Sunday, January 8, 2012
Pendaftaran dan Pengambilan Modul Pelajar Senior OUM Perak Semester Jan 2012 berjalan dengan lancar
Seramai 916 orang pelajar senior OUM Perak telah hadir mendaftar dan mengambil modul dalam operasi dua hari pada 7 dan 8 Jan 2012.
Proses pendaftaran dan pengambilan modul berjalan dengan amat lancar kali ini kerana pelajar telah mengikut prosidur yang telah ditetapkan oleh pihak OUM Perak. Operasi berjalan dengan baik dan teratur juga disebabkan oleh adanya kaunter Bank Islam kali ini di OUM Perak bagi membantu pelajar membuat bayaran tunai.
Kebanyakan pelajar juga telah membawa slip pengambilan modul serta resit bayaran dan ini memudahkan lagi proses pengambilan modul.
Pihak OUM Perak juga telah menyediakan lebih banyak kaunter penyemakan bayaran serta mengambil lebih staf sambilan bagi membantu mengagihkan modul. Syabas pada semua pelajar serta kakitangan OUM Perak yang telah menjayakan proses pendaftaran ini.
Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang belum hadir untuk mendaftarkan diri bagi semester Jan 2012. Mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian dengan kadar segera supaya tidak menjejaskan pengajian mereka.
Pelajar yang bayar awal akan diberikan diskaun dan ini dapat menjimatkan kos pengajian pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment