenar. Peperiksaan dijalankan sama seperti dalam suasana peperiksaan. Beberapa orang staf OUM Perak telah terlibat dalam menjalankan peperiksaan yang terdiri daripada Puan Ilah, Puan Murni, Puan Erna dan Sharizal.

Sebahagian dari peserta yang hadir

Selepas peperiksaan tamat, satu analisis telah dijalankan. Dari keputusan peperiksaan ini ternyata pelajar masih belum bersedia lagi untuk menghadapi peperiksaan sebenar.

Dr Richard Ng sedang mengendalikan sesi bengkel

Selepas peperiksaan tamat, bengkel kecemerlangan peperiksaan di sambung selama 2 jam setengah. Dr. Richard Ng, Pengarah OUM Perak bertindak sebagai pemudahcara bengkel. Dalam sesi bengkel ini, pelajar telah dibimbing dengan strategi menangani soalan MCQ untuk membolehkan mereka mendapat skor A. Pelajar didedahkan soalan MCQ dari topik 1 hingga 4.

Peperiksaan pertengahan semester September 2010 OUM akan bermula pada hari Isnin 8 November 2010 hingga 11 November 2010. Kertas OUMH 1103 telah dijadualkan bermula pada 8 November 2010 di OUM Perak Jln Lim Bo Seng.

No comments: