Tuesday, October 5, 2010

Sesi Perjumpaan Pengarah dengan Pelajar OUM Perak

Mulai semester September 2010, Pengarah OUM Perak akan mengadakan sesi perjumpaan dengan pelajar-pelajar OUM Perak.

Sebahagian dari pelajar SMP yang sempat berjumpa dengan Pengarah OUM Perak

Perjumpaan pertama telah diadakan pada 2 Oktober di mana seramai 23 orang telah berjaya mengadakan sesi perbincangan. Perjumpaan ini adalah salah satu usaha OUM untuk memahami dengan lebih dekat lagi masalah yang dihadapi oleh pelajar.




Pada perjumpaan pertama pada 2 Oktober jam 10.05 pagi, seramai 7 orang pelajar program SMP kohot 3 dan 4 telah dijemput untuk menghadiri perjumpaan dengan Pengarah OUM Perak, Richard Ng. Semasa perjumpaan tersebut pelajar telah ditanya mengenai masalah yang dihadapi. Secara am, pelajar SMP menyatakan rasa puas hati mereka setelah dipindahkan dari pusat pembelajaran IPIP ke PP Perak di Jalan Lim Bo Seng. Mereka amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan serta tutor yang mengajar mereka.

Pengarah juga telah menasihatkan mereka supaya banyak menggunakan E-CRM iaitu salah satu usaha OUM untuk merekodkan aduan pelajar kiranya pelajar menghadapi sebarang masalah.

Sesi pertemuan dengan pelajar Bacelor of Nursing

Pada jam 12.30tgh pula kumpulan pelajar SMP lain pula sempat bertemu dengan Pengarah. Sekali pelajar yang ditemui tidak menghadapi masalah besar kecuali masalah dengan tugasan dan akreditasi program.

Pada keesokan harinya pula iaitu pada hari Ahad 3 Oktober, Pengarah telah bertemu dengan 7 orang pelajar program Bacelor of Nursing. Antara masalah yang dibangkitkan termasuk jadual latihan praktikal serta tempoh latihan praktikal yang panjang. Pelajar meminta supaya jadual dapat disediakan dengan lebih awal supaya pelajar dapat memohon cuti untuk menghadiri kuliah dan latihan mereka.

Sasaran OUM ialah supaya setiap Pengarah dapat berjumpa sekurang-kurangnya 20 orang sehari pada hari tutorial dijalankan. Semua masalah yang berbangkit akan diambil tindakan susulan dengan segera.

Perjumpaan Pengarah OUM Perak seterusnya ialah pada hari Sabtu dan Ahad depan iaitu pada 9 dan 10 Oktober. Perjumpaan akan datang ini akan diadakan dengan pelajar Pusat Pembelajaran Greenhill pula di mana ramai pelajar Open Market ditempatkan.

No comments: