Friday, July 11, 2008

LYICT 2008 Conference 7 - 10 July 2008 - Part 3

Among the notable keynote speakers of the 4-day conference include Prof. Jan Wibe (Retired from The Norwegion University of Science and Technology) who delivered the first keynote address on "The AGORA approach". Other keynote speakers are Prof. Ron Oliver (Pro-Vice Chancellor, Edith Cowan University, Australia), En. Zamani Zakariah (Senior Director of MyICMS Technology and Standards Division at the Malaysian Communications and Multimedia Commission) and Dr. Katy Campbell (Dean, Faculty of Extension, University of Alberta).

Prof. Jan Wibe from Norway

Prof. Barbara of Poland and othe members of the AGORA panel, (left) Pieter Hogenbirk (Rector of Parkhurst Dalton School, Netherland)and (right) Prof. Jan Wibe

Prof. Ron Oliver of Edith Cowan University, Australia

Mr. Zamani Zakariah of MCMC

50 papers were presented during the conference, which comprised of full papers, short papers, workshop presentations, panel presentations and the AGORA session papers. Two presenters from Open University Malaysia were honored to be given the opportunity to present their papers during the AGORA Session. Mdm Harvinder Kaur (Lecturer, Centre for Advanced and Prior Learning) presented a paper based on the topic "Lifelong Learning Skills: ICT & Information Literacy. Another presenter from OUM, Richard Ng (Director of OUM Perak Regional Learning Centre) presented a paper on "Online Discussion Forum: What Tutors and Learners Do and How they do it".

Other interesting papers were presented on topics related to M-Learning, Tele-centers , Lifelong Learning, Weblogs, Web 2.0 and Moodle.

Steve Wheeler of Plymouth University, UK chairing the Digital Divide and Cultural Understanding session

Richard Ng was presenting his paper during the AGORA session

Mdm Harvinder Kaur was seen here with other OUM staff

Some of the participants attending one of the parallel session

Prof. Torsten Brinda from the University of Erlangen-Nuremberg, Germany was presenting his paper

LYICT 2008 Conference 7 - 10 July 2008 - Part 2

More pictures on the LYICT conference:

Registration of participants

Prof. Rosli with Sigrid Schubert and Prof. Zoraini

Seen above Jan Wibe on the right and Prof. Ron in black jacket



Michael from Germany on the left

From left Johannes Magehnheim (Germany), Barbara Kedzierska (Poland), Peter Van De Braak (Austria) and Richard Ng (OUM)

LYICT 2008 Conference 7 - 10 July 2008 - Part 1


An ICT Conference with the theme "ICT and Learning for the NET Generation" was held from 7 to 10 July at the Saujana Kuala Lumpur Hotel. It was jointly organized by IFIP and Open University Malaysia.

The conference was attended by about 200 participants from 22 countries. It was officiated by Prof. Ir. Dr. Rosli Hamir, Vice President of Open University Malaysia representing the Vice Chancellor.

Vice President of OUM, Prof. Ir. Dr. Rosli is seen here delivering his speech

Prof. Rosli was having a chat with (from left) Alnaaz Kasaam (LYICT Co-editor from Canada), Sigrid Schuster (IFIP Chairperson from Germany) and Prof. Zoraini (National Organizing Chairperson) from OUM.

OUM Director of Perak Regional Learning Centre, Richard Ng who also attended the conference is having a chat with (from left) Ms. Siti Farina (Lecturer) and Prof. Abtar (Faculty of Education and Languages of OUM) and Mr. Repin, Chief Operating Officer of Meteor/OUM Group

Participants seen here posting for a group photo before the start of the conference

Wednesday, July 9, 2008

Maklumbalas Peserta Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan OUM Perak

Seramai 115 orang pelajar telah menghadiri Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan yang dianjurkan oleh PP Perak pada 5 Julai 2008. Antara perkara yang dibentangkan semasa bengkel ini termasuk:

a. Persediaan mental menghadapi peperiksaan
b. Teknik menjawab Soalan Peperiksaan
c. Teknik skor A dalam subjek berikut:
i. Learning Skills dan English for Written Communication untuk pelajar Semester 1
ii. Etrepreneurship dan Professional Ethics untuk pelajar senior.

Pihak PP Perak sempat merakamkan maklumbalas daripada beberapa orang peserta bengkel seperti berikut:

1. Puan Maimunah Abdul Majid (Pelajar BNS semester 1):

Saya dapati bengkel ini banyak membantu pelajar baru seperti saya dan saya harap pihak pengurusan OUM akan mengadakan lebih banyak lagi bengkel seperti ini dalam semester-semester akan datang. Ini adalah kerana banyak yang telah kami perolehi semasa bengkel ini yang tidak terdapat dalam modul kita. Saya harap semua pelajar OUM akan
hadir pada bengkel seperti ini kerana ianya dapat memberikan manfaat yang banyak pada warga kerja seperti saya untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin.

2. Susan Chong (Pelajar DECE):

Saya dapati bengkel ini banyak mendatangkan faedah kepada saya sebab saya sekarang telah tahu kaedah menjawab dalam peperiksaan. Saya lebih yakin sekarang dan saya harap pihak OUM akan menyediakan lebih banyak lagi bengkel seperti ini di masa akan datang. Terima kasih kepada OUM Perak.

3. Masmudin Rabien (Pelajar BHRM):

Saya banyak mendapat faedah daripada bengkel ini seperti teknik menjawab soalan dengan betul serta segala persediaan yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Saranan saya supaya lebih banyak bengkel seperti ini diadakan dan bahan nota juga disediakan unuk semua pelajar.

4. Eliza Selvarajee (BHRM):

Bengkel ini sungguh merangsangkan dan memberi motivasi kepada kami untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin sekarang. Tips-tips peperiksaan diharap dapat diberikan untuk membantu pelajar skor dalam peperiksaan.

5. Latifah, Lela, dan Sonia (Pelajar OUM Penang):

No Pain No Gain. Pada kami amat berbaloi datang ke Perak kerana banyak faedah telah dapat kami perolehi dari segi teknik menjawab soalan peperiksaan serta tips-tips menghadapi peperiksaan.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan semester Mei 2008, kami ucapkan selamat maju jaya dan skooooooor A.

Pengumuman Penting Untuk Para Graduan Konvo OUM Ke-6

Posted by: Fairolniza (Eksekutif Unit Perhubungan Alumni OUM)
Jul 9, 2008

Assalammualaikum dan salam sejahtera,



Untuk makluman semua graduan, pihak Alumni telah menyediakan kemudahan penginapan untuk anda semasa majlis konvokesyen ke-6 OUM seperti berikut:

Hotel Dynasty

Tempat penginapan: Dynasty Hotel, Kuala Lumpur (berhampiran dengan PWTC - tempat konvokesyen berlangsung)

Harga: RM 150.00 per nett untuk penginapan satu malam (Tidak termasuk Breakfast)

Sempena dengan majlis konvo ini, pihak kami akan menganjurkan satu Majlis Makan Malam dengan bayaran tambahan RM 50.00 seorang (termasuk pengangkutan pergi balik dari hotel) bertempat di Tasik Titiwangsa (berhampiran Eye on Malaysia)

TEMPAT ADALAH TERHAD – JOM TUNGGU APA LAGI....

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Cik Nieza , Executive Unit Perhubungan Alumni OUM/ secretary KLSOUM
di talian : 03-26168821/ 019-7630545 atau Email : nija@oum.edu.my

Peta Lokasi Hotel Dynasty

Perjumpaan Alumni OUM Perak yang Pertama - 5 Julai 2008

Jawatan Kuasa Alumni OUM Perak telah mengadakan mesyuarat julung kalinya pada 5 Julai 2008. Memandangkan ianya diadakan pada hari yang sama dengan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan serta hari Tutorial, maka mesyuarat terpaksa diadakan di bilik Pengarah PP Perak dalam suasana tidak rasmi (informal).

Kelihatan di sini (dari kiri) Sdra Daud (Pengerusi Alumni OUM Perak), Puan Tina Leong (Exco), Sdra Richard (Pengarah PP Perak), dan Sdra Norazhar (Bendahari Alumni OUM Perak)


Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua AJK kecuali Sdra Roslan (Naib Pengerusi) dan Sdra Zamzuri (Ahli Exco) yang bekerja pada ketika itu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sdar Daud (Pengerusi Alumni OUM Perak) bermula tepat jam 3ptg dan tamat pada jam 5ptg.

Gambar semua peserta yang hadir dalam mesyuarat Alumni OUM Perak yang pertama.

Pengarah PP Perak Sdra Richard yang juga Penasihat Alumni OUM Perak, turut hadir bersama dengan Sdra Shahrizal yang mewakili OUM Perak. Penasihat telah memberikan pandangan beliau kepada semua AJK yang hadir akan hala tuju yang patut diberi perhatian dan menjadikan Alumni OUM Perak antara yang teraktif di kalangan semua Alumni OUM di Malaysia.

Dalam mesyuarat tersebut, AJK sebulat suara telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti berikut:

1. 9 dan 10 Ogos - Mengambil bahagian dalam Pendaftaran Pelajar Senior dengan membuka booth. Objektifnya ialah untuk:

a. Mengisi tabung Pembedahan Katarak Mata
b. Menjalankan aktiviti jualan bagi mengisi tabung Alumni OUM Perak
c. Mempromosikan Bengkel Penyediaan Tugasan

2. Menguruskan Bengkel Penyediaan Tugasan untuk pelajar yang berminat pada 17 Ogos 2008 bertempat di PP Perak dari pukul 8.30 pg hingga 3.30ptg. Sasaran bilangan pelajar ialah seramai 40 orang. Segala sumbangan pelajar akan di dermakan ke Tabung Pembedahan Katarak Mata.

3. Pendakian Merdeka Bukit Kledang yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisma dengan mengibarkan bendera Malaysia semasa pendakian bukit ini dan menyanyikan lagu patriotik. Tarikhnya akan ditetapkan kemudian

4. AJK juga bersetuju untuk mengadakan satu Majlis Makan Malam untuk semua alumni OUM Perakyang bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturahim disamping mengenali satu sama lain. Tarikhnya juga akan diumumkan kelak.

5. Alumni juga akan mengambil bahagian dalam sesi T-Zero OUM Perak yang tarikhnya akan diumumkan nanti.

Majlis Perjumpaan Perpaduan Kumpulan Meteor/OUM Bulan Jun 2008

Satu majlis perjumpaan perpaduan yang melibatkan semua staf kumpulan Meteor dan OUM telah diadakan pada 26 Jun 2008 jam 9pg di Auditorium OUM KL. Seramai 200 orang staf dan pihak pengurusan tertinggi Meteor/OUM telah menghadiri majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdra Jamaludin (Pengurusan Kanan HEP).

Tan Sri Presiden sedang menyampaikan amanat kepada semua staf

Selepas itu disusuli dengan nyanyian lagu Negara Ku dan lagu patriotik serta lagu OUM yang diiringi oleh kumpulan Koir OUM. Sdra Yon Rosli (Pengarah OUM Lembah Kelang) telah diberi penghormatan untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara.

Bacaan doa oleh Sdra Jamaludin, Pengurus Kanan HEP

Tan Sri Prof. Dr. Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor OUM kemudian menyampaikan amanat OUM. Antara lain beliau menyentuh tentang pencapaian Kumpulan Meteor/OUM. Beliau juga menasihatkan semua staf supaya berbelanja secara berhemah dalam keadaan kegawatan kemelut ekonomi yang sedang melanda negara kita. Beliau menasihatkan semua staf supaya bekerja keras bagi meningkatkan tahap pencapaian OUM.

Sdra Yon Rosli, Pengarah OUM Lembah Kelang, sedang mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara