Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan puteri kesayangan PM Dr. Maselan Bin Ali dan Ara ZainonBinti Mohamed iaitu Masjuniwati dengan Helmi. Majlis ini telah dilangsungkan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. PM Dr. Maselan adalah dari fakulti Sains dan Teknologi, Open University Malaysia.
Klip video upacara merenjis oleh Tan Sri Anuwar serta Puan Sri:
Sebagai rakan kerja di OUM, kami semua dari kalangan ahli akademik telah dijemput ke Majlis. Turut hadir, Tan Sri Prof. Emeritus Anuwar Ali iaitu Presiden dan Naib Canselor OUM serta Puan Sri. Juga tidak ketinggalan Prof. Dr. Rosli serta isteri, En. Repin, Che Omar, Prof. Ramli Baharoom serta lain-lain ahli akdemik OUM.
Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 800 orang telah bermula pada jam 8.45 petang. Para tetamu telah dihiburkan dengan berbagai tarian tradisional.
No comments:
Post a Comment