Sunday, June 26, 2011

Pelajar Baru OUM Perak Semester Mei 2010 dahagakan ilmu pengetahuan

Encik Yusni sedang memberi penjelasan mengenai perkara-perkara penting dalam subjek OUMH1303

Pada Sabtu lepas OUM Perak sekali lagi berjaya menganjurkan satu bengkel bagi membantu pelajar ambilan barunya. Seramai 44 orang pelajar telah hadir bagi mengikuti Bengkel Penyediaan Oral Communication OUMH1303.

Para pelajar yang hadir ke bengkel ini

Para pelajar sedang memberi tumpuan yang penuh semasa bengkel

Bengkel yang julung kali diadakan ini telah dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 1.00ptg di dewan A, OUM Perak, Jln Lim Bo Seng. Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang tutor kanan kita itu Encik Yusni yang memang mahir dalam subjek ini.





Dalam bengkel ini para pelajar telah diberi tunjuk ajar perkara-perkara penting dalam subjek ini terutama dalam bidang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Pelajar juga telah didedahkan berbagai kaedah komunikasi dalam suasana dan pemakaian yang berlainan.



Pemerhatian yang dibuat terhadap para peserta mendapati pelajar yang hadir amat dahagakan ilmu pengetahuan sehingga sanggup datang dari jauh dan mengorbankan masa demi bengkel yang dapat membantu mereka.

No comments: