
Sekumpulan 25 orang warga OUM Perak telah mencipta sejarah OUM apabila membuat lawatan ke kampus OUM KL dan PJ pada 31 Januari 2011. Lawatan ini merupakan lawatan kali pertama buat OUM kerana sebelum ini kampus OUM menerima lawatan dari pelajar dan ahli akademik dari universiti luar negara atau pun institusi tempatan.


Lawatan yang bersejarah ini telah disertai oleh 15 orang pelajar dari berbagai jurusan dan peringkat, 2 orang tutor serta 8 orang staf OUM Perak. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng.
"Tak kenal Maka Tak Cinta". Justeru, OUM Perak telah menganjurkan aktiviti Lawatan Sambil Belajar ini dengan objektif untuk membolehkan pelajar, tutor serta staf OUM Perak melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan yang disediakan serta sistem operasi dan sokongan yang diberikan.
Rombongan ini bertolak dengan bas pada jam 7.30pg dan tiba di kampus OUM pada jam 11.30pg. Kami disambut dengan begitu mesra sekali oleh unit Corporate Relations OUM yang diwakili oleh Cik Norzita.

Kami dibawa untuk melawat Jabatan Centre for Instructional Design and Technology (CIDT) yang bertanggungjawab dalam membangunkan modul pembelajaran OUM. Kami juga turut singgah konti iRadio iaitu sub-unit CIDT. Kami telah diberi taklimat oleh Cik Siti Zainab, Puan Umi Hanim dan Cik Siti Hazrah.


Klip Video Wawancara dengan Pengarah OUM Perak:

Selepas itu kami telah di bawa melawat Jabatan Aakademik, Unit Corporate Relations, Pejabat Presiden dan Naib Presiden OUM dan Pusat Perkhidmatan Pelajar (Learner Services Centre (LSC))oleh Prof. Madya Dr. Santhi. Kami telah diberi taklimat bagaimana LSC berfungsi dan memberi perkhidmatan kepada pelajar.


Selepas itu kami telah dibawa untuk melawat Pusat Sumber OUM di mana En. Suhaimi telah memberi taklimat kepada kami bagaimana cara untuk mengakses bahan-bahan rujukan serta cara menggunakan perpustakaan digital.

Pada jam 1.00tgh, pihak kampus OUM telah menyediakan makan tengahari untuk rombongan kami. Presiden dan Naib Canselor OUM iaitu YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Anuwar Ali, yang sememangnya telah menantikan kedatangan kami telah hadir sama dan memberikan ucapan aluan kepada rombongan kami.
Klip Video Ucapan YBhg Tan Sri Dr Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor OUM:
Kami amat bertuah kerana pada hari lawatan kami juga berlangsungnya mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah OUM. Justeru kami dapat bertemu pihak pengurusan tertinggi termasuk YBhg Dato' Ir. Ahmad Zaidi, Prof. Dr. Mansor Fadzil (Naib Presiden Kanan), Prof. Ir. Dr. Rosli Hamir (Naib Presiden) serta Puan Kamariah Mohd Noor (Pendaftar).

Rombongan kami juga telah menghadiahkan sekotak limau mandarin kepada YBhg Tan Sri sebagai tanda penghargaan kami kerana memastikan OUM memberi layanan trbaik kepada kami. Kami juga ada membawa bersama limau mandarin untuk diagihkan kepada semua yang hadir.


Pada jam 2.30ptg, kami bertolak ke Pusat Pembelajaran OUM yang terbaru di Petaling Jaya. Kami tiba di pusat ini pada jam 3.45ptg dan disambut oleh Prof. Madya Che An (Pengarah PP PJ merangkap Ketua Jabatan SONAH), Cik Majmin (Timbalan Pengarah) serta En. Yazed Bahaman (Pengurus).


Kami telah diberi taklimat oleh Prof. Madya Che An mengenai pusat pembelajaran PJ serta aktiviti yang dijalankan. Kami juga telah dibawa melawat premis ini yang dibina dengan kos sebanyak RM12 juta. Sebelum kami bertolak ke Ipoh, kami juga telah disediakan jamuan ringan oleh pihak PP PJ.

Berikut adalah maklumbalas dari beberapa pelajar dan tutor yang turut serta dalam rombongan ke OUM KL dan PJ:
Azzah Redzuan wrote:
Dr. Richard : a fruitful experience..really enjoyed the trip very much..thanks a lot..rasa "kecik" je di kalangan all the academicians..hehe..
Idris Talu wrote:
OUM memang cukup hebat. Saya amat kagum dengan suasana pertemuan hari ini.
Jamunarani wrote:
"Seronoknya lawatan ni memang best - Next time everyone MUST attend. Tan Sri and all the other Professors as well Dato Zaidi one of the Board of Directors - Oh My God they are so down to earth people. So humble, so friendly - it gave me the shivers to meet such highly educated people but their friendliness overcome it all.
So to all the seniors as well as the new students - please dont think of OUM as just a learning centre to earn your degree, masters or PhD - please do join the activities planned and work as a team. Thanks Dr Richard for the trip"
Lawatan ini memberikan satu pengalaman baru kepada kami semua sama ada untuk pelajar dan tutor mahu pun staf OUM. Sememangnya kami datang dengan penuh harapan dan kami pulang dengan berbekalkan harapan ... harapan untuk membangunkan PP Perak dengan lebih baik lagi serta memberikan keyakinan kepada pelajar bahawa OUM sentiasa perihatin kepada mereka.
Berikut adalah maklumbalas dari pihak pengurusan tertinggi OUM:
YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali (Presiden/Naib Canselor OUM) wrote:
Dear Richard, Thank you for your effort in bringing our staff and learners to visit us and also our PJ LC. I am very happy indeed to hear from you & most glad that the entourage from Ipoh had a rewarding time meeting us in the main campus as well as our staff in PJ. We are thankful that you took the initiative.
Kind regards & salam to you & all in Ipoh.
Prof. Dr. Mansor Fadzil (Naib Presiden Kanan OUM):
I am very happy to note that the visit had been beneficial to everyone.
Prof. Ir. Dr. Rosli Hamir (Naib Presiden OUM):
Salam saudara Richard. I am glad the visit was a very fruitful one. I will encourage other LCs to do likewise. Salam once again. Happy new year and hope next year would be better than this year.
Datin Teh Raqamah (Pengurus Kanan Corporate Relations OUM):
Dear Dr Richard, I am pleased to know that d delegation from PP Perak enjoyed d visit to d Main Campus n PP PJ. I will catch up with u when return to office.
May you and family have a happy and prosperous Chinese New Year. Gong Xi Fatt Chay.
Best wishes from Teh.
Assoc. Prof. Dr. Santhi Raghavan (Director of CSM):
Dear Dr Richard, Staff and Students of PP Perak,
The pleasure was ours. We are delighted that you took time off to vist us. Much planning and organizing must have taken place for you & team to bring an entourage to KL/PJ. We are glad that the trip was fruitful.
Here's to wishing you and all members of PP Perak a wonderful year with prosperity, joy and peace.
No comments:
Post a Comment