Para pelajar sedang mendaftarkan diri untuk mengikuti bengkel
Adalah wajib bagi setiap semester pelajar baru OUM hadir ke Bengkel Kemahiran Belajar. Ini adalah kerana bengkel seperti ini dapat memberi manfaat pada pelajar sebelum tutorial bermula.
Pada 9 Januari 2011, lebih dari 75% pelajar baru OUM Perak telah hadir ke bengkel ini yang diadakan di Pusat Pembelajaran Greenhill, Ipoh, Perak bermula pada jam 8.30pg hingga 1.00tgh.
Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng sedang mengendalikan bengkel
Dalam bengkel ini, pelajar didedahkan kepada pelbagai kemahiran belajar termasuk kemahiran menggunakan MyVLE iaitu portal sokongan pembelajaran yang dibangunkan oleh OUM. Pelajar juga dibimbing mengenai cara belajar secara kendiri, atas talian serta menghadiri kuliah.
Beginilah wajah pelajar yang begitu serious mengikuti bengkel
Sebagai warga kerja dan pelajar yang telah meninggalkan bangku sekolah dan kini kembali belajar di universiti sudah tentu akan menghadapi berbagai cabaran dan dugaan. Maka salah satu modul bengkel ini akan membimbing pelajar cara untuk mengharungi cabaran ini supaya cita-cita murni pelajar tercapai.
Mr. Koay juga turut terlibat menjayakan bengkel
Bengkel ini yang mengandungi 3 modul telah dikendalikan dengan baik oleh tiga orang pemudahcara iaitu Dr Richard Ng, selaku Pengarah OUM Perak serta En. Yusni dan Mr. Koay. Bengkel ini diadakan secara percuma dan pelajar juga disediakan dengan sarapan pagi oleh pihak OUM.
Pengarah OUM Perak Dr Richard Ng sedang menyampaikan hadiah misteri kepada Norin kerana berjaya menjawab soalan cepumas semasa bengkel
Dari pada wajah pelajar, jelas kelihatan bahawa mereka mempunyai semangat yang tinggi dan kepinginkan ijazah masing-masing. Pihak OUM Perak akan melakukan yang terbaik bagi membantu pelajar-pelajarnya mencapai impian mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment