Lawatan ini merupakan lawatan YBhg Tan Sri untuk melihat dengan lebih dekat bangunan yang dipilihnya sendiri untuk dijadikan Pusat Pembelajaran Greenhill semasa beliau melawat OUM Perak pada 28 Feb 2009. Ini adalah janji beliau kepada pelajar PP Greentown pada masa itu bahawa OUM akan menyediakan kemudahan terbaik kepada semua pelajarnya.
Justeru lawatan ini sudah tentu cukup bermakna sekali bukan sahaja buat YBhg Tan Sri malahan juga seluruh warga OUM Perak yang begitu kagum bahawa inilah satu-satunya negeri di mana terdapat dua buah bangunan kepunyaan OUM sendiri.
Rombongan VIP ini tiba tepat jam 10.47 pagi dengan mengambil keratapi terbaru ETS dari Kuala Lumpur ke Ipoh. YBhg Tan Sri menyatakan rasa amat puas hati dengan kemudahan keretapi baru ini yang cukup selesa dan tepat pada waktunya.
Pengarah OUM Perak, Richard Ng bersama semua staf OUM Perak telah menyambut kedatangan VIP kita setibanya di Pusat Pembelajaran Greenhill. Pengarah juga telah menunjukkan slaid bergambar lawatan Tan Sri pada tahun lepas bagi mengimbas kembali sejarah penubuhan PP Greenhill. Kata Pengarah, bangunan baru ini juga telah menerima kunjungan dari Zimbabwe, Indonesia dan Thailand pada bulan Jun dan Julai lepas.

Dalam ucapannya, YBhg Tan Sri menegaskan betapa pentingnya staf OUM dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar-pelajar OUM. Beliau juga mengucapkan syabas pada semua staf OUM Perak kerana telah menjalankan kerja masing-masing dengan baik. Beliau juga menasihatkan agar bangunan ini dipelihara dengan baik.
Beliau beserta dengan Prof. Mansor dan Prof. Rosli telah menjelajah seluruh bangunan bagi melihat kemudahan yang telah disediakan. Secara keseluruhannya, beliau menyatakan rasa amat puas hatinya terhadap penyelengaraan bangunan ini.
Selepas sesi lawatan ini, beliau serta rombongan telah diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Restoran Simpang Tiga sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur untuk tugasnya yang seterusnya.
Bagi pihak warga OUM Perak, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada YBhg Tan Sri, Prof. Mansor dan Prof. Rosli kerana telah membuat satu keputusan terpenting dan tepat untuk pelajar PP Greenhill.
2 comments:
Tahniah Richard. Mudah-mudahan dengan kepimpinan Richard, PP Greenhill akan menjadi model PPW kita.
Terima kasih En. Repin. Dengan kerjasama semua staf OUM Perak serta sokongan OUM induk saya pasti kita boleh mencapai yang kita kehendaki.
Kami harap En. Repin akan dapat mengunjungi OUM Perak dalam masa terdekat.
Terima kasih sekali lagi.
Post a Comment