Thursday, March 25, 2010

Lawatan Audit Institusi MQA ke OUM Perak

25 Mac 2010

Pada hari ini telah berlangsungnya lawatan audit dari panel MQA ke OUM Perak. Panel yang terdiri daripada Prof. Dr. Mohammed Zin dan Puan Rahimi tiba pada jam 9.00pg disambut Pengarah OUM Perak, Richard Ng serta semua staf OUM Perak. Lawatan ini merupakan sebahagian dari siri lawatan audit semua pusat pembelajaran OUM di seluruh negara.

Sesi gambar kenangan dari kiri, Puan Siti Norjalilah, Puan Zuraini, Prof. Mohamed Zin, Richard Ng, Puan Erna dan Puan Rahimi

Perjumpaan di OUM Perak telah diadakan di Pusat Pembelajaran Perak di Jalan Lim Bo Seng yang turut disertai oleh 4 orang tutor serta 12 orang pelajar secara sukarela.

Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dengan sesi taklimat dari Pengarah OUM Perak mengenai latar belakang OUM Perak serta bilangan staf, tutor, pelajar dan kemudahan yang disediakan.

Prof. Mohammed Zin (kiri) sedang berbual dengan tutor OUM Perak yang terdiri dari En. Nadarajan, En. Norkhalid, Hj. Idris Ismail dan Dr. Sabaria


Selepas itu perjumpaan telah diadakan secara tertutup dengan tutor yang telah hadir secara sukarela. Ia kemudian disusuli dengan perjumpaan dengan semua staf OUM Perak.

Sebahagian dari pelajar yang hadir sama bagi menjayakan lawatan audit MQA


Prof. Mohamed Zin sedang makan tengahari dengan pelajar OUM Perak

Puan Rahimi sedang makan tengahari dengan sebahagian dari pelajar OUM Perak

Pada jam 12.30 tengahari, panel MQA telah mengadakan pertemuan dengan 12 orang pelajar semasa makan tengahari.

Sdra Fahmi dan Puan Zura sedang membawa panel MQA melawat premis PP Perak

Sesi lawatan ke premis di PP Greenhill


Pada jam 1.30 tengahari panel MQA mengimbas segala dokumen operasi OUM Perak. Pada jam 2ptg, sesi lawatan premis PP Perak serta PP Greenhill telah diadakan. Panel MQA telah ditunjukkan semua kemudahan yang ada seperti bilik bacaan, bilik komputer, LCD, serta bilik kebal.

Pengarah OUM Perak, Richard Ng sedang menerangkan sesuatu kepada Prof. Mohammed Zin

Puan Ilah serta Puan Zura sedang menerangkan sesuatu kepada Puan Rahimi

Pertemuan dengan panel MQA tamat pada jam 3.00ptg. Kepada semua pelajar dan tutor yang telah memberikan kerjsama dalam menjayakan lawatan audit, pihak OUM Perak mengucapkan jutaan terima kasih.

2 comments:

Pusat Pembelajaran Pahang said...

Congratulation Mr Richard. Good timing for the visit. You could showcase OUM's new premise to the panels.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Thank you. Yes, MQA panel were impressed by our new premise. Next will be Pahang