Friday, February 27, 2009

Peperiksaan Pertengahan Semester (Mid Semester Exam)

Peperiksaan pertengahan semester untuk semester Jan 2009 akan diadakan dari 6 Mac 2009 hingga 8 Mac 2009. Peperiksaan ini diadakan untuk subjek tertentu yang dikelaskan sebagai subjek dengan kaedah penilaian format A di mana 20% daripada jumlah keseluruhan penilaian pelajar akan diberikan melalui peperiksaan ini.

Selain daripada peperiksaan pertengahan semester, pelajar-pelajar OUM juga akan diberikan 5% untuk pembabitan aktif atas talian melalui forum perbincangan (OLP), 35% untuk tugasan dan yang selebihnya untuk peperiksaan akhir semester.

Di OUM Perak, semua pelajar akan menduduki peperiksaan pertengahan semester pada lokasi seperti berikt:

6 Mac - PP Perak Jln Lim BO Seng
7 Mac - PP Perak Jln Lim Bo Seng
8 Mac - ITP (bersebelahan dengan bangunan persekutuan dan Greentown Business Center)

Peta lokasi Institut Teknologi Perak (ITP) adalah seperti di bawah:
Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

No comments: