

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua AJK kecuali Sdra Roslan (Naib Pengerusi) dan Sdra Zamzuri (Ahli Exco) yang bekerja pada ketika itu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sdar Daud (Pengerusi Alumni OUM Perak) bermula tepat jam 3ptg dan tamat pada jam 5ptg.

Pengarah PP Perak Sdra Richard yang juga Penasihat Alumni OUM Perak, turut hadir bersama dengan Sdra Shahrizal yang mewakili OUM Perak. Penasihat telah memberikan pandangan beliau kepada semua AJK yang hadir akan hala tuju yang patut diberi perhatian dan menjadikan Alumni OUM Perak antara yang teraktif di kalangan semua Alumni OUM di Malaysia.
Dalam mesyuarat tersebut, AJK sebulat suara telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti berikut:
1. 9 dan 10 Ogos - Mengambil bahagian dalam Pendaftaran Pelajar Senior dengan membuka booth. Objektifnya ialah untuk:
a. Mengisi tabung Pembedahan Katarak Mata
b. Menjalankan aktiviti jualan bagi mengisi tabung Alumni OUM Perak
c. Mempromosikan Bengkel Penyediaan Tugasan
2. Menguruskan Bengkel Penyediaan Tugasan untuk pelajar yang berminat pada 17 Ogos 2008 bertempat di PP Perak dari pukul 8.30 pg hingga 3.30ptg. Sasaran bilangan pelajar ialah seramai 40 orang. Segala sumbangan pelajar akan di dermakan ke Tabung Pembedahan Katarak Mata.
3. Pendakian Merdeka Bukit Kledang yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisma dengan mengibarkan bendera Malaysia semasa pendakian bukit ini dan menyanyikan lagu patriotik. Tarikhnya akan ditetapkan kemudian
4. AJK juga bersetuju untuk mengadakan satu Majlis Makan Malam untuk semua alumni OUM Perakyang bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturahim disamping mengenali satu sama lain. Tarikhnya juga akan diumumkan kelak.
5. Alumni juga akan mengambil bahagian dalam sesi T-Zero OUM Perak yang tarikhnya akan diumumkan nanti.
No comments:
Post a Comment