Monday, January 3, 2011

Hari Taklimat dan Pendaftaran Pelajar OUM Perak Ambilan Semester Januari 2011

Bagi pihak OUM Perak saya ucapkan "Selamat Tahun Baru 2011" kepada semua bakal pelajar OUM semoga hasrat dan cita=cita anda untuk mendapatkan sekeping Ijazah yang amat berharga ini tercapai.

Sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM Perak

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemohon yang berjaya ditawarkan berbagai kursus ambilan semester Januari 2011.

Bangunan Pusat Pembelajaran Greenhill

Seramai 120 orang pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dijemput hadir pada hari Sabtu 8 Januari 2011 mulai jam 8.30 pagi untuk mendengar taklimat mengenai OUM dan seterusnya membuat pendaftaran secara rasmi. Bagi pelajar program pasca ijazah iaitu PhD, MBA, MEd, MIDT dan MIS dikehendaki hadir pada hari Ahad 9 Januari 2011 mulai jam 10.00 pagi.

Taklimat serta pendaftaran akan dijalankan di Pusat Pembelajaran Greenhill iaitu pusat pembelajaran terbaru OUM Perak. Alamat pusat pembelajaran ini ialah No. 55 - 57, Persiaran Greenhil, 30450 Ipoh, Perak. No. telefon untuk dihubungi kiranya terdapat sebarang kemusykilan ialah: 05-2490290 atau 05-2490292. Sila hubungi Pentadbir kami iaitu Puan Siti Norjalilah atau Puan Erna. Peta lokasi pusat ini adalah seperti di bawah.

Peta lokasi Pusat Pembelajaran Greenhill

Pelajar baru dinasihatkan untuk membawa bersama anda perkara berikut semasa membuat pendaftaran:

1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran serta semua dokumen yang diperlukan
3. Sijil kelayakan asal
4. Yuran pengajian minimum RM700

Pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing melalui pautan berikut:

http://onlineapps1.oum.edu.my/quality/login_db_accept.asp

Taipkan nombor kad pengenalan anda dan klik "Check Status".

Jika anda berjaya ditawarkan untuk belajar di OUM, anda akan dapat melihat skrin seperti di bawah:


Pastikan anda cetak surat tawaran dan segala borang yang dikehendaki. Lengkapkan borang ini dan bawa bersama anda semasa sesi pendaftaran bagi melicinkan proses pendaftaran anda.

Bagi mereka yang melihat skrin seperti di bawah:


Sila hubungi kami di OUM Perak melalui talian: 05-2546006 atau 05-2490920 untuk keterangan dan semakan lanjut.



Bagi mereka yang berminat untuk belajar di OUM untuk sesi ambilan semester Januari 2011, tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Januari 2011. Anda juga boleh hadir pada 8 Januari 2011 untuk membuat pendaftaran secara "walk-in" dengan syarat anda layak dan anda ada membawa segala dokumen yang diperlukan beserta dengan pembayaran minimum RM700.

Bagi mereka yang memiliki sijil SPM atau PMR dan berumur tidak kurang dari 21 tahun pada 1 Januari 2010, anda dikehendaki menduduki satu ujian kemasukan "Flexible Entry" terlebih dahulu. Keterangan lanjut ujian ini ada di sini: http://capl.oum.edu.my/v3/index.php?op=view&m=6&page=83

No comments: