Wednesday, August 18, 2010

Perancangan Bijak ke Arah Kejayaan

Sesi Semester September 2010 kian menjelang tiba walaupun masih ada lagi pelajar OUM yang masih mengambil peperiksaan akhir semester Mei sehingga 27 Ogos 2010. Hari pendaftaran dan pengambilan modul di OUM Perak telah ditetapkan pada 22 Ogos untuk pelajar BPG dan 29 Ogos untuk pelajar lain.

Sebahagian dari pelajar OUM Perak yang hadir semasa hari pendaftaran dengan penuh semangat

Seperti biasa pada hari pendaftaran pelajar dikehendaki menjelaskan yuran semester mereka yang mana jumlahnya bergantung kepada bilangan subjek serta tahun pengajian. Bagi kebanyakan pelajar OUM yang akan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi dan kebetulan bertembung dengan semester September pula kali ini, maka perancangan yang bijak perlu dibuat dari segi kewangan mereka.

Suasana Majlis Konvokesyen OUM

Masalah kewangan sering menjadi salah satu faktor di mana ramai pelajar memohon untuk menangguh pengajian mereka. Ini berlaku kerana tidak ada perancangan yang bijak dilakukan dalam hal mengurus kewangan. Jangan kerana masalah ini cita-cita kita untuk mendapatkan segulung ijazah tidak kesampaian.

Salah satu sesi tutorial yang dijalankan di OUM Perak

Walau bagaimanapun, OUM memang sentiasa peka dan prihatin akan masalah pelajar. Justeru, berbagai kaedah pembayaran disediakan. Di OUM, pelajar boleh membiayai yuran mereka melalui kaedah berikut:

a. Pinjaman PTPTN
b. Pengeluaran KWSP
c. Simpanan
d. Pinjaman Bank
e. Tajaan

Pelajar juga boleh memilih untuk membuat bayaran melalui kaedah berikut:

a. Tunai
b. Cek dibayar atas nama UNITEM
c. Kad Kredit
d. Secara Online
e. Melalui Bank Islam

Pelajar yang ingin membuat pinjaman PTPTN mestilah memenuhi syarat berikut:

a. Berumur tidak melebihi 45 tahun
b. Program pembelajaran Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
c. Kemasukan secara langsung iaitu sijil STPM atau Diploma

Laman web PTPTN

Pelajar boleh membuat permohonan secara online melalui laman web: www.ptptn.gov.my. Biasanya pinjaman ini mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan untuk mendapatkan kelulusan.

Bagi pelajar yang mempunyai simpanan akaun 2 KWSP yang mencukupi bolehlah membuat permohonan memlalui pejabat KWSP yang berhampiran. Pelajar dikehendaki mendapatkan surat tawaran dan pengesahan dari OUM dengan membuat permohonan melalui e-CRM yang terdapat dalam myVLE mereka.

Bagi pelajar yang bercadang untuk membayar melalui simpanan sendiri adalah dinasihatkan untuk membuat simpanan sekurang-kurangnya RM400 sebulan. Simpanan yang mencukupi bila dibayar sebelum hari Tutorial pertama akan diberi diskaun sebanyak 10%. Sila lihat Jadual di bawah:

Sila klik pada jadual untuk melihat imej yang besar

Bagi pelajar yang mempunyai masalah kewangan adalah dinasihatkan untuk membuat perancangan seperti berikut:

Contoh: 1 (Pilihan 3 subjek) = RM1,845.00*.

Bayar RM700 semasa pendaftaran dan baki sebanyak RM1,145.00 dibayar secara ansuran setiap bulan sebelum tamat semester.

Contoh: 2 (Pilihan 2 subjek) = RM1,270.00*.

Bayar RM700 semasa pendaftaran dan baki sebanyak RM570.00 dibayar secara ansuran setiap bulan sebelum tamat semester.

Contoh: 3 (Pilihan 1 subjek) = RM695.00*

Bayar sepenuhnya semasa hari pendaftaran dan terima diskaun sebanyak 10% iaitu penjimatan sebanyak RM69.50

Apapun, buatlah perancangan terbaik bagi diri anda agar kita tidak berputih mata.

Untuk keterangan lanjut sila berjumpa dengan Pengarah ataupun Pentadbir OUM Perak.

==========================

Maklumat terbaru mengenai Pinjaman PTPTN dari Sdra MIOR NOORIZHAM FAIRUZ BIN MIOR AZHAM (OUM Induk)

Dimaklumkan bahawa pihak PTPTN telah mengarahkan pelajar agar membuat permohonan pinjaman PTPTN hanya melalui laman web PTPTN di www.ptptn.gov.my berkuatkuasa 16 Jun 2010.

Kategori pelajar atau pemohon yang terlibat dan perlu untuk membuat permohonan baru di laman web tersebut adalah seperti berikut :

1. Permohonan baru (pelajar yang belum dan tidak pernah memohon).

1. Pelajar yang telah membuat permohonan baru pinjaman PTPTN online bermula 16 Jun 2010.

1. Permohonan semula bermula 16 Jun 2010 yang disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif”.

Pelajar boleh menggunakan semula nombor PIN yang sama bagi tujuan tersebut. Sekiranya nombor PIN terdahulu tidak boleh diguna semula, pelajar perlu mendapatkan nombor PIN yang baru di mana-mana cawangan BSN.

KATEGORI PELAJAR YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN ARAHAN DI ATAS ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. Pelajar yang telah mendapat kelulusan Tawaran Pinjaman PTPTN bertarikh 22 Jun 2010 dan sebelumnya.

1. Pelajar yang pernah menerima atau telah mendapat bayaran pertama daripada PTPTN.

1. Permohonan yang ditolak disebabkan masalah “Kursus Tidak Aktif” daripada program BITN, BHM & BTRM (sehingga diberitahu kelak).

Sebarang masalah berkaitan sistem permohonan pinjaman PTPTN onlne, sila hubungi PTPTN hotline di talian 03 – 2092 7788.

1 comment:

ALIWIRA said...

Terlebih dahulu saya dan rakan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh warga OUM Perak khususnya dan OUM amnya dan tidak lama lagi akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 10 Sept .
Tidak lupa juga saya dan rakan ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada pihak OUM Perak terutama kepada Pengarah Dr Richard dan semua kakitangan termasuk semua pensyarah yang telah mengajar kami sehingga kami telah bergelar GRADUAN . Semuga nastolgia di OUM akan berkekalan untuk selama-lamanya . Untuk pengetahuan tuan-tuan saya dan rakan-rakan telah menerima ijazah masing-masing pada 22 Jun lalu(Konvokesyen ke 8)semuga ianya menjadi kebanggaan untuk semua .

Semuga OUM terus maju .

Ali Ismail
Mohd Fadhullah Abd Hamid
Mohd Said Zakaria