Monday, February 27, 2012

Pendaftaran Pelajar Baru Program SMP Ambilan Khas Januari 2012 @ OUM Perak

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, sedang menyampaikan taklimat pada mahasiswa dan mahasiswi baru OUM

Pada 26 Feb 2012, lebih dari 400 orang guru yang telah berjaya ditawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (SMP) di bawah program PPG Kementerian Pelajaran Malaysia telah hadir di Hotel Heritage Ipoh sejak jam 8pg lagi.





Mereka adalah dikalangan 5,200 guru sekolah rendah diseluruh Malaysia yang telah ditawarkan untuk belajar di bawah program ini di Open University Malaysia.

Sebahagian dari para guru yang hadir untuk mendengar taklimat dan pendaftaran

Taklimat mengenai program ini telah dijalankan oleh Pengarah Open University Malaysia cawangan Perak iaitu Dr. Richard Ng. Beliau menjelaskan kaedah belajar di OUM serta peraturan yang digunapakai di OUM.

En. Faizal dari BPG sedang menyampaikan taklimat



Turut hadir Encik Faizal Mohd Noh, Penolong Pengarah BPG dan Encik Shamsahashimi Harun, Pengarah Unit Latihan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Program SMP-PPG ini adalah di bawah tajaan Kerajaan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia ke 10 bagi mengsiswazahkan lebih dari 50% guru sekolah rendah.

Encik Faizal Mohd Noh telah memberi taklimat mengenai tawaran program ini serta syarat tajaan dan Perjanjian Penajaan pada semua guru-guru yang hadir. Beliau menasihatkan guru-guru supaya bersyukur kepada kerajaan atas tajaan ini dan mengingatkan mereka bahawa wang tajaan datang dari cukai yang dibayar rakyat. Beliau mengingatkan agar mengorbankan sedikit masa untuk 4 tahun sehingga berjaya mendapat segulung ijazah.

Encik Shamsahashimi Harun turut menyampaikan nasihat pada guru-guru sekalian

Selepas itu Encik Shamsahashimi Harun berucap ringkas dengan menasihatkan guru sekalian supaya menggunakan peluang keemasan ini bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Di samping itu beliab juga menasihatkan agar guru-guru sentiasa kekalkan disiplin semasa belajar di OUM.

Ikrar pelajar

Ikrar pelajar

Pendaftaran Pelajar dan Pengambilam Modul

Pendaftaran Pelajar dan Pengambilam Modul

Taklimat tamat jam 12.30ptg dan disusuli dengan pendaftaran pelajar. Semua pelajar yang berjaya didaftarkan diberi modul pembelajaran yang disediakan OUM. Kelas tutorial pertama akan bermula pada 3 Mac 2012.

No comments: