Sunday, October 24, 2010

Majlis Makan Malam Para Graduan OUM Perak


Bagi pihak OUM Perak, saya ucapkan syabas kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan semester Januari dan Mei 2010. Pelajar ini akan dianugerahkan dengan sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana serta Ijazah Kedoktoran pada Konvokesyen OUM yang Ke 9 yang akan dilangsungkan dari 20 hingga 23 November 2010 di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.



Bagi meraikan kejayaan mereka, satu Majlis Makan Malam akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 November 2010
Masa: 7mlm - 10mlm
Tempat: Tingkat 5, Hotel Excelsior, Ipoh, Perak
Harga Tiket: RM30 seorang (kanak-kanak atau dewasa).

Oleh kerana tempat adalah terhad, sila hubungi Puan Murni atau Puan Ros di talian 05-2546006 untuk mengesahkan tempat.

Para graduan serta ahli keluarga adalah dijemput hadir. Tutor serta pelajar OUM Perak juga digalakkan untuk hadir bagi turut serta untuk meraikan para graduan sekalian.

Bagi pelajar yang telah tamat pengajian dan masih belum mengetahui status konvo mereka, sila semak di sini.

No comments: