Tuesday, September 28, 2010

Hari Taklimat dan Pendaftaran Pelajar OUM Perak Ambilan September 2010

Seramai 72 orang Pelajar baru untuk ambilan semester September 2010 OUM Perak telah hadir untuk sesi taklimat dan pendafataran pada 5 September 2010.



Sesi tersebut yang bermula pada jam 8.30pg telah diadakan di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh. Sesi taklimat telah dimulakan dengan ucapan YBhg Tan Sri Dr. Anuwar Ali, Presiden/Naib Canselor Open University Malaysia (OUM) melalui rakaman video. Antara lain, beliau mengucapkan syabas pada pelajar baru kerana berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM. Beliau menasihatkan pelajar agar berusaha dengan gigih agar dapat mencapai segala impian mereka selama ini.





Sesi taklimat telah dijalankan oleh Pengarah OUM Perak, Richard Ng. Pelajar diberi taklimat mengenai kaedah pembelajaran baru serta sistem sokongan yang sedia ada di Open University Malaysia. Pelajar juga dinasihatkan supaya sentiasa mendampingi modul yang disediakan OUM. Pelajar baru juga telah ditunjukkan secara atas talian, sistem sokongan Pengurusan Pelajar iaitu myVLE yang amat penting untuk pelajar OUM.



Sesi taklimat tamat pada jam 11.00pg dan pelajar seterusnya menyelesaikan segala bayaran yang dikenakan. Pendaftaran pelajar tamat pada jam 1.30tgh.


Secara keseluruhannya, bilangan pelajar bukan Melayu telah meningkat ke 40% berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini di mana hanya terdapat 10% sahaja pelajar bukan Melayu yang berdaftar.

Ini satu petanda yang baik di mana OUM telah diterima semua kaum selaras dengan semangat 1 Malaysia.

No comments: