
Kursus Latihan "Startegic Marketing For Learning Centre" telah diadakan di PP Greenhill selama dua hari pada 6 dan 7 Julai 2011 dari jam 9pg hingga 5ptg. Kursus ini telah disertai seramai 22 org peserta dari empat buah pusat pembeljaran OUM iaitu dari PP Kedah/Perlis, PP Penang, PP Perak dan PP Sarawak.

Kursus ini turut disertai oleh Pengarah Pusat Pembelajaran OUM masing-masing iaitu Puan Munaliz Bt Musa - Pengarah PP Kedah, Dr Richard Ng - Pengarah PP Perak, Assoc. Prof Dr Tan Toh Wah - Pengarah PP Penang, Assoc. Prof Dr Frank Anak Kiong - Pengarah PP Sarawak.

Kursus ini mengandungi enam modul iaitu:
Pada Hari Pertama (06/07/2011)
a) Sharing of Marketing Strategy and Implementation 2010 – 2015
b) Marketing Mix and AIDA concept in OUM context
c) Local marketing and changing market demand
Pada Hari Kedua (07/07/2011)
d) Customer Engagement
e) Exploring Factors Influencing Learner Attrition : Retention Strategies
f) Managing Resource Centre (Library)

Pada hari pertama, latihan telah dikendalikan oleh En Yon Rosli B Daud - (Pengurus Kanan (Bahagian Pemasaran Kumpulan)) dan Dr Richard Ng - (Pengarah PP Perak).


Manakala pada hari kedua taklimat disampai oleh Pn Faizah Bt Mohamed - (Pengurus Kanan (Sumber Manusia)), En Muhamad Hafiz B Morad - (Pustakawan Kanan) dan Assoc Prof Dr Shanti A/P Raghavan (Pengarah Pusat Pengurusan Pelajar)

Sidang latihan yang pada julung kalinya dikendalikan sepenuhnya oleh staf dalaman OUM telah dijalankan dengan menggunakan data-data terkumpul dan dibentangkan melalui penjelasan serta bengkel.


Pada hari terakhir kursus iaitu 7 Julai merupakan hari lahir En Fahmi Osman , satu kejutan telah dibuat untuk beliau. Peserta kursus telah bersama-sama menyanyikan lagu harijadi untuk beliau.



Sebelum pulang PP Perak sebagai tuan rumah telah menyediakan cenderahati kepada peserta, iaitu dalam bentuk labu sayong sebagai tanda kenang-kenangan. Semoga semua peserta telah bermanfaat daripada sesi latihan 2 hari ini.

Semoga bertemu lagi ...
No comments:
Post a Comment