Wednesday, September 19, 2012

OUM Perak Menyambut Hari Merdeka di Puncak Bukit Kledang pada 15 Sept 2012


 Lebih dari 70 orang pelajar, tutor dan staf OUM Perak telah menunjukkan patriotisma mereka dengan menyambut Hari Merdeka di puncak Bukit Kledang yang terletak kira-kira 600m (atau 2,000 kaki) tinggi di atas paras laut.



Mereka berkumpul sejak jam 6.30pg lagi dengan memakai baju kemeja T OUM berwarna hijau. Pendakian bermula tepat jam 6.45 pagi lagi dengan dipimpin oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng. Para peserta membawa jalur gemilang dengan penuh semangat mendaki bukit ini. Kira-kira sejam kemudian, semua peserta pun tiba di puncak bukit.



Staf OUM Perak memasang banner dan sistem PA sebelum sesi nyanyi lagu patriotk bermula. Apabila semua peserta telah tiba, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu. Ini disusuli oleh Ucapan Merdeka oleh Pengarah OUM Perak.



Dalam ucapannya, Dr. Richard Ng memberitahu para peserta tentang objektif majlis sambutan merdeka di adakan di puncak bukit adalah untuk mengingati pengorbanan yang telah dibuat oleh para pemimpin kemerdekaan seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Loke serta Tun Sambanthan. Beliau menyeru para peserta supaya mencari erti kemerdekaan yang boleh didapati dengan mudahnya dalam Internet.


Klip video Ucapan Kemerdekaan Pengarah OUM Perak:



Dr. Richard juga mengucapkan syabas pada semua peserta kerana telah berkorban masa untuk turut serta dengan OUM Perak dalam menjayakan aktiviti bersejarah. Beliau amat bangga dengan penyertaan kali ini yang menampakkan lebih dari 70 orang hadir berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahun 2012 merupakan kali keempat perayaan seperti ini diadakan di puncak Bukit Kledang di tapak yang sama sejak tahun 2007.

Klip video nyanyian Lagu Jalur Gemilang:



Klip video nyanyian lagu KeranaMu:




 Beliau menyeru semua peserta supaya memupuk semangat cintakan negara dengan berpegang kepada Rukun Negara serta konsep 1Malaysia agar kita teruskan hidup harmoni antara kaum bagi memastikan negara kita terus pesat membangun.



Sebelum majlis bersurai, para peserta sama-sama melaungkan Merdeka 3 kali dan menyanyikan lagu patrotik dengan sekuat-kuat hati mereka. Perayaan merdeka tamat kira-kira jam 9pg dan semua peserta pun mula beredar ke destinasi masing-masing.

No comments: