Sejarah tercipta hari ini di OUM Perak apabila Persatuan Pelajar OUM Perak telah ditubuhkan dengan perlantikan ahli jawatan kuasa yang pertama.
Ahli-ahli jawatan kuasa adalah seperti berikut:
Pengerusi: En. Tangarajie
Timbalan Pengerusi: Cik Rozita
Setiausaha: Cik Elina
Bendahari: Cik Yuslina
AJK: Cik Azlin, Cik Norazlin dan Cik Norsuhaida
Lain-lain AJK akan ditambah dari masa ke semasa.
AJK Persatuan Pelajar OUM Perak. Dari kiri: Elina, Yuslina, Rozita, Tanga, Richard Ng (Pengarah OUM Perak), Norsuhaida, Norazlin, Azlin
Antara objektif penubuhan Persatuan ini adalah untuk menjadi jambatan penghubung antara pelajar dengan pihak pengurusan OUM Perak. Persatuan ini juga diharap dapat memainkan peranan penting di samping Persatuan Alumni yang sedia ada. Beberapa aktiviti telah dirancang termasuk membantu OUM Perak untuk mengendalikan Majlis Makan Malam bagi meraikan para graduan OUM Perak tahun 2010 yang akan diadakan di Hotel Excelsior Ipoh pada 13 November 2010. Pada 5 Disember pihak OUM Perak akan menjadi tuan rumah kepada sukan OUM Zon Utara dan diharap Persatuan Alumni dan Persatuan Pelajar OUM Perak dapat turut serta untuk membantu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment