Friday, April 2, 2010

PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PROGRAM PENGAJIAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA)

PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR OUM (03/2010)bertarikh 24 Mac 2010 adalah dirujuk:

Untuk makluman para pelajar, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang ke 104 pada 17 Disember 2009 telah bersetuju untuk mengiktirafkan kelayakan-kelayakan bagi program-program yang dijalankan oleh OUM seperti berikut:

1. Sarjana Sains (Kejuruteraan) A6084 [Tarikh mula akreditasi: 06.03.2009]

2. Sarjana Muda Matematik dan Pengurusan Dengan Kepujian (A5741)[06.02.2009]

3. Sarjana Muda Matematik Dengan Teknologi maklumat Dengan Kepujian (A5850)[10.11.2008]

4. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Arab) Dengan Kepujian (A8919)[10.2.2009 - 09.2.2010]

5. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian (A8916)[10.2.2009 - 09.2.2010]

6. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Cina) Dengan Kepujian (A8917)[10.2.2009 - 09.2.2010]

7. Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Tamil) Dengan Kepujian (A8918)[10.2.2009 - 09.2.2010]

8. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Seni Visual) Dengan Kepujian (A8921)[12.2.2009 - 11.2.2010]

9. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Muzik) Dengan Kepujian (A8922)[12.2.2009 - 11.2.2010]

10. Sarjana Muda Keguruan (Kajian Sosial) Dengan Kepujian (A8920)[06.2.2009 - 05.2.2010]

11. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian (A8923)[06.2.2009 - 05.2.2010]

12. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian (A8924)[06.2.2009 - 05.2.2010]

13. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Prasekolah) Dengan Kepujian (A8925)[13.2.2009 - 12.2.2010]

14. Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian (A8925)[13.2.2009 - 12.2.2010]

Sehubungan dengan itu surat pemakluman pengiktirafan kelayakan daripada pihak JPA telah dimuat naik di dalam laman web OUM untuk makluman semua.

Pihak Universiti ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar terhadap kerjasama yang diberikan dalam proses perakuan akreditasi dan pengiktirafan.

Sekian.


Yang benar,


-ditandatangan-
KAMARIAH MOHD NOOR
Pendaftar

No comments: