Wednesday, February 16, 2011
Bengkel Penyediaan Tugasan OUMH1103
OUM Perak akan menganjurkan satu bengkel penyediaan tugasan untuk pelajar baru semester Januari 2011.
Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh: 19 Februari 2011
Masa: 8.30pg hingga 1.00tgh
Tempat: PP Perak, Jln Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak
Pemudahcara: Dr Richard Ng (Pengarah OUM Perak)
Sesi 1:
a. Bagaimana cara untuk mendapat markah penuh dalam sesuatu tugasan
b. Kaedah mencari bahan tugasan
c. Kaedah menyediakan tugasan
d. Sistem rujukan APA
e. Kaedah untuk menjilid tugasan
Sesi 2:
a. Pengenalan kepada PowerPoint
b. Memuatkan teks dalam PowerPoint
c. Mengubahsuai background dan memuatkan clipart
d. Kaedah untuk memuatkan butang hyperlink serta Slide Transition
e. Pembikinan CD
Seramai 60 orang pelajar dijangkakan akan hadir ke bengkel ini.
Tujuan bengkel ini adalah bagi membantu pelajar baru memahirkan diri dalam penyediaan tugasan. Di samping itu pelajar juga akan didedahkan kepada perpustakaan digital serta carian dalam Google.
Pelajar akan dapat juga memahirkan dalam membuat imbasan rujukan serta menggunakan sistem rujukan APA yang diperlukan dalam tugasan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Puan Erna (05-2490920) atau Puan Murni (05-2546006)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment