Monday, January 9, 2012

OUM Perak anjurkan Program Senamrobik 2012 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Ipoh



OUM Perak mengambil langkah ke arah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan Program Senamrobik 2012 untuk warga Ipoh.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Jln Tambun, Ipoh pada 7 Jan 2012 dari pukul 7.30pg hingga 8.30pg.



Pengambilan Kemeja T percuma dari OUM



Sebahagian dari lebih 200 peserta di gelanggang senamrobik

Ini merupakan hari Sabtu pertama bagi tahun 2012 dan program ini diharap akan menjadi "Kick-Start" kepada semua warga Ipoh untuk mula menjalankan hidup yang sihat secara bersenam setiap minggu.

Klip video senamrobik:



Pihak pengurusan dan pemasaran OUM Induk telah bersetuju menaja kemeja 'T' untuk semua peserta senamrobik. Pihak OUM Perak menjangkakan seramai 150 orang peserta akan hadir. Akan tetapi pada hari tersebut lebih dari 200 orang telah hadir dan ada yang kecewa tidak mendapat kemeja tersebut. Apapun mereka turut menyertai senamrobik di bawah pimpinan jurulatih Puan Jamunarani yang juga graduan OUM Perak.

Klip Video Senamrobik:



Para peserta telah berkumpul di taman ini sejak 7pg lagi. Setiap peserta diberikan satu borang untuk diisi bagi menuntut kemeja 'T' serta melayakkan diri untuk 3 cabutan bertuah yang disediakan oleh OUM.



Di antara para peserta yang hadir termasuk pelajar dan staf OUM Perak. Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng, yang turut mengambil bahagian dalam senamrobik telah memberi ucapan ringkas semasa sesi senamrobik ini.

Klip video Ucapan Pengarah OUM Perak:



Beliau mengucapkan "Selamat Tahun Baru" pada semua warga Ipoh yang hadir dan menasihatkan semua supaya mengamalkan hidup sihat dengan menjadikan amalan ini azam tahun baru. Beliau juga memperkenalkan OUM kepada para peserta dan menjemput mereka yang berminat untuk belajar di OUM. Selepas itu, cabutan bertuah telah dibuat untuk 3 peserta yang bertuah.





Selepas tamat sesi senamrobik, satu sesi gambarfoto telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Pasukan Senamrobik dari Persatuan Kecergasan Perak serta pelajar dan staf OUM Perak telah berkumpul di Restoran Wanggey di Greentown Ipoh untuk sarapan pagi sebelum bersurai.



Acara senamrobik anjuran OUM Perak akan diteruskan di Taiping Lake Garden pada 5 Februari 2012 jam 7 pagi. Seminggu sebelum ini iaitu pada 31 Dis 2011, OUM Perak telah menganjurkan pendakian Bukit Bangkong di Tanah Hitam, Perak yang disertai lebih dari 80 orang.

No comments: