Pada 29 Nov 2009 bersamaan hari Ahad, telah berlangsungnya bengkel kecemerlangan peperiksaan bagi berbagai subjek untuk pelajar baru ambilan semester September 2009 dan pelajar senior OUM Perak.
Bagi subjek BBMP1103 Matematik Pengurusan, seramai 16 orang telah hadir mengikuti bengkel ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Richard Ng, iaitu tutor subjek ini merangkap Pengarah OUM Perak.
Semasa bengkel ini, pelajar telah diberikan tunjuk ajar bagaimana cara menghadapi peperiksaan akhir yang akan dijalankan pada 17 Disember 2009. Pelajar juga telah diberikan tips mengenai jenis soalan yang lazim keluar dalam peperiksaan akhir.
Bengkel ini yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dijalankan selama 4 jam sehingga 12.30 tgh. Sesi ini telah dirakamkan bagi membolehkan pelajar membuat rujukan semula. Klip video ini juga dapa memberika manfaat kepada pelajar yang tidak dapat hadir. Klip rakaman ini dapat dilihat di sini.
Selain daripada nota dan klip video, pelajar yang hadir juga telah disediakan dengan sarapan pagi hasil sumbangan OUM.
No comments:
Post a Comment