Ogos 26, 2010
Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM Perak
Pihak OUM Perak ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawarkan berbagai kursus ambilan semester Mei 2010.
Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill
Seramai 100 orang pelajar dijangka akan hadir pada hari Ahad 5 September 2010 untuk mendengar taklimat mengenai OUM sebelum sesi pendaftaran dijalankan. Pelajar program diploma dan ijazah sarjana muda dikehendaki hadir pada jam 8.30 pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.
Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing melalui pautan berikut:
http://onlineapps1.oum.edu.my/quality/login_db_accept.asp
Taipkan nombor kad pengenalan anda dan klik "Check Status".
Jika anda berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM, anda akan dapat melihat skrin seperti di bawah:
Pastikan anda cetak surat tawaran dan segala borang yang dikehendaki. Lengkapkan borang ini dan bawa bersama anda semasa sesi pendaftaran bagi melicinkan proses pendaftaran anda.
Bagi mereka yang melihat skrin seperti di bawah:
Sila hubungi kami di OUM Perak melalui talian: 05-2546006 atau 05-2490920 untuk keterangan dan semakan lanjut.
Taklimat serta pendaftaran akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill iaitu pusat pembelajaran terbaru OUM Perak. Alamat pusat pembelajaran ini ialah No. 55 - 57, Persiaran Greenhil, 30450 Ipoh, Perak. No. telefon untuk dihubungi kiranya terdapat sebarang kemusykilan ialah: 05-2490290 atau 05-2490292. Sila hubungi Pentadbir kami iaitu Puan Siti Norjalilah atau Puan Erna. Peta lokasi pusat ini adalah seperti di bawah.
Peta lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill
Pelajar baru dinasihatkan untuk membawa bersama anda perkara berikut semasa membuat pendaftaran:
1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran serta semua dokumen yang diperlukan
3. Sijil kelayakan asal
4. Yuran pengajian minimum RM700
Semua pelajar program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda diingatkan supaya hadir pada jam 8.30pagi manakala pelajar program pasca ijazah iaitu MBA dan MEd dikehendaki hadir pada jam 2.30 petang.
Sesi taklimat dan pendaftaran untuk program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dijangka tamat pada jam 12.30tgh.
Bagi mereka yang berminat untuk belajar di OUM untuk sesi ambilan semester September 2010, tarikh tutup permohonan ialah pada 3 September. Anda juga boleh hadir pada 5 September untuk membuat pendaftaran secara "walk-in" dengan syarat anda layak dan anda ada membawa segala dokumen yang diperlukan beserta dengan pembayaran minimum RM700.
Bagi mereka yang memiliki sijil SPM atau PMR dan berumur tidak kurang dari 21 tahun pada 1 Januari 2010, anda dikehendaki menduduki satu ujian kemasukan "Flexible Entry" terlebih dahulu. Keterangan lanjut ujian ini ada di sini: http://capl.oum.edu.my/v3/index.php?op=view&m=6&page=83
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment