Sunday, July 24, 2011

Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan OUMH 1103 dan OUMH1303



Seperti pada semester-semester yang lepas, Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan bagi membantu pelajar baru OUM berjinak dengan format peperiksaan untuk semester Mei 2011 telah diadakan pada 23 Julai 2011.





Bengkel ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi (8.30pg hingga 1.00ptg) untuk subjek OUMH1103 dan sesi petang (2.00ptg hingga 4.00ptg). Seramai 47 orang pelajar baru OUM Perak yang jauh dan dekat telah hadir bagi mengikuti bengkel ini.





Bengkel OUMH 1103 iaitu subjek Learning Skills for Open and Distance Learners telah dikendalikan oleh Dr Richard Ng, Pengarah OUM Perak. Beliau telah mengajar subjek ini sejak tahun 2004 lagi dan terlibat dengan pembangunan bank soalan serta merupakan salah seorang pmeriksa kertas untuk subjek ini.





Dalam bengkel ini, pelajar telah didedahkan dengan topik-topik serta perkara yang perlu diberi fokus semasa peperiksaan yang bakal diadakan pada 14 Ogos 2011 jam 2.00ptg. Sesi ini juga bertindak sebagai sesi ulangkaji bagi membantu pelajar mengingati apa yang mereka telah pelajari.



Pelajar telah didedahkan dengan Soalan-soalan peperiksaan semester lepas dan contoh jawapan juga telah disediakan bagi memudahkan pelajar memahami teknik menjawab soalan semasa peperiksaan nanti.



Bagi sesi petang pula, En. Yusni, iaitu salah seorang tutor kanan yang cukup berpengalaman dalam subjek OUMH 1303 iaitu English for Oral Communication, telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing pelajar. Beliau telah berkhidmat dengan OUM sejak tahun 2002 lagi.



Bengkel ini telah banyak membantu pelajar OUM terutama pelajar baru bagi menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Pihak OUM Perak amat prihatin dengan keperluan pelajar dan sentiasa berikhtiar untuk mengelolakan bengkel seperti ini pada setiap semester. Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa pelajar yany mengiukti bengkel mempunyai peratusan kelulusan yang tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak hadir.

2 comments:

Civil Drafter said...

Selamat Tengahari dan selamat sejahtera,
Tuan, saya merupakan seorang pelajar ambilan Mei,2011 berpusat di Selangor dan saya juga bakal menduduki peperiksaan OUMH 1103 dan OUMH 1303. Saya tertarik dengan blog OUM Perak dalam penyampaiannya yang agak komited menjadikan bakal graduan OUM lebih dinamik dan membentuk positif minda pelajar dengan menganjurkan beberapa bengkel yang berkaitan. Bertuah para pelajar OUM Perak ini dengan pendedahan teknik menjawab, pemahaman pembelajaran dll.

Bagaimana boleh saya dapatkan info/panduan (soalan lepasan beserta jawaban) mengenai bengkel yang telah dijalankan...? Ini kerana saya kurang yakin dengan pemahaman dan jawaban pada kertas soalan semester Januari 2011. Ini penting bagi mempersiap dan mempertingkatkan diri untuk peperiksaan pada minggu ini. Terima kasih.

Josialyn Martin said...

Selamat Sejahtera. Saya pelajar OUM Johor.
Bolehkah profesor post sampel soalan dan jawapan OUMH 1303? serta topic penting yg harus difokus.
Please.