Tuesday, November 10, 2009

Majlis Makan Malam Pra-Graduasi 2009 @ OUM Perak

10 November 2009

Lebih dari 150 orang graduan OUM Perak dan keluarga mereka telah berkumpul di Dewan Banquet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Perak, di Ipoh bagi meraikan kejayaan mereka pada 7 November 2009 bermula jam 7 malam. Turut hadir, tetamu kehormat, YBhg Prof. Dr Mohd Kidin Bin Shahran, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi OUM serta isteri.

Meja VVIP: Dari kiri - Mantan YB Salleh Mat Disa, YB Dato Hasbullah, Pak Sani, Prof. Kidin, Isteri Prof. Kidin, Richard Ng, YB Zahir, isteri YB Zahir, isteri YB Dato' Hasbullah

Prof. Dr. Mohd Kidin sedang menyampaikan ucapannya

Ucapan dari Pengerusi Majlis Makan Malam Pra-graduasi 2009, YB Dato' Hasbullah Osman

Majlis makan malam ini telah dianjurkan oleh satu jawatan kuasa alumni OUM Perak yang dipengerusikan oleh YB Dato' Hasbullah Bin Osman. Dato' Hasbullah adalah antara 7,000 orang graduan yang akan berkonvo dari 14 hingga 18 November 2009 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC KL. Syabas kami ucapkan pada graduan-graduan semua. Lain-lain ahli jawatan kuasa termasuk mantan YB Salleh Mat Disa sebagai timbalan, Sdra Anuar, Sdra Azhari, Puan Tina Leong, Sdra Chow Kin Wai dan Sdra Chew Ming Chung. Mereka telah dibantu oleh staf OUM Perak.

Sdra Azhari sedang menerima cenderahati tanda penghargaan dari Pengarah OUM Perak diiringi oleh YB Dato' Hasbullah Osman

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli Exco Kerajaan Perak (Pendidikan Tinggi), YB Mohd Zahir Bin Dato' Khalid serta isteri. Juga kelihatan dalam majlis ini ialah Pak Sani, pembantu khas MB Perak.

Sebahagian dari graduan serta keluarga

Tutor senior dari kiri: Puan Lin, Mr. Koay (Lead Tutor), Mr. Sree, Tn. Hj. Idris (Lead Tutor)

Sebahagian dari tutor yang hadir

Majlis pada malam ini penuh dengan nostalgia kerana para graduan dapat bertemu kembali tutor kegemaran mereka di samping berjumpa dengan kawan-kawan seperjuangan mereka. Pada majlis ini juga turut diadakan nyanyian karaoke serta cabutan bertuah. Para peserta majlis telah dikenakan bayaran sebanyak RM50 seorang dan kanak-kanak RM30 seorang. Majlis ini yang berjalan dengan jayanya juga telah mendapat sumbangan dari kelab alumni OUM serta tajaan dari syarikat korporat seperti Saici Cnstruction Sdn. Bhd., ARH S/B, Era Mercubina, Nazfaizal S/B serta Saroni Entreprise.

Gambar graduan serta keluarga mereka

Dalam ucapan aluannya, Pengarah OUM Perak, Richard Ng, mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan yang hadir. Beliau mengingatkan hadirin bahawa Jawatan Kuasa Majlis Makan Malam telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan majlis ini. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Sdra Azhari Bin Abu kerana telah menjalankan tugasnya dengan amat baik. Beliau juga mengingatkan graduan supaya tidak sombing da bongkak setelah mendapat sekeping ijazh yang diidam-idamkan selama ini. Sebaliknya graduan seharusnya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dana negara.

Di meja VVIP dari kiri: YB Mohamad Zahir, Isteri YB Zahir dan Isteri Dato' Hasbullah

Di meja VVIP, dari kiri: Mantan YB Salleh Mat Disa, YB Dato' Hasbullah serta Pak Sani, pembantu khas MB, sedang menikmati makan malam yang dihidangkan

Prof. Kidin yang mewakili pengurusan tertinggi OUM dalam ucapannya menyentuh tentang graduan yang kini bergelar alumni OUM dan menyeru mereka supaya memainkan peranan yang penting dalam menyanjung nama baik OUM. Beliau juga menghantar pesanan Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM yang tidak dapat bersama pada malam itu.

Mantan YB Salleh (kiri) dan YB Dato' Hasbullah turut menghiburkan hadirin dengan persembahan yang cukup mantap

Pengerusi Majlis Makan Malam, YB Dato' Hasbulah Bin Osman, dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau amat berterima kasih kepada semua tutor-tutor yang telah bekerja keras dalam membantu pelajar sehingga berjaya. Beliau juga menyatakan rasa terhutang budinya kepada tutor serta OUM kerana memberi peluang kepadanya serta rakan-rakan seperjuangan yang lain. Beliau juga mengingatkan para graduan supaya menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi dan seboleh-bolehnya belajar di OUM. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun beliau dan rakan-rakan lain yang bergelar YB akan tetapi mereka menganggap mereka tidak ada beza dengan pelajar lain. Beliau juga turut menyentuh kehadiran Ahli Exco Perak YB Mohd Zahir menunjukkan sokongan kerajaan terhadap apa yang OUM lakukan di Perak.

BETESL graduates with their tutors, seated from left: Mr. Ernest and Mr. Nadarajan

Majlis makan malam turut dimeriahkan dengan sesi karaoke di mana para hadirin dapat mendengar suara merdu dari mantan YB Salleh, YB Dato' Hasbullah, Sdra Anuar serta Pak Sani. Turut diadakan adalah cabuta bertuah di mana 13 hadiah telah disediakan.

Prof. Kidin sedag menyampaikan hadiah cemerlang kepada graduan Master of Education

Seorang lagi graduan cemerlang Aida Omar sedang menerima hadiah cemerlangnya


Graduan BETESL sedang meneriam hadiah cemerlangnya

Pada majlis yang sama, seramai 21 orang graduan cemerlang OUM Perak telah menerima hadiah cemerlang universiti dari Prof. Dr. Kidin.

Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang menerima cenderahati dari YB Dato' Hasbullah serta mantan YB salleh sebagai tanda penghargaan mereka kepada OUM

YB Zahir sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada tutor kanan Sdra Yusni

Sebelum tamat majlis makan malam ini, satu sesi Gambarfoto telah diadakan untuk semua graduan. Majlis tamat pada jam 10.30 malam.

Gambar secara kumpulan semua graduan bersama VIP

Ahli jawatan kuasa Majlis Makan Malam serta pihak pengurusan OUM Perak mengucapkan terima kasih kepada semua staf OUM Perak yang telah bekerja keras untuk membantu menjayakan majlis ini.

Barisan staf yang telah membantu dalam menjayakan majlis. dari kiri: Hamid, Kamaruddin, Ros, Murni, Tina Leong, Jansen, Fahmi, Alfa, isteri Fahmi, Shah, Ilah, dan Zura


Bagi mereka yang berminat untuk membeli CD mengandungi 100 keping gambar serta video pada Majlis Makan Malam Pra-graduasi 2009, sila hubungi Puan Ros di talian: 05-2546006. Setiap CD berharga RM20 sahaja.

No comments: