Wednesday, September 19, 2012

Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri OUM Perak Disambut Meriah


 Pada 8 September 2012, OUM Perak telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri bermula jam 11pg hingga 1ptg. Majlis kali ini amat meriah kerana dihadiri lebih dari 150 orang yang terdiri daripada pelajar OUM Perak, para Tutor dan staf OUM Perak serta ahli keluarga mereka.








Majlis raya tahun ini telah meraikan seramai 20 orang anak yatim dari Persatuan Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih, Pusing, Batu Gajah, Perak.


Dalam ucapan aluannya, Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Aishah Bee Harun, iaitu pelajar OUM Perak yang telah membantu OUM Perak menguruskan jemputan anak-anak yatim ini. Dr. Richard Ng juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengurus Persatuan Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih iaitu Puan Rohana kerana telah turut sama meraikan Majlis kita ini.


Selepas ucapan beliau, Dr. Richard Ng secara spontan menghiburkan peserta dengan sebuah lagu raya berjodol "Satu Hari di Hari Raya" bagi mengingati anak-anak kecil yang tidak berdosa ini. Beliau juga berjanji akan membantu Persatuan ini dalam apa-apahal yang dapat dibantu.



Anak-anak yatim ini kemudiannya telah diberi duit raya sebelum mereka dijamah dengan berbagai juadah raya seperti lemang, nasi himpit, roti jala, satay serta berbagai kueh-mueh.


No comments: