Sunday, January 9, 2011

OUM Perak penuh dengan aktiviti semalam 8 Jan 2011



Memang banyak "Happening" kat OUM Perak di Pusat Pembelajaran Greenhill semalam dengan cuaca yang begitu indah sekali.







Sejak awal pagi lagi pelajar baru telah hadir ke Pusat Pembelajaran Greenhill untuk mendengar taklimat OUM dan membuat pendaftaran bagi memulakan sesi semester Januari 2011. Pada hari yang sama juga diadakan sesi Prebiu dan Ujian Kemasukan Fleksibel. Di sebelah petang pula telah berlangsungnya sesi perjumpaan dengan semua tutor semester Januari 2011.



Taklimat pendaftaran telah bermula pada tepat jam 8.30pg dengan nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu OUM. Ianya diikuti dengan Bacaan Doa dan Ucapan dari YBhg Tan Sri Presiden OUM.



Pelajar baru kemudian telah diberikan taklimat oleh Pengarah OUM Perak iaitu Dr Richard Ng, mengenai peraturan akademik OUM dan perkara-perkara penting yang perlu diketahui pelajar apabila memulakan sesi pembelajaran mereka.



Sesi taklimat tamat pada jam 10.30pg dan diikuti dengan sesi pendaftaran. Dengan usaha gigih dan perancangan awal dari semua staf OUM Perak, pendaftaran berjalan dengan lancar sekali dan semua pelajar berjaya didaftarkan pada jam 12.00tgh.



Di sebelah petangnya pula pada jam 2.30 petang telah diadakan sesi perjumpaan dengan semua bakal tutor OUM Perak. Sesi pertemuan 2011 telah diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Safiah Yusof iaitu Ketua E-Learning dari OUM pusat. 90 orang tutor telah hadir untuk mendengar taklimat dari Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng.

Tutor telah dipesan supaya sentiasa memberi khidmat dan sokongan akademik terbaik kepada semua pelajar OUM. Mereka juga diingatkan akan KPI yang perlu dicapai sebagai seorang tutor.




Dr Safiah turut memberi nasihat kepada para tutor agar sentiasa memastikan tanggungjawab kita sebagai tutor dilaksanakan dengan terbaik. Beliau juga mengingatkan tutor supaya memastikan mereka tidak menangguh kelas tutorial mereka bagi mengelakkan masalah kepada pelajar. Sesi pertemuan dengan tutor tamat pada jam 4.30ptg.





Pada hari yang sama juga telah berlangsungnya peperiksaan akhir ulangan untuk kertas SBMA1103 di mana lebih dari 20 calon telah hadir untuk menduduki peperiksaan mereka di Pusat Pembelajaran Greenhill.

Seperti biasa, semua staf OUM Perak; Puan Zura, Sdra Ahmad Fahmi, Puan Ilah, Puan Murni, Puan Ros, Puan Erna, Sdra Sharizal, Sdra Wan Kamaruddin dan Sdra Yusri, telah bekerja keras bagi memastikan semua aktiviti yang berlangsung dijalankan dengan licin dan teratur. Segala laporan yang diperlukan siap dihantar pada hari yang sama.

No comments: