Sunday, June 12, 2011
Bengkel Penyediaan Tugasan untuk Pelajar Ambilan Mei 2011 @ OUM Perak
OUM Perak sekali lagi menganjurkan Bengkel Penyediaan Tugasan bagi membantu pelajar-pelajar barunya memahirkan diri dalam penyediaan tugasan pada 11 Jun 2011.
Bertempat di OUM Perak, Jln Lim Bo Seng, bengkel ini telah disertai oleh 66 orang pelajar yang datang dari dekat dan jauh. Ada yang datang jauh dari Teluk Intan, Sitiawan dan Taiping.
Bengkel ini yang dikendalikan oleh Pengarah OUM Perak iaitu Dr. Richard Ng telah bermula tepat jam 8.30pagi. Para peserta telah tiba seawal jam 7.45 pagi dengan semangat dan naluri yang tinggi.
Dalam bengkel ini, para peserta telah didedahkan dengan ciri-ciri tugasan yang baik. Peserta juga telah diajar teknik mencari bahan tugasan dari digital library dan Google, format tugasan, sistem rujukan APA dan kaedah untuk mendapat markah yang tinggi berlandaskan rubric yang disediakan.
Soalan tugasan subjek OUMH1103 telah dijadikan sebagai bahan diskusi semasa bengkel. Soalan tugasan ini mengkehendakkan pelajar mencadangkan 3 kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar yang belajar secara online. Panjang tugasan ialah 2000 hingga 2500 patah perkataan atau 8 hingga 10 muka surat.
Para peserta juga telah diberi sampel tugasan yang baik untuk dijadikan panduan. Pada akhir bengkel ini kelihatan para peserta amat lega setelah memahami kaedah menyediakan tugasan. Ini adalah kerana ramai di kalangan pelajar OUM telah meninggalkan bangku sekolah lebih dari 5 tahun. Sudah tentu bengkel seperti ini amat membantu mereka dalam mengejar cita-cita mereka untuk mendapat segulung ijazah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terima kasih diatas inisiatif Dr Richard untuk mengadakan bengkel sebegini. harapan saya, ia akan dapat membantu saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyempurkan tugasan dengan baik. menurut garis panduan dan tips yang Dr Richard telah berikan dalam bengkel ini. terima kasih sekali lagi.
Terima kasih kembali. Moga-moga dapat sedikit sebanyak membantu
Post a Comment