Tuesday, September 28, 2010

Bengkel Kemahiran Belajar Semester Sept 2010

Pada tarikh 19 September 2010, pihak OUM Perak sekali lagi telah menganjurkan bengkel kemahiran belajar untuk semua pelajar baru ambilan semester September 2010. Bengkel kali ini menampakkan sedikit kelainan kerana 3 modul baru telah digunakan bagi menggantikan 3 modul yang lama.


Modul baru ini telah memuatkan isi kandungan terkini yang mencerminkan sistem arah tuju OUM untuk pelajar-pelajarnya. Pelajar telah didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang digunapakai di OUM. Pelajar juga telah diajar berbagai kemahiran belajar seperti kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran menggunakan sistem myVLE bagi membantu pelajar dalam pengajian mereka.




Bengkel selama setengah hari ini telah dihadiri kiri-kira 80 orang pelajar dari sejumlah 90 orang pelajar yang sepatutnya hadir. Ini bermakna peratus kehadiran kali ini mencecah hampir 90% dan dikiran sebagai satau pencapaian pada pihak kami.




Setiap modul telah dikendaliklan oleh seorang tutor kanan yang berpengalaman. Antara pemudahcaranya termasuk Sdra Hariharan, Hj. Idris dan Sdra Yusni.

Bagi pihak OUM Perak, kami ucapkan syabas pada semua peserta bengkel semoga ianya dapat membantu mereka dalam pelajaran mereka. Bengkel yang bermula pada jam 8.30pg tamat pada jam 12.30tgh.

No comments: